05 April 2016

Aktiviti Hujung Minggu #1

As salam dan hai

Rutin biasa bila hujung minggu mesti balik BA. Minggu ni malam Jumaat dah balik ke BA. Selalunya pagi Sabtu baru balik BA tapi sebab ada beberapa urusan nak dibuat Sabtu tu, jadi gerak ke BA lebih awal. 

Pagi2 lagi keluar rumah ke JMB EA nak bayar maintenace rumah dan dapatkan copy insurans kebakaran untuk submit ke bank 



Lepas tu singgah makan kat medan selera BK4. Ingat nak pekena roti canai tapi kedai tu tutup lak. Dah lama tak singgah sana, tak tahu la kedai tu tutup sebab cuti ke sebab memang dah tutup. Harap2 sebab cuti la, sebab tu port favourite jugak kalau2 kami ke Kinrara. 

Sudahnya lunch terus je. Alang2 nak masuk tengahari. Kira brunch la ^_^



Balik dari Kinrara singgah CS BA, beli barang dapur sikit. Memang best shopping kat CS ni sebab barang murah. Pasar basah dia bersih dan barang pun segar2 je. Yang pasti harga memang berbaloi.

Habis beli barang dapur, layankan budak berdua ni. Kakak yang terlebih excited, adik relax je

Nampak dah besar la adik =)

Selebihnya banyak berehat kat BA je. Baik saya dan anak2, masing2 dilanda selesema. 

Tgh fasa menggigit. Semua pun nak masuk mulut sekarang


Dah pandai merayap satu rumah si kecik ni

Harus duduk atas baby chair ni kalau nak bagi makan. Kalau tak ummi kena merangkak kejap dia merayap sana sini. Alhamdulillah adik ni jenis pemakan. Tak pernah menolak. hehe

Dah pandai hisap jari kaki. Jangan minta adik ye Auni. Belum masanya. haha

Malas masak nasi, kita buat chicken wrap je. Balik umah PJ, baru tahu lapar =P

Petang Ahad baru balik semula ke rumah PJ. Macam ni la hidup kami sekeluarga sebelum betul2 pindah ke BA. Kejap balik PJ kejap balik BA. Harap2 bila kakak dah nak masuk sekolah nanti dah boleh setle down betul2.


p/s : Baru sibuk nak ganti posa. Kalau bole lepas ni takmolah bersalin dalam bulan Ramadhan ^_^

No comments:

Post a Comment