22 August 2014

Aidilfitri 2014 - Part 1

Salam

Tahun ni giliran beraya di KL. Tapi bila kata giliran beraya di KL tu bukanlah bermaksud tak balik Kluang langsung, cumanya pagi raya tu berada di KL. Beraya dengan keluarga KL terlebih dahulu.

Sebelum ni, kalau giliran bersama keluarga saya, kami akan beraya di kampung halaman ayah saya di Perak. Beberapa hari sebelum raya dah bergerak balik ke sana nak buat persiapan menyambut Aidilfitri. Tapi Aidilfitri tahun ni ada sedikit kelainan dari tahun2 sebelum ni. Kami sekeluarga hanya akan bergerak ke Perak selepas solat sunat Aidilfitri. Kira lepas bersalaman dan kenyang perut suka hati, barulah bergerak balik ke kampung.

Disebabkan acara makan2 pagi raya tu diadakan di rumah saya, maka operasi mengemas wajiblah dijalankan. Sebenarnya bukan sebab tu je, dah memang hajat dalam hati nak kemas rumah nak2 lagi nak raya ni. Nak buang mana barang2 yang tak perlu. Bagi sedap sikit mata memandang.

Jadinya pagi Sabtu tu berkemas la suami isteri ni. Kejap je siap sebab kemas berdua nak2 lagi en. Abg ni memang pantas bab kerja rumah. Tau2 je dah siap. Part mengemas ni memang banyak dia je, saya tolong mula2 je lepastu dah beralih sepenuhnya ke dia sebab anak dara dah merengek2 nak tido. Nak mengempeng sama dengan ummi.

Antara barang yang ditapis. Entah manalah datangnya.. Err..kuda rotan Airis tu tak termasuk dalam senarai ^_^

Lepas dah selesai operasi mengemas, petang tu keluar jap ke Aeon Cheras Selatan, menemankan en. Abg shopping last minit. Alang2 tu berbuka kat luar sekali

Budak suka hati dapat jalan2. Yela, selalu duk kat umah mama je, bila weekend ni seronoklah agaknya dapat berjalan dengan ummi ayah

Berbuka kat Secret Recipe


Muka macam penat sangat =p

Balik dari Aeon, ingatkan terus tido si kenit ni rupanya sibuk meninjau ke rumah atok nenek

Ahad malam layankan bebudak ni main pop2




Ok, habis story sebelum raya. Kita story pasal raya plak =)


Tahun ni giliran kami adik beradik beraya bersama keluarga. Memang dah plan, beraya tu biar sama sebab baru rasa meriah nak ke mana2. Setakat ni semuanya ok lagi sebab kalau kami dah bergerak ke rumah mertua masing2, ada adik bongsu menemankan mak dan ayah. Kalau giliran kami beraya dengan mertua pun still ada adik. Tapi kalau adik pun dah kahwin nanti, maybe kena tukar plan. Itu nanti kita tengok macam mana. hehe

Untuk pagi Syawal tahun ni, kami sambut di KL dulu. Lepas solat sunat Aidilfitri, bersalaman sesama sendiri dan menjamu selera, baru bergerak balik ke Perak. Kami kat Perak tak lama pun, habis mengunjung ke rumah saudara mara terdekat, Ahad tu dah bergerak balik ke KL semula. 

So pagi raya tu sementara tunggu yang solat tu balik dari masjid, layankan dulu tiga beradik ni bergambar.

Waiz, Airis dan Amani, Beza setahun je dorang ni, tu tengok lebih kurang je size badan, Nak2 lagi Airis dengan Amani beza 6 bulan je

Macam2 gaya, macam pose budak2 ni. hehe



Paling suka gambar ni, comel2 je =)

Inilah buah hati atok n nenek. Atok tu selalu je nenek tunggu balik kerja, rupanya dah melencong ke Senawang menjenguk Waiz n Amani, Airis hari2 dah jumpa.

Sorang lagi buah hati atok nenek. Yang paling bongsu, baru masuk 4 bulan. Hannah bam2. Tunggu besar sikit Hannah, boleh la join abg n kakak2

Kakak Airis pun sayang adik Hannah. Walaupun kadang2 jeles tengok ummi dukung Hannah ^_^

Lepas dah bersalaman dan makan2, sebelum bergerak ke Perak kami singgah dulu ke kedai gambar. Tahun ni pakat2 nak tangkap gambar keluarga kat studio



Sementara tunggu anak2 ambil gambar keluarga

Hannah dah start merengek nak tido



Tahun ni tema dark grey. Pertama kali saya betol2 sedondon dengan Airis

Tahun ni still tangkap gambar keluarga kat studio. Mula2 taknak sebab nak guna gambar tahun lepas je. Tunggu sampai ahli keluarga bertambah, baru buat family potrait lagi tapi en. Abg kata nak buat kenangan. So layankan jela, Ti kat rumah BA kita gantung berturut2 kat tangga. hehe



Hannah bantai menangis volume high punya. hehe.


Family potrait Aidilfitri 2014

Ok, mari kita bergerak. Ini sebelum Airis bantai tido sepanjang perjalanan dan hanya sedar bila dah sampai ke home stay

Kat Perak kami menginap di Home Stay Cinta Hati untuk 1 malam. 

Best home stay ni. Rumah baru, keadaan sangat selesa dan memuaskan. Ada 4 bilik dan 4 bilik air. Semua bilik provide aircond. Memang berbaloi

Bergambar dulu sebelum masuk rumah






Anak bujang dah buka baju


Gambar tak rasmi Syawal 2014 =)


in love =)









Puan kecil nak explore rumah

Lepas dah rehat dan segarkan diri, lepas Asar kami bergerak ke kampung. Moh kita beraya!!!

Along. Alang, Angah. Bajet masing2 anak dara. haha

Along. Ayoy. Angah. Adik je masih available =p




Ke rumah arwah Pak Lang. Rumah pakcik2 semua berdekatan. Jalan kaki pusing2 je

en. Abg masih steady dan gagah perkasa untuk beraya =D



Dalam pukul 9 malam habis beraya ke rumah pakcik2. Perut pun dah kenyang sebab dah makan macam2. Menu wajib setiap rumah is lemang tapi perut akak ni dah penuh sangat. Jamah mana yang larat je.

Kalau ikutkan saudara mara kat sini memanglah ramai tapi kami beraya yang wajib je. Takpelah ada rezeki tahun depan bertandanglah kami. Takpun tahun2 akan datang. Heee


p/s : 2 hari berturut2 jamuan raya. Makin bertambahlah lemak2 degil akak ni dik non oiii. Ahaiiiiii!!!!

No comments:

Post a Comment