11 May 2012

Airis Dan Solid Food 2

Salam

Kebelakangan ni saya selalu google info tentang solid food. Banyak info berguna yang saya dapat. Salah satunya, digalakkan untuk memberi baby sesuatu makanan yang sama buat masa 3 or 4 hari supaya kalau baby kita alergi, kita dapat kesan dengan cepat. Kalau kita camput2 makan, susah skit nak kesan.

Minggu lepas saya bekalkan bubur nasi+kentang kepada bs Airis sepenuhnya. Dan minggu ni bekalkan bubur nasi+carrot. InsyaAllah next week saya bercadang nak bekalkan bubur nasi+brokoli.

Setakat ni Airis tak bermasalah untuk makan menu tersebut. Dia terima je, siap buka mulut siap2 bila tengok saya mula menyudu bubur untuk suapan seterusnya. Kadang2 dia pun sama sibuk nak pegang sudu. hehe

Mujur Airis tak ikut perangai ummi dia. Kata nenek ummi masa kecil2 dulu semua taknak makan. Sudahnya bagi makan kentang kfc. Airis jangan macam tu tau =p

Stok beras telah saya basuh dan kisar siap2. Stok puri pun saya dah siapkan awal2. Pagi2 tinggal masak beras yang dah dikisar tu kemudian campur dengan stok puri. 20 minit dah siap bubur Airis.

Ada yang kata bila anak da start makan, maka dah kurang minum susu. Buat masa ni Airis masih minum dengan anggaran kuantiti yang sama. Akan datang saya tak pasti. Tapi saya tetap teruskan kerja mengepam untuk bekalkan susu ibu buat si bam-bam manis ^_^

Doakan saya ye :)

1 comment:

  1. ai nini..dah beso yer airis...seronok kan ank memebesar dpn mata..t jenguk2la my blog too yer..hehe..

    ReplyDelete