13 June 2011

Day 1 - Manchester

Salam

Sekian lama entri ni saya peram, sampai da dekat 2 bulan. But tadi tibe2 bila terpandangkan gambar cuti2 ala honeymoon ni, terus tekan keyboard mau share story. Sebab kalau peram lagi lama lagi lupa. Rasa sayang pulak.

Sebenarnya kitorang tak merancang pun trip ni. Cuma masa mula2 kahwin dulu, ada en. Abg suarakan keinginan utk bercuti di sana sambil melawat BIL & SIL yang menetap kat sana. Sambil melawat sambil berjalan tempat baru katanya. Alhamdulillah rezeki kami panjang langkah ke sana. Mana tau pergi bertiga, sedangkan dalam perancangan pergi berdua je=)

Flight kitorang ke Manchester 21 April, pukul 8.40 malam. Malam tu mintak ayah hantarkan ke KLIA. Masa tu saya baru je melepasi 1st trimester. Risau jugak membawa alahan ke tempat orang. Tapi alhamdulillah, sepanjang berada di sana semuanya berjalan baik2 sahaja, mampu menapak ke sana ke mari walaupun sedikit penat.


Muka kami yang excited mau pergi cuti bersama =)




KL - Abu Dhabi, 7 jam perjalanan.




Selamat tinggal tanah airku =)




Bosan2 boleh layan movie






Abu Dhabi - Manchester. 7 hours jugak, so total hours dalam 14 jam. Mujur singgah transit kat Abu Dhabi for 3 hours. Boleh jugak hilangkan lenguh2 badan.




Transit dulu 3 jam kat Abu Dhabi sebelum ke Manchester. Kita isi perut dulu =)




Sudah sampai masa naik belon kembali. Lets go bebeh! ^_^




Sebaik saja tibe di Manchester Airport, cuaca sejuk dingin around 10°c. Terus sarung jaket, kulit Malaysia katakan =p






Tak buang masa, terus round2 Manchester. 1st place Manchester City Football Club








Lepas tu makan dulu. Makanan flight tak berapa nak masuk sangat. Bukan sebab tak sedap, tapi masa tu pembawaan badan buat rasa tekak ni kurang masuk. Tengok orang lain licin je. haha




We all makan kat parking Old Trafford u olls! Nasi Lemak perantauan di pagi hari, very da marvellous. Nak2 pulak disapa angin2 sepoi bahasa, romantika di tampoi u. hehe




Penyokong setia Manchester. Glory glory Man United!




The souveniers






Disebabkan en. Abg i peminat setia Man U, i pun sama la. i follow ^_^




Suamiku yang penuh keterujaan. hehe




Kak Ngah, Ayu dan Nana. Like mother like daughter =)






We love Man U ^_^






Nampak je panas, tapi sejuk ni. Sekali bertiup angin, menggigil jugak la. Nampaknya cik lemak di badan ni tak cukup membantu la. hehe




Baby bump @ 13w





Day 1 cuma warming up sebab baru je sampai. Kesian kat kitorang yang duk terperuk dalam flight, esp mak B yang asik lenguh sana sini. Tapi saya tau, kitorang sure enjoy this trip. Next day akan diupdate nanti. Stay tune!

1 comment: