Salam
Saya sekeluarga beraya di Kluang lebih kurang seminggu. Agak lama di sana tapi tak terasa pun sebab hampir tiap hari ada je aktiviti nak dibuat. Lagi pun Airis kan jarang balik kampung Johor. Sebulan sekali je. Bagilah chance anak dara tu merasa angin kampung :)
Sambung cerita hari raya yang tak habis2 lagi -__-
Ini aktiviti Airis kalau tak keluar beraya. Merayau2 sambil explore macam2 kat rumah atok n mak tok dia. Paling menarik perhatian dia, meja ala2 jepun yang terletak cantik di tengah ruang tamu. Sebab ada balang2 kueh raya. Memang dia suka la port2 camni. hehe
Dikuis2 alas meja tu. Ummi kena pantau, takut dia tarik habis alas meja tu
Esoknya hari Sabtu, ikut ayah beraya ke rumah kawan2 ayah
Kalau duduk seat depan bersama Airis, memang harus banyak bersabar dan bertenaga. Sebabnya ada saja aktiviti yang nak dibuatnya. Kejap usik sini, kejap usik sana. Belum masuk sibuk nak pegang stereng kereta. Kenapa ye budak2 sekarang kalau nampak stereng kereta tu mesti excited?
Buah hati + intan payung ummi
Dilarang menggunakan hp ketika memandu =p
Cube cari mana Airis...
Kat sini rupanya... Port baru dia kalau duduk seat depan -__-
Sambil beraya, sambil tolong mengemas. hehe
Baby kawan en. Abg. Comel kan?
p/s : Tamat sudah cerita raya ^_^
No comments:
Post a Comment