Showing posts with label HomeSweetHome. Show all posts
Showing posts with label HomeSweetHome. Show all posts

15 August 2016

Berlangsung Sudah

As salam dan hai

Alhamdulillah majlis kesyukuran yang dirancang telah pun selamat berlangsung Sabtu lepas. Lega rasanya, tak payah nak fikir apa2 dah. Sebelum ni asyik sibuk prepare itu ini memandangkan ni 1st kenduri yang kami handle dalam skala sederhana. Lepas ni dah boleh fokus hal lain plak. Contohnya fokus menghilangkan babat2 berlebihan ni. hahaha

Kongsi 2 keping gambar di sebalik majlis. Gambar2 lain akan menyusul bila saya dapat gambar dari official photographer nanti. 

Beberapa jam sebelum majlis

Mak bapak pengantin =p

p/s : Penat masih bersisa

05 April 2016

Aktiviti Hujung Minggu #1

As salam dan hai

Rutin biasa bila hujung minggu mesti balik BA. Minggu ni malam Jumaat dah balik ke BA. Selalunya pagi Sabtu baru balik BA tapi sebab ada beberapa urusan nak dibuat Sabtu tu, jadi gerak ke BA lebih awal. 

Pagi2 lagi keluar rumah ke JMB EA nak bayar maintenace rumah dan dapatkan copy insurans kebakaran untuk submit ke bank 



Lepas tu singgah makan kat medan selera BK4. Ingat nak pekena roti canai tapi kedai tu tutup lak. Dah lama tak singgah sana, tak tahu la kedai tu tutup sebab cuti ke sebab memang dah tutup. Harap2 sebab cuti la, sebab tu port favourite jugak kalau2 kami ke Kinrara. 

Sudahnya lunch terus je. Alang2 nak masuk tengahari. Kira brunch la ^_^



Balik dari Kinrara singgah CS BA, beli barang dapur sikit. Memang best shopping kat CS ni sebab barang murah. Pasar basah dia bersih dan barang pun segar2 je. Yang pasti harga memang berbaloi.

Habis beli barang dapur, layankan budak berdua ni. Kakak yang terlebih excited, adik relax je

Nampak dah besar la adik =)

Selebihnya banyak berehat kat BA je. Baik saya dan anak2, masing2 dilanda selesema. 

Tgh fasa menggigit. Semua pun nak masuk mulut sekarang


Dah pandai merayap satu rumah si kecik ni

Harus duduk atas baby chair ni kalau nak bagi makan. Kalau tak ummi kena merangkak kejap dia merayap sana sini. Alhamdulillah adik ni jenis pemakan. Tak pernah menolak. hehe

Dah pandai hisap jari kaki. Jangan minta adik ye Auni. Belum masanya. haha

Malas masak nasi, kita buat chicken wrap je. Balik umah PJ, baru tahu lapar =P

Petang Ahad baru balik semula ke rumah PJ. Macam ni la hidup kami sekeluarga sebelum betul2 pindah ke BA. Kejap balik PJ kejap balik BA. Harap2 bila kakak dah nak masuk sekolah nanti dah boleh setle down betul2.


p/s : Baru sibuk nak ganti posa. Kalau bole lepas ni takmolah bersalin dalam bulan Ramadhan ^_^

02 March 2016

Pon Pon Pon!!!

As salam

Throwback moment malam tadi. Si kakak dan adik main secara berjemaah =p






Bunga2 di hati ummi ayah =)

p/s : Rasa adik dah besarlah. Jangan cepat sangat dik, nanti susah ummi nak peluk cium macam kakak ^_^

24 February 2016

Aktiviti Hujung Minggu : Lepak PD dan Hotel BA

As salam

Hari Ahad lepas lepak santai kat Port Dickson. Tak rancang pun nak ke sana tapi bila dengar adik mak ayah nak ke sana tetiba rasa nak join. Best jugak sekali sekala berkelah tepi laut ramai2 kan. Selalu gi makan2 je, kali ni menikmati keindahan alam plak. Complete satu family kecuali adik bongsu yang pergi bercuti bersama kawan2 ke Krabi.

Otw ke PD. Adik muka mamai nak tido

Sebelum kakak pun tido. Boleh la saya dgn en. Abg berborak dengan tenang ^_^



Rasanya dah lama gila tak lepak kat PD. Last time buat aktiviti camni mungkin 4 5 tahun dulu kot. Kalau ada pun takat mandi laut je, tapi takdelah berkelah bagai ni. Yang ni pun berkelah ala kadar je, last minute punya plan. Tak bawak makanan apa pun, just tapau kfc buat alas perut sambil berkelah  


Perkelahan pertama adik. Adik sangat behave, relax je cuaca panas kat PD tu. Ngam2 sampai PD lepas bangun tidur, cantik sangatlah tu. Mood pun baik je



Adik @ 7m 2w

Si kakak lepas dah abis main2 air laut lepas ngidam main layang2.







Gerak balik dari PD dalam pukul 6. Lepas singgah solat kat Masjid Kem Tentera teruskan perjalanan ke rumah Along kat Senawang. Rehat2 sekejap kat rumah Along dalam 8.30 malam keluar balik pi makan ramai2 kat Nasi Lemak Senawang. Dah habis makan baru gerak balik ke Bangi

Hari Ahad duduk rumah je. Ingat pagi tu nak pi Pameran Bunga kat Eco Majestic tu sebab alang2 dah dekat belakang rumah je tapi budak2 ni pun dah bangun lambat jadi cancel je la plan tu. Tengoklah kalau sempat minggu depan, itu pun kalau check in hotel BA. 

Kalau kat BA senang nak lepaskan dia merangkak sana sini

Dah mula mengexplore

Port favourite kalau nak main. Kalau main hide n seek pun sibuk nyorok kat sini

p/s : Raya tak berapa lama lagi. Moh le hunting for baju raya anak2. 

16 June 2015

Kisah Ringkas 3 in 1

As salam dan hai

Sedar tak sedar, usia si kecil dalam perut ni dah menghampiri 36 minggu. Maknanya tinggal 4 minggu lagi je sebelum Airis bergelar kakak dan keluarga kecil kami menerima ahli baru =)

Perasaan? Tak dapat digambarkan. Happy, excited, takut semuanya adalah. Happy mestilah sebab nak bertambah ahli keluarga. Takut pulak sebab dah lama berehat panjang. Nak dekat 4 tahun jugaklah. Dah macam nak beranak sulong rasanya. haha

Perancangan Allah tu memang cantik. Alhamdulillah rezeki diberi pada waktu saya dan en. Abg meminta. Mudah2an kami sudah bersedia mental dan fizikal untuk menerima kehadiran orang baru =)

Kalau perasan kali ni saya langsung tak update pasal perkembangan si kecil dalam perut ni. Agak bz mungkin dengan macam2 hal. Tapi sebagaimana saya teruja menanti kehadiran Airis, begitulah perasaan yang saya alami sekarang =)

Masa mula2 disahkan pregnant *selang beberapa hari usia Airis menginjak ke 3 tahun*, saya dan en. Abg sibuk menguruskan kisah pembelian rumah EA. Alhamdulillah, hadirnya si kecil dalam perut ni membawa rezeki. Hasil jual rumah SK, ada untung2 sikit kami ketepikan untuk menambah aset untuk hari tua.

Selesai kisah jual beli, sibuk nak repair rumah EA apa yang patut sebelum disewakan kepada orang. Mujurnya kondisi rumah EA ni masik elok lagi, cuma perlu touch up sikit2 dan cat baru untuk menambah seri. Proses nak cari penyewa pun tak makan masa yang lama. Hari ni iklan, esoknya dah ramai yang merisik khabar. Sudahnya rezeki melekat ke pasangan pengantin baru. Mudah2an berkembang keluarga bila dah duduk situ ye dik. hehe


Habis urusan rumah EA, terus fokus pada urusan rumah BA dan juga persiapan menyambut si kecil ni. Memandangkan ni anak kedua so saya dah tahu step2 persiapan. Dah tahu mana barang patut beli, mana tidak. Mana patut beli dulu, mana beli kemudian. Tak macam anak pertama dulu, pakai redah je. Sudahnya ada barang yang tak terpakai. huhu

Dapat kunci rumah BA setelah 2 tahun menunggu. Tiap kali hujung minggu inilah kerjanya, meninjau keadaan rumah. Dari mula2 nak cari kontraktor sehinggalah sekarang proses renovation dah hampir 80% selesai

Proses pasang plaster ceiling dan cornice


Perempuan dan cermin memang bff. Lepas ni tambah sorang lagi geng cermin. haha



Proses beli perabot mana yang perlu 

Survey perkhidmatan custom made curtain

Untuk bab langsir, dari A to Z semunya kedai langsir yang buat. Dari ambil ukuran, pasangkan rod dan juga langsir bila dah siap nanti. Akak dah sarat dek non, tak larat nak kisahkan benda alah ni.

Sambil tinjau2 progress rumah BA, sambil shopping barang si kecil. Harus diakui bab beli barang2 dan baju baby adalah part yang paling teruja sekali. Walaupun baju Airis dulu masih banyak yang elok sebab pakainya sekejap je, still tak dapat menahan diri dari shopping baju baby yang comel tu. Adik pun nak baju baru kan ^_^

Assistant ummi =)

Nanti boleh tolong ummi jaga adik ye kakak =)

Sampai sini dulu. Ada rezeki dan kesempatan saya mencoret lagi di sini. Doakan semua berjalan lancar ye =)


p/s : Raya ke tak raya eh...

05 August 2014

Home Sweet Home : Progress Azalea

Salam

Rasanya dah lama xupdate story pasal si cantik manis Azalea kan. Last progress yang sempat saya update masa September tahun lepas. Dah beberapa bulan berlalu ni, memang banyak perubahan. Oh ye sebelum tu. Selamat Aidilfitri untuk semua =)

Saya pun dah lama tak menjenguk perkembangan si Azalea tu. Kalau dulu hampir setiap 2 minggu rajin kami tiga beranak pusing2 sekitar BA tu tengok apa progress terkini. Kali terakhir terpandang sekilas masa otw ke rumah adik untuk berbuka bersama keluarga. Maklum la, dari rumah saya kalau ikut jalan dalam boleh tembus ke rumah adik. Itu pun tengok dari jauh je.

Ada juga yang bertanya saya pasal Azalea. Ramai bertanya detail info, mungkin yang bertanya tu pun sedang mencari rumah impian macam saya dahulu. Sayangnya, Azalea Phase 1 dan Phase tu dah sold out lama dulu. Kalau ada sekarang pun, sub sale dari property agent yang sah2 ambil untung atas angin 100%. 

Lepas Phase1 dan Phase 2 sold out macam pisang goreng panas *info dari developer semua unit rumah Phase 1 laku dalam masa sebulan je*, developer open untuk jualan 3 storey. Info yang saya dapat dari group fb BA, starting price untuk 3 storey bemula dengan RM519K+++ untuk lot intermediate bagi bumiputera. Keluasan rumah saya kurang pasti tapi rasanya min 2800++, bergantung pada jenis rumah sebab phase 3 ni ada 2 jenis rumah. 20' x 75' dan 20' x 80' dengan 7 bilik dan 7 bilik air. Samada masih available atau tidak, saya kurang pasti sebab untuk 3 storey ni dengarnya dibahagikan kepada beberapa fasa. So kepada sesapa yang berminat, boleh terus ke office developer di Kajang. Kalau dah sold out pun, boleh masuk dalam waiting list in case ada loan buyer yang tak lepas.

Progress terkini Azalea. Semua gambar saya ambil dari group fb BA. Untungnya group fb BA ni memang aktif. Sentiasa ada yang rajin mengupdate progress terkini. Jadi kalau nak tahu apa isu terkini, just follow kat situ je








Township plan for BA



Model rumah contoh untuk 3 storey




BA Phase 2 entrance




Yang terkini sekali, signboard besar BA facing main road



Dijangkakan Azalea siap pada Mei 2015. Hope semuanya berjalan lancar dan proses serah kunci berlaku pada tarikh sepatutnya. Kalau semuanya ok, mungkin tahun depan kami sekeluarga beraya di rumah baru =)


p/s : Lepas ni boleh share idea deko home sweet home =)