14 April 2016

Pagi Tadi

As salam dan hai

Saya tahu, akan sampai pada satu masa anak kita suka berjaga pagi. Berjaga dengan segarnya walaupun kita mak pak dia masih mamai menguap tak henti2 bila kena bangun tengah2 pagi tu.

Dulu Airis pun macam tu. Bangun tengah2 pagi ajak bermain. And now, Auni bangun ajak bermain tengah pagi tadi. Puaslah saya baringkan dia semula ajak menyusu dengan harapan dia tidur balik tapi sebaliknya. Gosok2 mata tengok jam pukul 3.30 pagi. Terpisat2 ummi bangun dik. huhu

Disebabkan mata ni masih mengantuk saya sambung tido2 ayam. Tapi punya bijak kecil ni, boleh pulak dia tepuk2 muka saya. Sekali dua saya tahan jugak tutup mata, tapi bila dah lebih tu tak boleh lawan dah. hehe

Pakat memerut tengah2 pagi. Agaknya bangun sebab sakit perut kot? Bukan sebab kemaruk nak main tengah2 pagi kan =p



Ingatkan dia berjaga taklah lama mana. Lepas habis sahur cuba tidurkan dia balik tapi makin aktif lagi adalah. Last2 pukul 7 pagi baru tidur balik tapi itu pun sampai pukul 7.30 je. Elok je nak hantar ke rumah pengasuh mata dia pun celik. Macam tau2 je nak kena tinggal.




p/s : Harap2 malam ni tidur lena

07 April 2016

Happy 9 Months Adik Manja!

As salam dan hai

Hari ni genap umur Auni 9 bulan. Walaupun belum ngam2 lagi 9 bulan sebab Auni lahir pada jam 5.28 pm. Happy 9 months adik manja! ^_^

Alahai dah besar baby ummi ni. Dah meligat tawaf satu rumah. Sekarang ni dah mula meniti. Dari teragak2 meniti sekarang hebat dah. Kalau jatuh tak give up. Bangun balik dan terus usaha. Teruskan usaha ye dik =)


Belanja sikit gambar budak 9 bulan ni

Muka bangun pagi sangat tu dik =p

Pagi2 dia dah seret raket baminton kakak dia tu. Kakak pun tengah bantai tido lagi


Selfie dengan ummi yok!


Bau masham pun ummi still nak cium ^_^




Ramai kata muka Auni sebijik muka Airis masa kecil dulu. Yelah kot, nama pun adik beradik =p


p/s : Jom tolong ummi kuruskan badan dik!

05 April 2016

Menyimpan Untuk Masa Depan

As salam dan hai

Yey!!! Buah hati dah selamat sampai ke tangan =)



Selalu beli gold bar je tapi bila tengok dah keluar design syiling ni macam comel je, hati terus terpaut. Asyik beli gold bar je sesekali tukar taste la. Tapi tak pe, selagi namanya emas yang pasti menjadi aset di masa depan, apa rupa pun tetap berharga. Boleh bikin senyum sampai telinga wooo. hehehe

Biar sikit tapi istiqamah. 1gram 1 bulan. Kan ada pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit =)


p/s : Nanti ada masa saya cerita tentang hobi baru yang satu ni. Betapa kuatnya aura besi kuning ni ^_^

Aktiviti Hujung Minggu #1

As salam dan hai

Rutin biasa bila hujung minggu mesti balik BA. Minggu ni malam Jumaat dah balik ke BA. Selalunya pagi Sabtu baru balik BA tapi sebab ada beberapa urusan nak dibuat Sabtu tu, jadi gerak ke BA lebih awal. 

Pagi2 lagi keluar rumah ke JMB EA nak bayar maintenace rumah dan dapatkan copy insurans kebakaran untuk submit ke bank 



Lepas tu singgah makan kat medan selera BK4. Ingat nak pekena roti canai tapi kedai tu tutup lak. Dah lama tak singgah sana, tak tahu la kedai tu tutup sebab cuti ke sebab memang dah tutup. Harap2 sebab cuti la, sebab tu port favourite jugak kalau2 kami ke Kinrara. 

Sudahnya lunch terus je. Alang2 nak masuk tengahari. Kira brunch la ^_^



Balik dari Kinrara singgah CS BA, beli barang dapur sikit. Memang best shopping kat CS ni sebab barang murah. Pasar basah dia bersih dan barang pun segar2 je. Yang pasti harga memang berbaloi.

Habis beli barang dapur, layankan budak berdua ni. Kakak yang terlebih excited, adik relax je

Nampak dah besar la adik =)

Selebihnya banyak berehat kat BA je. Baik saya dan anak2, masing2 dilanda selesema. 

Tgh fasa menggigit. Semua pun nak masuk mulut sekarang


Dah pandai merayap satu rumah si kecik ni

Harus duduk atas baby chair ni kalau nak bagi makan. Kalau tak ummi kena merangkak kejap dia merayap sana sini. Alhamdulillah adik ni jenis pemakan. Tak pernah menolak. hehe

Dah pandai hisap jari kaki. Jangan minta adik ye Auni. Belum masanya. haha

Malas masak nasi, kita buat chicken wrap je. Balik umah PJ, baru tahu lapar =P

Petang Ahad baru balik semula ke rumah PJ. Macam ni la hidup kami sekeluarga sebelum betul2 pindah ke BA. Kejap balik PJ kejap balik BA. Harap2 bila kakak dah nak masuk sekolah nanti dah boleh setle down betul2.


p/s : Baru sibuk nak ganti posa. Kalau bole lepas ni takmolah bersalin dalam bulan Ramadhan ^_^

01 April 2016

Makan2 Di Sri Ayutthaya Thai Restaurant & Me'nate Steak Hub

As salam dan hai 

Seperti biasa, keciciran keteapi. Kejadian dah lama tapi baru sempat nak update. Biasalah penyakit M berblogging ni memang kuat ^_^

Kejadian pertama makan2 di Sri Ayutthaya Thai Restaurant. Lama tak lama, ada jugak dalam sebulan yang lalu. Adik belanja makan kat sana. Kali ni rombongan agak ramai sebab bukan family je tapi keluarga mertua dan colleagues dia pun ada sama. Kiranya makan2 merapatkan silaturrahim la ^_^

Belanja gambar jelah ye

Ni partner2 adik. Mudah2an terus dimurahkan rezeki dan berkembang maju

Ni plak agent yang JV dengan adik. Ada lagi tapi masa amik gambar ni ramai yang dah balik. 


Bakal terima orang bartu tak lama lagi

Kanak2 riang pada hari kejadian. Mujurlah tempat kitorang ni seperate dari tetamu luar. Kalau x dorang kena tumpang sekaki la tengok karenah budak2 ni. Aktif sungguh nak2 lagi dah jumpa geng ramai2 ni



Ummi takde baju merah, kalau x boleh join skali pakai sama2








Adik kalau kat luar memang behave betul. Tak kacau ummi ayah makan. Tu yang ummi selera makan sampai mengembang2 badan ni. haha


Suka benar budak ni ada geng boboiboi










Menu paling mengancam soft shell crab. Memang 5bintang la akak bagi

FIL adik



Ayah xsempat senyum abis. haha


Budak banyak akal ^_^

Sekali sekala layan gambar berdua =)

Baru2 ni dalam minggu lepas adik bongsu plak belanja makan kat Me'nate Steak Hub. Mula2 nak belanja makan kat Sixty9 Islamic Steakhouse tapi disebabkan ramai sangat orang so bertukar ke Me'nate Steak Hub. Still ramai orang tapi sebab malas nak cari port lain jadi kena tunggu dalam 20minit. 

Pun layan gambar je sebab malas nak story panjang2. hehe






Saya ni bukanlah penggemar mocha tapi yang ni seriously sedap



Kat Me'nate ni sebab saya tak minat sangat steak so order beef meatball. Orang lain sibuk makan steak, saya memang berpisah tiada dengan meatball. haha. Gambar makanan memang tak ada, tak teringat dek non. Terus ngapp je.. Menu yang win bagi saya malam tu spaghetti carbonara. Portion dan rasa berbaloi dengan harga. 

Tq ye Izan dan Ayoy share rezeki dengan kitorang. Moga terus sukses ya bisnes dan pekerjaannya ^_^


p/s : Dah dapat hobi baru