28 June 2011

Paddington Pancakes

Salam

Rasanya da lama tak berouting dengan adik-adikku ni. So last weekend, kitorang sempat ke Midvalley bersama our BIL. Tujuan sebenar nak ke expo Samsung sempena pelancaran model hp baru. Sambil tu ambil peluang round skali Midvall yang dah lama kitorang tak jejak tu.




Lepas ke expo tu perut masing-masing dah lapar, jadi haruslah mencari makanan kan. Bila Izan suggest makan kat Paddington Pancakes, kitorang setuju je.


1st time @ Paddington Pancakes.
















Sweet American Pancake Stack






Oreo Pancake Stack




Pancake burger



Kali pertama saya makan pancake, sebab sebelum ni tak pernah berminat pun. But after try yang ni.... Marvellous! Rasa nak lagi. hehe


p/s : Harus berkunjung lagi ke sini =p

22 June 2011

P : 21W 6D

Salam

21 minggu dan 6 hari. Makanya, esok akan masuk minggu ke-22 =)

Last skali scan baby masa 16 Jun hari tu, masa check up kat Pusrawi. Alhamdulillah, baby dalam keadaan yang memberansangkan. Kepala dalam keadaan di bawah, harapnya sampai waktu tengok dunia nanti, still dalam keadaan begitu.

Masa doc scan tu, harap jugak doc cakap gender baby. Tapi sampai nak kuar bilik tu takde langsung. Nak bertanya macam segan pulak. hehe. Takpela, next check up baby duduk elok2 ye. Tapi kalau sampai nak kuar nanti memang dalam teka teki, redha sajalah ^_^

Pasal saya semuanya ok. Cuma doc cam terkejut sebab tengok berat naik tak banyak, 300gram je. Entahlah, rasanya dah makan banyak sekarang. Tengok badan kat cermin pun macam makin bulat je. Tapi beratnya gitu jugak..

Bila difikir-fikir maybe sebab saya banyak exercise kot. Yelah, pagi petang berjalan kaki ke stesen LRT. Lepas tu turun naik tangga 4 tingkat hari-hari. Jadi lepas ni kena makan banyak skit bagi badan naik. Tapi secara sihatlah. Healthy and safely =)


Love u baby =)




Before balik, dapat souvenier dari Pusrawi. Nak tau apa dalamnya?




Mama to-be on board dengan voucher from Mom's care. Voucher untuk brand Avent, Bumble Bee, Maclaren, Baby Gear dan Fisher Price. Boleh la guna nanti =)




Dan juga 3 paket susu S-26




Next check up will be 14 Julai. Tetibe rasa macam tak sabar pulak. Boleh tak? ^_^

21 June 2011

Hari Jadi Si Kecil

21 Jun 2010 : Kelahiran Waiz Miqdad bin Mohd Syed Shamin






Hari ke- 4




Genap seminggu. Da pandai senyum dalam tido =)




Hari ke- 14, kat kampung Kelantan. Cepatnya membulat. hehe




Sebulan




2 bulan




3 bulan




4 bulan




5 bulan




6 bulan






7 bulan




8 bulan




9 bulan




10 bulan





11 bulan




Gambar paling latest skali, menjangkau setahun




Tapi hari ni tak berpeluang nak peluk cium budak comel ni sebab dia berada nun jauh di Kelantan sementara ibunya pergi berkursus di Perak.

Da banyak perkembangan sejak Waiz duduk rumah Tok Ma dia. Dari jalan bertatih-tatih, dah boleh jalan dengan laju dan berlari-lari kecil. Dah pandai merajuk bila lama ditinggalkan. hehe

Waiz jadi anak yang baik ye buat ibu dan ayah. Jadi cucu yang baik buat nenek, atok, tok ma dan tok abah. Dan jadi umat Nabi Muhammad s.a.w yang berjuang menegakkan panji Islam.


Happy Birthday sayang. Mak Ngah love u sooooo much. Salam peluk cium Mak Ngah buat Waiz =)

16 June 2011

Day 1 & 2 - Paris

Salam

Lepas balik ke rumah BIL di Sheffield dan berehat2, pagi2 alam esoknya kitorang teruskan perjalanan ke Luton Airport. Kali ni nak ke Paris dan stay kat sana for 4d & 3N. Kena bertolak awal sebab perjalanan nak ke Luton Aiport ni ambil masa dalam 2 jam lebih.

Nak pergi Paris ni boleh guna train or flight, tapi kitorang pilih flight je sebab rasanya lebih jimat masa dan budget. Amik tambang murah je, easyJet. easyJet kalau kat Malaysia standard AirAsia la kirenya. Tapi dari segi sistem rasanya easyJet ni lagi sistematik walaupun konsepnya sama. Kalau macam AirAsia, sapa cepat dia pilih seat dulu. EasyJet ni pun sama tapi akan dia akan penuhkan seat bahagian depan dulu dan tolong arrangekan seat so bolehla duduk ngan geng kita. Cuma kalau da masuk last dan beramai2 pulak tu paham2 sendiri jela kan.


Bukan main bulat lagi i. Gambar sisi tepi yang memakan diri. huhu




Good bye UK




Dari Luton Airport to Paris Charles De Gaulle Airport cume ambil masa lebih kurang sejam. Airport Paris ni punyalah besar dik non oi. Penat jugak la berjalan.




Before sampai hotel kena naik tren dulu. Dalam 40minit rasanya.




Sampai je terus cari kedai makan. Masing2 dah kelaparan. Perut saya ni dah berdondang sayang bagai. Mujur terjumpa kedai kebab ni, betul2 kat sebelah stesen tren. Muka masing2 pun apa lagi, sengih tak sudah la. Rezeki di tempat orang =)




Punya lapar, order la asing2. Rupanya portion kebab tu punyalah banyak, boleh makan 2 orang. Tapi harga dia consider murah lagi, dalam €5.90. Kalau dari segi rasa tu kire boleh la sebab kat tempat orangkan. Mana boleh ikut tekak kite je. Layankan jela la...




Lepas makan, cari hotel. Dari stesen tadi ke hotel kalau jalan kaki lebih kurang 15minit. Mula2 tu rasa jauh jugak tapi bila tiap2 hari berulang alik tak rasa jauh sangat pun. Bercuti kat France ni senam kaki sungguh. hehe

Kat Paris kitorang stay kat Citea Hotel. Di Paris sejuknya pada belah pagi je. Masuk je pukul 12 cuaca da back to normal, standard macam Malaysia tapi takdelah panas berdenting. Sejuk pagi hari pun tak kuat sangat, kire boleh tahan lagi.

Sampai je kat hotel, memang lepak gile. Memang plan hari tu tak kemana, duduk2 dalam bilik je sambil segarkan badan utk travel hari esok. Den pun nak bagi kaki ni relax skit, esok nak guna sepenuhnya.




Esoknya... Jom jalan!






Suasana nyaman di pagi hari, berjalan2 pula dengan kekasih hati... Cet! macam pantun pulak. hehe. i loikeee dis pic. Sweet.








Masa kitorang sampai tu kebetulan Public Holiday, tak ingat pulak sempena apa. Easter Day kot rasanya. Jadi banyak kedai tutup. Cuci mata dari luar jela. Tapi kalau bukak pun, entah beli ke tidak. Murah sgt. hehe




Kalau penat jalan kaki boleh cycling






Yang ni sama macam kat Korea kan? Tapi yang kat Korea tu lagi hebat, sampai takde ruang kosong da.




Di sepanjang jalan, banyak kedai jual buku2 lama. Ada jual sekali lukisan2 lama.




Ada gaya tak? ngeeeee




River Seine








Masa mula2 sampai Manchester saya dah nampak bas ni, sedikit terkejut. Bas dia punyalah panjang.




Lepas penat jalan kaki, kitorang guna khidmat Hop-On Hop Off Tour pulak. Duduk atas bas sambil pusing2 bandar tengok attractive places kat Paris. Kalau rajin boleh pasang benda ni kat telinga dan dengar info setiap tempat yang kita pegi.




Kedai2 souveniers




Nak duduk seat atas kena cepat sebab cepat penuh. Kalau duduk bawah macam panas skit. Duduk atas ni dapat kena angin memang sedap la..








Antara attractives places yang dibawa. Kalau interested boleh turun dulu dan tunggu next bas untuk ke tempat2 lain.






Kalau da sampai Paris, wajibla singgah kat Eiffel Tower kan. Tengok orang yang queue nak naik punyalah panjang, berpusing2. So kitorang just pusing2 around tower sambil ambil gambar sebagai kenangan.






Yang ni pun wajib. Macam gambar kahwin pun ada. hehe




Selesai sudahlah trip untuk hari ni. Kena balik cepat sebab nak kejarkan timing last bas, nanti tertinggal. Perjalanan balik ke Poissy pun jauh lagi, jadi kena balik awal rehatkan badan. Esok nak jalan2 lagi =)