27 September 2012

Sekali Lagi Kehilangan

Salam

Selasa lepas saya cuti. Emergency Leave.

Pagi Selasa ketika baru saja hendak bergerak menuju ke stesen LRT, saya menerima perkhabaran duka. Bapa saudara dari sebelah ayah saya, Ayah Lang telah pergi mengadap Ilahi. Sekali lagi kami kehilangan

Saya terkejut. Apatah lagi en. Abg. Terus buat keputusan mahu turut serta balik ke kampung.

Kali terakhir saya berjumpa arwah sewaktu raya dahulu. Arwah nampak sihat, tiada langsung kelihatan sakit. Tapi takdirNya tiada siapa menduga.

Saat pulangnya dari kampung, hakikat pemergian arwah telah saya sematkan dalam hati.


Tapi...

Semalam ketika otw pulang ke rumah sambil bf Airis yang hampir2 tidur saya terfikir...Tentang kehilangan arwah.. Semacam tak percaya akan hakikat. Makin lama saya fikir makin saya tidak percaya. Sukar untuk terima hakikat yang arwah dah tiada... Buat selamanya.. Sebak.

Lepas ni saya tak akan dapat tatap lagi muka arwah. Tak dapat dengar lagi suara dan gurauan arwah -__-

Mudah2an arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.


p/s : Al-Fatihah

24 September 2012

Perkembangan Airis @ 10 Bulan 27 Hari

Salam

Lagi beberapa hari je usia Airis nak menjangkau 11 bulan. Makanya lagi sebulan lebih jela umur anak dara saya tu masuk 1 tahun. 

Alhamdulillah... Besar dah anak dara ummi. Nak masuk setahun pun :)

Nak masuk setahun, Airis pun dah pandai macam2. Jom tengok apa macam2 Airis tu ^_^

Kiss - Bila saya sebut kiss sambil muncungkan mulut, Airis akan suakan pipi atau kepala dia pada saya. Tapi kadang2 dia cium mulut saya. Jadi berkongsi la air liur kami anak beranak. Nak2 lagi sekarang dia nak tumbuh gigi lagi, jadi kamu tahula kan betapa basahnya mulut dia tu. hehe

Tepuk tangan - Bila nyanyi tepuk amai2 atau tepuk tangan, dia akan turut serta tepuk tangan. Dulu dia tepuk tangan tapi jari digenggam tapi sekarang elok je kembang semua jari. Kadang2 tengah tengok tv, tiba2 dia tepuk tangan sambil pandang saya n en. Abg. Nak tunjuk kat ummi dengan ayah la tu :)

Salam - Sejuk hati ummi mengandung Airis. Airis dah pandai salam cium tangan. Cair hati dibuatnya...

Bye2 - Dah pandai bye2 tapi jarang buat

Taknak - Bila saya sebut taknak je, terus dia geleng2 kepala sambil senyum

Bermanja - Airis akan lentokkan kepala dia bila dia nak bermanja dengan orang. Dah macam gimnas rupanya. hehe

Mengemas - Suka huur barang kat saya tandanya suruh simpan. Bila saya kemas barang & baju dia, dia akan ambil dan hulurkan pada saya. Kadang2 baju dah berlipat pun dia hulur lagi kat saya suruh simpan. haha. Dah boleh harap anak dara kenit tu :)

Air - Memang sangat sangat sangat suka dengan air. Kalau mandi kolam, memang dia excited. Lepas ni, kena masukkan aktiviti bermandi manda di kolam sebagai agenda mingguan. hehe

Berdiri - Airis dah boleh berdiri tanpa memegang apa2. Teruskan usaha lagi sayang. Chaiyok! ^_^

Dua tiga hari ni kalau Airis merengek nak minta saya dukung, dia akan sebut "ma" or "mama".Tapi tak berapa clear sebutan dia tu. Ummi la sayang, bukan mama. Takpe2, pelan2 praktis ye :)

Aidilfitri 2012 - Part 6

Salam

Saya sekeluarga beraya di Kluang lebih kurang seminggu. Agak lama di sana tapi tak terasa pun sebab hampir tiap hari ada je aktiviti nak dibuat. Lagi pun Airis kan jarang balik kampung Johor. Sebulan sekali je. Bagilah chance anak dara tu merasa angin kampung :)

Sambung cerita hari raya yang tak habis2 lagi -__-

Ini aktiviti Airis kalau tak keluar beraya. Merayau2 sambil explore macam2 kat rumah atok n mak tok dia. Paling menarik perhatian dia, meja ala2 jepun yang terletak cantik di tengah ruang tamu. Sebab ada balang2 kueh raya. Memang dia suka la port2 camni. hehe



Dikuis2 alas meja tu. Ummi kena pantau, takut dia tarik habis alas meja tu





Esoknya hari Sabtu, ikut ayah beraya ke rumah kawan2 ayah






Kalau duduk seat depan bersama Airis, memang harus banyak bersabar dan bertenaga. Sebabnya ada saja aktiviti yang nak dibuatnya. Kejap usik sini, kejap usik sana. Belum masuk sibuk nak pegang stereng kereta. Kenapa ye budak2 sekarang kalau nampak stereng kereta tu mesti excited? 



Buah hati + intan payung ummi



Dilarang menggunakan hp ketika memandu =p



Cube cari mana Airis...



Kat sini rupanya... Port baru dia kalau duduk seat depan -__-



Sambil beraya, sambil tolong mengemas. hehe



Baby kawan en. Abg. Comel kan? 



p/s : Tamat sudah cerita raya ^_^


Motivasi Diri


"Saya mahukan ketenangan dan kebaikan dlm setiap suasana. Jangan biarkan orang lain atau suasana mempengaruhi emosi kita. Pilih emosi positif supaya kite menjadi magnet kepada perkara yg baik dan rahmat Allah....
Tak perlu kesah dengan rakan sekeliling yg tidak menyenangkan kerana susah dan senang kita, bukan bergantung pada mereka... 
Letaklah harapan pada Allah kerana ianya tidak akan mengecewakan dan jgn bergantung pada manusia kerana ia sentiasa menyulitkan... 
Di kala susah, sukar dan sakit, kita akan mengenali siapa rakan, teman di sekeliling kita... 
Berserah pada Allah atas segalanya"


p/s : Credit to fb Erna Fantasia 

InsyaAllah :)

21 September 2012

Dah Macam Emak-Emak

Salam

Sejak dua menjak ni saya rasa sifat saya sudah seperti emak2 lah. Suka mengumpul pinggan mangkuk. hehe

Buat masa ni saya penggemar dan pengguna setia Corelle. Pertama kali saya jatuh cinta dengan Corelle ketika dihadiahkan satu set Corelle oleh Along saya seusai tamat pengajian di Brisbane. Hadiah kahwin in advanced katanya =)

Dan minat pada Corelle ni makin mendalam bila en. Abg ditugaskan di Abu Dhabi. Hampir setiap kali pulang, mesti dengan tangan berisi. Satu atau dua set Corelle untuk wife dia ni. Maka, koleksi saya bertambah dari masa ke semasa. Suka suka dan suka! 


Antara sebahagian koleksi Corelle yang ada




Separuh lagi masih tersimpan rapi dalam kotak sebab kekurangan space di dapur



Saya suka pakai Corelle ni sebab dia nampak bersih dan kemas. Bila susun tu nampak cantik je. Tak makan space sebab pinggan dia nipis2 je semuanya. Yang penting senang dicuci dan sangat ringan. Dan juga tahan lasak



Corak2 yang ada dalam koleksi saya


Apricot Grove pemberian Along yang dipakai untuk kegunaan harian



Country Cottage yang digunakan bila tetamu datang ke rumah




Pretty Pink yang masih tersimpan rapi




Semalam en. Abg bagitahu saya ex-roommate beliau di AD dulu akan berkunjung ke AD buat seketika. en. Abg offer saya, katanya mahu mengirim lagi tak pada ex-roommate beliau tu. Nak!!!!!

Tapi saya mahu kirim belian secara loose. Boleh ke eh....

Yela, saya rasa beli loose items ni leceh sikit bila nak di packing bawa balik ke sini. Kalau beli yang set tu senang, dah ada kotak siap. Taknaklah susah kan dia... Dilema -__-


Tapi kan... sejak dua menjak ni cinta saya sudah bercabang dua la. Jatuh cinta pada Corningware. Tengok pulak ada satu fb ni jual murah. Jiwa tergoda la ^_^


Design yang berjaya menambat hatiku ini




Serius! Rasa mahu order sekarang juga. Nak nak nak!!! 


Agak2 en. Abg bagi tak? Jeng3.....



p/s : Harus cermat berbelanja sekarang. Ada impian lagi besar harus direalisasikan :)


20 September 2012

Aidilfitri 2012 - Part 5

Salam

Foto pada hari raya keenam







Aidilfitri 2012 - Part 4

Salam

Selepas gigih semalaman beraya, esoknya hari raya kelima kami sambung beraya lagi. Banyak lagi rumah yang tak sempat dikunjungi semalam, jadi sambung beraya lagi. Kunjungan pertama adalah ke Muar, rumah keluarga biras saya Kak Mai.

Tuan rumah hidangkan roti jala. Oh ye, sempat merasa kerepek pisang buatan sendiri. Dan juga kueh mazola  yang memang extra sedap tu. Next year saya nak orderlah kueh tu =)


Berbuai bersama anak dara. Buai buaiku laju ^_^ 



Dengan Mak Usu Azwa n kakak Qila. Walaupun lahir sama tahun, dah terbiasa gelarkan si Qila ni kakak pada Airis. Airis kan cucu bongsu atok n mak tok





Lepas tu singgah sebentar di Tanjung Emas, Muar



1st time sampai sini



Singgah makan mee bandung Muar. Jom kita try sedap ke x ^_^




Buah hati ummi dan ayah 



Saya pilih teh o ais n mee bandung. Ternyata pilihan yang tepat. Serius! Sedap gile. Macam nak pergi Muar lagi, lepas tu pekena mee bandung ni dan terus balik rumah. haha



Gambar kenangan sebelum balik



Sambil tunggu yang lain solat Zuhur










Dua budak yang tertidur kepenatan @ rumah Tok Sarip



Habis beraya rumah Tok Sarip, pulang semula ke rumah PIL. Kali ni abg Irfan request nak duduk dalam kereta bersama Airis. Memang tak dapat pisah budak 2 orang ni





Airis sibuk bergerak sana sini sampai ambil space tempat duduk abg Irfan. Kesian abg Irfan -__-



Mainlah kamu berdua sama2 ye. Mak Uda nak rehatkan badan dulu



Malamnya, layankan bebudak 2 orang tu Irfan n Qila main bunga api yang diimport dari KL. Kamu berdua kecil lagi, kita main yang simple2 je la ye. hehe



Kasut sapalah si Qila ni bedal pakai. haha




Airis kecil lagi, tak boleh main. Tahun depan dah besar sikit ummi kasi main ye. Time tu kakak Ayu n kakak Hana pun dah ada. Mesti lagi meriah =)



Apalah yang budak berdua ni borak. Mungkin si Qila ni ajak Airis main bunga api sama2 kot...?



Ok, dah malam. Jom kita masuk tidur. Malam esok sambung main lagi. Gud nite! ^_^