16 June 2011

Day 1 & 2 - Paris

Salam

Lepas balik ke rumah BIL di Sheffield dan berehat2, pagi2 alam esoknya kitorang teruskan perjalanan ke Luton Airport. Kali ni nak ke Paris dan stay kat sana for 4d & 3N. Kena bertolak awal sebab perjalanan nak ke Luton Aiport ni ambil masa dalam 2 jam lebih.

Nak pergi Paris ni boleh guna train or flight, tapi kitorang pilih flight je sebab rasanya lebih jimat masa dan budget. Amik tambang murah je, easyJet. easyJet kalau kat Malaysia standard AirAsia la kirenya. Tapi dari segi sistem rasanya easyJet ni lagi sistematik walaupun konsepnya sama. Kalau macam AirAsia, sapa cepat dia pilih seat dulu. EasyJet ni pun sama tapi akan dia akan penuhkan seat bahagian depan dulu dan tolong arrangekan seat so bolehla duduk ngan geng kita. Cuma kalau da masuk last dan beramai2 pulak tu paham2 sendiri jela kan.


Bukan main bulat lagi i. Gambar sisi tepi yang memakan diri. huhu




Good bye UK




Dari Luton Airport to Paris Charles De Gaulle Airport cume ambil masa lebih kurang sejam. Airport Paris ni punyalah besar dik non oi. Penat jugak la berjalan.




Before sampai hotel kena naik tren dulu. Dalam 40minit rasanya.




Sampai je terus cari kedai makan. Masing2 dah kelaparan. Perut saya ni dah berdondang sayang bagai. Mujur terjumpa kedai kebab ni, betul2 kat sebelah stesen tren. Muka masing2 pun apa lagi, sengih tak sudah la. Rezeki di tempat orang =)




Punya lapar, order la asing2. Rupanya portion kebab tu punyalah banyak, boleh makan 2 orang. Tapi harga dia consider murah lagi, dalam €5.90. Kalau dari segi rasa tu kire boleh la sebab kat tempat orangkan. Mana boleh ikut tekak kite je. Layankan jela la...




Lepas makan, cari hotel. Dari stesen tadi ke hotel kalau jalan kaki lebih kurang 15minit. Mula2 tu rasa jauh jugak tapi bila tiap2 hari berulang alik tak rasa jauh sangat pun. Bercuti kat France ni senam kaki sungguh. hehe

Kat Paris kitorang stay kat Citea Hotel. Di Paris sejuknya pada belah pagi je. Masuk je pukul 12 cuaca da back to normal, standard macam Malaysia tapi takdelah panas berdenting. Sejuk pagi hari pun tak kuat sangat, kire boleh tahan lagi.

Sampai je kat hotel, memang lepak gile. Memang plan hari tu tak kemana, duduk2 dalam bilik je sambil segarkan badan utk travel hari esok. Den pun nak bagi kaki ni relax skit, esok nak guna sepenuhnya.




Esoknya... Jom jalan!






Suasana nyaman di pagi hari, berjalan2 pula dengan kekasih hati... Cet! macam pantun pulak. hehe. i loikeee dis pic. Sweet.








Masa kitorang sampai tu kebetulan Public Holiday, tak ingat pulak sempena apa. Easter Day kot rasanya. Jadi banyak kedai tutup. Cuci mata dari luar jela. Tapi kalau bukak pun, entah beli ke tidak. Murah sgt. hehe




Kalau penat jalan kaki boleh cycling






Yang ni sama macam kat Korea kan? Tapi yang kat Korea tu lagi hebat, sampai takde ruang kosong da.




Di sepanjang jalan, banyak kedai jual buku2 lama. Ada jual sekali lukisan2 lama.




Ada gaya tak? ngeeeee




River Seine








Masa mula2 sampai Manchester saya dah nampak bas ni, sedikit terkejut. Bas dia punyalah panjang.




Lepas penat jalan kaki, kitorang guna khidmat Hop-On Hop Off Tour pulak. Duduk atas bas sambil pusing2 bandar tengok attractive places kat Paris. Kalau rajin boleh pasang benda ni kat telinga dan dengar info setiap tempat yang kita pegi.




Kedai2 souveniers




Nak duduk seat atas kena cepat sebab cepat penuh. Kalau duduk bawah macam panas skit. Duduk atas ni dapat kena angin memang sedap la..








Antara attractives places yang dibawa. Kalau interested boleh turun dulu dan tunggu next bas untuk ke tempat2 lain.






Kalau da sampai Paris, wajibla singgah kat Eiffel Tower kan. Tengok orang yang queue nak naik punyalah panjang, berpusing2. So kitorang just pusing2 around tower sambil ambil gambar sebagai kenangan.






Yang ni pun wajib. Macam gambar kahwin pun ada. hehe




Selesai sudahlah trip untuk hari ni. Kena balik cepat sebab nak kejarkan timing last bas, nanti tertinggal. Perjalanan balik ke Poissy pun jauh lagi, jadi kena balik awal rehatkan badan. Esok nak jalan2 lagi =)

No comments:

Post a Comment