Showing posts with label Bonding Time. Show all posts
Showing posts with label Bonding Time. Show all posts

24 February 2016

Aktiviti Hujung Minggu : Lepak PD dan Hotel BA

As salam

Hari Ahad lepas lepak santai kat Port Dickson. Tak rancang pun nak ke sana tapi bila dengar adik mak ayah nak ke sana tetiba rasa nak join. Best jugak sekali sekala berkelah tepi laut ramai2 kan. Selalu gi makan2 je, kali ni menikmati keindahan alam plak. Complete satu family kecuali adik bongsu yang pergi bercuti bersama kawan2 ke Krabi.

Otw ke PD. Adik muka mamai nak tido

Sebelum kakak pun tido. Boleh la saya dgn en. Abg berborak dengan tenang ^_^



Rasanya dah lama gila tak lepak kat PD. Last time buat aktiviti camni mungkin 4 5 tahun dulu kot. Kalau ada pun takat mandi laut je, tapi takdelah berkelah bagai ni. Yang ni pun berkelah ala kadar je, last minute punya plan. Tak bawak makanan apa pun, just tapau kfc buat alas perut sambil berkelah  


Perkelahan pertama adik. Adik sangat behave, relax je cuaca panas kat PD tu. Ngam2 sampai PD lepas bangun tidur, cantik sangatlah tu. Mood pun baik je



Adik @ 7m 2w

Si kakak lepas dah abis main2 air laut lepas ngidam main layang2.







Gerak balik dari PD dalam pukul 6. Lepas singgah solat kat Masjid Kem Tentera teruskan perjalanan ke rumah Along kat Senawang. Rehat2 sekejap kat rumah Along dalam 8.30 malam keluar balik pi makan ramai2 kat Nasi Lemak Senawang. Dah habis makan baru gerak balik ke Bangi

Hari Ahad duduk rumah je. Ingat pagi tu nak pi Pameran Bunga kat Eco Majestic tu sebab alang2 dah dekat belakang rumah je tapi budak2 ni pun dah bangun lambat jadi cancel je la plan tu. Tengoklah kalau sempat minggu depan, itu pun kalau check in hotel BA. 

Kalau kat BA senang nak lepaskan dia merangkak sana sini

Dah mula mengexplore

Port favourite kalau nak main. Kalau main hide n seek pun sibuk nyorok kat sini

p/s : Raya tak berapa lama lagi. Moh le hunting for baju raya anak2. 

29 August 2014

Santai Petang

Salam

Dah dua hari bila sampai je rumah bs nak ambil Airis, anak dara kenit ni dah request siap2. Nak pi "amin" katanya. Yang bebenarnya nak gi main kat padang. Puas ummi suh adjust lidah tu suh sebut main tapi tak menjadi jugak. Amin pun amin la Airis, janji ummi ayah faham. Nanti dah besar sikit oklah tu..

Ummi tak masuk rumah lagi. Penat berjalan kaki pun tak habis lagi tapi Airis punya pasal on saja. Bukan jauh pun, tempat bermain dah di depan mata. Dengan handbag kat bahu, moh kita pi main kat padang ye anak ummi...

Kelmarin punya citer




Bonding time =)

Sampai tutup mata anak akak naik buai. Dibuai angin mana tak bestnya kan



 Semalam punya citer




So, petang ni kalau keadaan mengizinkan nak bawa lagi si kecik ni ke padang. Santai petang katanya. Tapi rasanya ummi kena tukar baju dulu, kot2 boleh selit2 aktiviti buang lemak. hehe


p/s : Kalau ayah balik awal boleh la join