14 May 2012

Mom & Baby Expo - Edisi Terjah

Salam

Seperti dirancang saya bersama en. Abg dan Airis ke Mom & Baby Expo @ Midval Ahad lepas. Saya tahu kalau pergi ekspo2 macam ni mesti ramai orang. Lagi2 kalau kat Midval tu. Kalau lambat skit alamatnya memang payah nak cari parking.

Jadi seawal 9 pagi kitorang dah gerak ke Midval. Airis pun macam tahu je nak dibawa berjalan, bangun ngam2 bila saya dah siap. Tinggal nak pakai tudung je. Jadi tak boleh mandikan Airis dengan hebat sebab takut baju basah. hehe

Saya dah buat list siap2 barang apa yang nak dibeli. Strategi saya cari apa yang diperlukan je. Sudah jumpa, bayar dan tinggalkan booth untuk cari barang di booth yang lain. Tapi kalau dah namanya perempuan, ada pula si dara kecil, hati ni memang mudah goyah. Ada saja barang yang bukan dalam list menarik hati. Mujur ada Airis mengingatkan saya. hehe. Yela, kesian dekat dia yang terpaksa bersesak-sesak tu. Jadinya setakat pusing2 begitu je. 1 jam dah siap membeli dan telahpun keluar dari zon yang sesak tu. Hebatkan. hehe

Tengah tunggu lif. Ingatkan sudah sehabis awal, padahal parking kereta pun dah hampir penuh




Booth pertama yang dikunjungi, Pigeon. Ingat nak cari baju tidur untuk Airis, tapi takde pulak. Yang tinggal hanya baju outing. Itu pun size yang kecil2 belaka. Memang tak termuat nak dipakai si bam-bam tu.

Tq to kakak2 Pigeon yang melayani saya. Sampai 5 orang u. Special customer kan. haha. But sorry kak, bukan taknak beli tapi takde size. Ikut hati mahu sgt beli sebab semuanya comel2, nak2 lagi harga durian runtuh.. Tapi kata pun last day, banyak la yang dah abis. Mana ada ajelah ye kak...



Airis dah pun tertido tunggu ummi habis beli barang. Singgah food court sekejap menjamu selera



Hasil terjah. TQ en. Abg :)



Lepas shopping dan makan, beli kek. Happy Mother's Day emak. Dari saya dan adik beradik. Sayang mak selalu :)



Lepas tu terus zasss ke Seremban. Nak menjenguk si kecil comel Nur Amani




Relax santai sambil bermain2 dgn Mak Lang



Lepas ni tak dapat jumpa Amani buat masa yang agak lama sebab Amani dan ibunya nak diterbangkan ke Kota Bharu. Gud bye Amani sayang. Hug n kiss for u from Mak Ngah sekeluarga :)




p/s : Awal bulan depan ada ekspo lagi @ PWTC. Harap dapat kawal diri =p

4 comments:

  1. aa..tembamnyer..akak geram kaki airis..berketak2 geram..cam nak geget..

    ReplyDelete
  2. hahaha..budak whoopee tu pun kata peha airis peha kfc. hehe

    ReplyDelete
  3. lebih dari kfc..lau jumpa dak airis nie akan ku gomol2 peha nyer...

    ReplyDelete