29 August 2014

Aidilfitri 2014 - Part 3

Salam

Awal2 pagi hari raya ketiga dah keluar dari rumah nak balik ke kampung mak saya di Pengkalan Balak, Melaka. Kali ni konvoi 3 kereta sebab dari Melaka saya akan terus bergerak balik ke Kluang. Alang2 dah satu jalan kan.

Kita ngeteh dulu kat rnr Serdang. Sebulan berpuasa, macam gian nak ngeteh pagi2 buta. hehe

Memang terbaik

Otw






Selfie ummi Airis is harus =p



Semuanya jasa monopod. haha

Sambil tunggu adik dari Langat di tol PD


Macam berjanji2 nak pakai baju biru. hehe








Sampai kampung dalam kul 11. Tau apa kitorang buat sesampainya kat kampung sampai buat budak ni terpegun sampai macam ni?



Ini dia. Durian time!!!

Atok memborong durian. Cik Airis kan ratu durian, bukan main suka lah dia

Ni dia sorang lagi ratu durian

Jangan sampai ada yang kepanasan sudah

Si boolat ni memang buat Mak Ngah geram. Part pipi tu memang mahal, rasa nak gigit2 je

Of cos kakak Airis ada sedikit jeles ^_^


Cepat dia melekat ngan kakak Qila ni. Dengan budak besar memang senang masuk Airis ni





Singgah juga beraya di rumah cousin yang berdekatan

Tuan rumah hidangkan nasi lemak ayam goreng



Lepas pekena sup tulang terbaik hasil tangan Pak Long dan mee goreng basah mengancam hasil tangan Kak Ayu, dalam pukul 6 kami bergerak balik ke Kluang. Terima kasih ye tuan rumah jamu kami makan sedap2 sampai senak perut dibuatnya ^_^

Oklah, moh kita gerak balik ke Kluang. Selamat tinggal kampungku indah permai. Setiap kenangan pastinya kekal dalam ingatan =)






p/s : Sambut kemerdekaan kat kampung dan jumpa anak buah baru. Happy Independence Day Malaysia!

Santai Petang

Salam

Dah dua hari bila sampai je rumah bs nak ambil Airis, anak dara kenit ni dah request siap2. Nak pi "amin" katanya. Yang bebenarnya nak gi main kat padang. Puas ummi suh adjust lidah tu suh sebut main tapi tak menjadi jugak. Amin pun amin la Airis, janji ummi ayah faham. Nanti dah besar sikit oklah tu..

Ummi tak masuk rumah lagi. Penat berjalan kaki pun tak habis lagi tapi Airis punya pasal on saja. Bukan jauh pun, tempat bermain dah di depan mata. Dengan handbag kat bahu, moh kita pi main kat padang ye anak ummi...

Kelmarin punya citer




Bonding time =)

Sampai tutup mata anak akak naik buai. Dibuai angin mana tak bestnya kan



 Semalam punya citer




So, petang ni kalau keadaan mengizinkan nak bawa lagi si kecik ni ke padang. Santai petang katanya. Tapi rasanya ummi kena tukar baju dulu, kot2 boleh selit2 aktiviti buang lemak. hehe


p/s : Kalau ayah balik awal boleh la join

27 August 2014

Aidilfitri 2014 - Part 2

Salam

Hari kedua kami tak ke mana pun. Pagi tu just duduk relax kat home stay sebab tengahari tu dah nak check out. Along dah nak bergerak balik ke KB. Izan bergerak ke Langat. Saya dengan mak ayah dan adik bongsu balik ke KL. Rumah pun sebelah2 je kan, konvoi sama jelah.

Tapi sebelum berpisah tu, moh kita ambil gambar raya sama dulu. Disebabkan keadaan home stay sangat tip top, dinding pun masih suci murni jadi kita buat jadi background je. hehe

Macam gambar kat kedai. hehe


Di sebalik tabir. Beli bluetooth monopod ni dah lama, baru sekarangnya nak guna

Sakan dengan monopod. hahaha

Selfie time!!!


Ibu Hannah bab bergambar memang menang. haha


Ajak ayah selfie pakai monopod tapi mang lawak habis bila ayah tanya "pandang mana ni?" hahah. Ok ayah saya memang comel ^_^



Selfie berdua ^_^

Budak2 ni sibuk berebut nak pegang batang monopod. Sabar ajelah. huhu



Berdua lagi. Tq Airis bagi chance ^_^


Ummi n Airis cayang




Puas berselfie, sesi dapat duit raya dari atok. Atok punya special kot, tu sebab lambat sikit. hehe 

Orang pertama dapat. Untuk Amani pun still abang yang ambilkan sebab adik lena beradu

Memang orang kata ikut muka atok betul dia ni

Pastu turn Airis



Terakhir sekali, Hannah bam2. Tetibe terus rindu Hannah. Dah pandai apa sekarang agaknya budak tu..?



Lepas tu kita selfie ramai2!!! ^_^



Memang sporting n happening 




Keluarga besar saya. Mudah2 terus besar dan besar =p



Otw balik singgah kat rnr lepak minum petang sebelum teruskan perjalanan



Dia pun pandai selfie ngan ayah

Macam2 muka la dia buat



Ni story beraya dengan keluarga KL. Later story beraya dengan keluarga Johor. Untung Airis ada kampung =)


p/s : Mudah2an diperlancar urusan. Semuanya untuk Airis.