22 June 2011

P : 21W 6D

Salam

21 minggu dan 6 hari. Makanya, esok akan masuk minggu ke-22 =)

Last skali scan baby masa 16 Jun hari tu, masa check up kat Pusrawi. Alhamdulillah, baby dalam keadaan yang memberansangkan. Kepala dalam keadaan di bawah, harapnya sampai waktu tengok dunia nanti, still dalam keadaan begitu.

Masa doc scan tu, harap jugak doc cakap gender baby. Tapi sampai nak kuar bilik tu takde langsung. Nak bertanya macam segan pulak. hehe. Takpela, next check up baby duduk elok2 ye. Tapi kalau sampai nak kuar nanti memang dalam teka teki, redha sajalah ^_^

Pasal saya semuanya ok. Cuma doc cam terkejut sebab tengok berat naik tak banyak, 300gram je. Entahlah, rasanya dah makan banyak sekarang. Tengok badan kat cermin pun macam makin bulat je. Tapi beratnya gitu jugak..

Bila difikir-fikir maybe sebab saya banyak exercise kot. Yelah, pagi petang berjalan kaki ke stesen LRT. Lepas tu turun naik tangga 4 tingkat hari-hari. Jadi lepas ni kena makan banyak skit bagi badan naik. Tapi secara sihatlah. Healthy and safely =)


Love u baby =)




Before balik, dapat souvenier dari Pusrawi. Nak tau apa dalamnya?




Mama to-be on board dengan voucher from Mom's care. Voucher untuk brand Avent, Bumble Bee, Maclaren, Baby Gear dan Fisher Price. Boleh la guna nanti =)




Dan juga 3 paket susu S-26




Next check up will be 14 Julai. Tetibe rasa macam tak sabar pulak. Boleh tak? ^_^

1 comment:

  1. amboi souvenir dari pusrawi pun..mahal2 belaka barang yg di suggestkan...tapi berkualiti..
    bnyk exercise bagus ida mudah2an dipermudahkan proses bersalin nanti..

    ReplyDelete