21 September 2012

Dah Macam Emak-Emak

Salam

Sejak dua menjak ni saya rasa sifat saya sudah seperti emak2 lah. Suka mengumpul pinggan mangkuk. hehe

Buat masa ni saya penggemar dan pengguna setia Corelle. Pertama kali saya jatuh cinta dengan Corelle ketika dihadiahkan satu set Corelle oleh Along saya seusai tamat pengajian di Brisbane. Hadiah kahwin in advanced katanya =)

Dan minat pada Corelle ni makin mendalam bila en. Abg ditugaskan di Abu Dhabi. Hampir setiap kali pulang, mesti dengan tangan berisi. Satu atau dua set Corelle untuk wife dia ni. Maka, koleksi saya bertambah dari masa ke semasa. Suka suka dan suka! 


Antara sebahagian koleksi Corelle yang ada




Separuh lagi masih tersimpan rapi dalam kotak sebab kekurangan space di dapur



Saya suka pakai Corelle ni sebab dia nampak bersih dan kemas. Bila susun tu nampak cantik je. Tak makan space sebab pinggan dia nipis2 je semuanya. Yang penting senang dicuci dan sangat ringan. Dan juga tahan lasak



Corak2 yang ada dalam koleksi saya


Apricot Grove pemberian Along yang dipakai untuk kegunaan harian



Country Cottage yang digunakan bila tetamu datang ke rumah




Pretty Pink yang masih tersimpan rapi




Semalam en. Abg bagitahu saya ex-roommate beliau di AD dulu akan berkunjung ke AD buat seketika. en. Abg offer saya, katanya mahu mengirim lagi tak pada ex-roommate beliau tu. Nak!!!!!

Tapi saya mahu kirim belian secara loose. Boleh ke eh....

Yela, saya rasa beli loose items ni leceh sikit bila nak di packing bawa balik ke sini. Kalau beli yang set tu senang, dah ada kotak siap. Taknaklah susah kan dia... Dilema -__-


Tapi kan... sejak dua menjak ni cinta saya sudah bercabang dua la. Jatuh cinta pada Corningware. Tengok pulak ada satu fb ni jual murah. Jiwa tergoda la ^_^


Design yang berjaya menambat hatiku ini




Serius! Rasa mahu order sekarang juga. Nak nak nak!!! 


Agak2 en. Abg bagi tak? Jeng3.....



p/s : Harus cermat berbelanja sekarang. Ada impian lagi besar harus direalisasikan :)


2 comments:

  1. Aihh..ida kan mmg dah jd mak skrg nie..hihi..erm..akak blum ada lg koleksi correlle cuma ada koleksi vision jew..tu pun beli ms kat langkawi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni mak2 versi muda kak lyn. hehe. saya minat jugak dgn vision kak lyn tapi fokus dgn corelle dulu. hehe. slowly kumpul :)

      Delete