24 September 2012

Perkembangan Airis @ 10 Bulan 27 Hari

Salam

Lagi beberapa hari je usia Airis nak menjangkau 11 bulan. Makanya lagi sebulan lebih jela umur anak dara saya tu masuk 1 tahun. 

Alhamdulillah... Besar dah anak dara ummi. Nak masuk setahun pun :)

Nak masuk setahun, Airis pun dah pandai macam2. Jom tengok apa macam2 Airis tu ^_^

Kiss - Bila saya sebut kiss sambil muncungkan mulut, Airis akan suakan pipi atau kepala dia pada saya. Tapi kadang2 dia cium mulut saya. Jadi berkongsi la air liur kami anak beranak. Nak2 lagi sekarang dia nak tumbuh gigi lagi, jadi kamu tahula kan betapa basahnya mulut dia tu. hehe

Tepuk tangan - Bila nyanyi tepuk amai2 atau tepuk tangan, dia akan turut serta tepuk tangan. Dulu dia tepuk tangan tapi jari digenggam tapi sekarang elok je kembang semua jari. Kadang2 tengah tengok tv, tiba2 dia tepuk tangan sambil pandang saya n en. Abg. Nak tunjuk kat ummi dengan ayah la tu :)

Salam - Sejuk hati ummi mengandung Airis. Airis dah pandai salam cium tangan. Cair hati dibuatnya...

Bye2 - Dah pandai bye2 tapi jarang buat

Taknak - Bila saya sebut taknak je, terus dia geleng2 kepala sambil senyum

Bermanja - Airis akan lentokkan kepala dia bila dia nak bermanja dengan orang. Dah macam gimnas rupanya. hehe

Mengemas - Suka huur barang kat saya tandanya suruh simpan. Bila saya kemas barang & baju dia, dia akan ambil dan hulurkan pada saya. Kadang2 baju dah berlipat pun dia hulur lagi kat saya suruh simpan. haha. Dah boleh harap anak dara kenit tu :)

Air - Memang sangat sangat sangat suka dengan air. Kalau mandi kolam, memang dia excited. Lepas ni, kena masukkan aktiviti bermandi manda di kolam sebagai agenda mingguan. hehe

Berdiri - Airis dah boleh berdiri tanpa memegang apa2. Teruskan usaha lagi sayang. Chaiyok! ^_^

Dua tiga hari ni kalau Airis merengek nak minta saya dukung, dia akan sebut "ma" or "mama".Tapi tak berapa clear sebutan dia tu. Ummi la sayang, bukan mama. Takpe2, pelan2 praktis ye :)

No comments:

Post a Comment