18 September 2012

Aildilfitri 2012 - Part 3

Salam

Pagi hari raya ketiga seawal 7.30 pagi kami dah pun bertolak balik ke Johor. Harapan kali ni biarlah jalan tidak jem. Dan alhamdulillah jalan memang clear.

Sebelum terus ke Johor, kami mahu singgah ke rumah dahulu. Ada beberapa perkara yang harus dibuat. Disebabkan jalan sangat clear, dalam masa 2 jam kami sudah sampai ke Kinrara. Siap breakfast KFC lagi. Lepas mengidam di hari raya. hehe

Ingatkan nak singgah rumah sekejap je tapi sebab Airis dah mengamuk penat + mengantuk, jadi saya tidurkan dia dulu. Tengok dia dah lena tidur, pelan2 angkat bawak masuk kereta untuk teruskan perjalanan. Jalan ke Johor juga sangat clear. Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi awal dari yang dijangka.

Malam tu kami hanya berehat di rumah PIL, tidak ke mana2.

Pagi raya keempat, pagi2 sudah bersiap untuk beraya ke Batu Pahat. Saya sudah maklum, proses beraya ni akan ambil masa yang lama. Jadi dah bersedia fizikal dan mental =p


Awal perjalanan. Hair clip masih lagi terletak cantik -_-



Rumah pertama yang dikunjungi. Disebabkan update cerita raya terlalu lambat, terlupa nama tuan rumah. Yang saya ingat, toilet rumah ni di luar kawasan rumah. haha



Cousin Airis, Aqila yang lahir sama tahun. Cuma Qila lahir bulan Januari, Airis bulan Oktober



Kemudian beraya ke rumah Wak Ru



2nd oufit Airis untuk hari tu



Mana ada Airis, kat situ jugak ada cousin dia Irfan. Irfan ni memang sayang sangat kat Airis. Kalau nampak Airis bukan main happy lagi dia







Aksi Airis bila nampak tangga. Sibuk nak memanjat



Sikit lagi nak sampai ke puncak



Yey! Akhirnya berjaya jugak. Jom kita ulang lagi step yang sama -_-



Bila dah penat



Habis beraya di rumah Wak Ru, sambung beraya di rumah Mak Wok. Tengok apa Airis sudah buat. Sabar ajelah. huhu



Kemudian ke rumah Mak Encah



Orang yang penat beraya ke hulu ke hilir =p



Dia pun sibuk sama :)



Dekat2 je rumah pakcik makcik en. Abg ni



Beraya di rumah Nenek Min & Tok Acid




Sejak bila anak dara i pandai posing camtu...?








Rumah terakhir sebelum tamat misi beraya. Dapat tengok orang main mercun. Tapi tak berani duduk dekat. hehe




Airis pun nak tengok jugak. Mujur dia tak takut dengar bunyi mercun meletup



Seumur hidup, inilah kali pertama saya pegang mercun sebesar ni. Teruja u ^_^



p/s : Setelah dicongak2, kami beraya di 11 buah rumah hari tu. Belum masuk beberapa buah rumah yang xdapat dikunjungi sebab tuan rumah takde. Gigih beraya ^_^

2 comments:

  1. uihh pecah rekod baraya 11 buah rumah sehari..akak 5 biji rumah semputtt..hihi

    ReplyDelete
  2. kalau raya belah johor ni memang gempak sikit kak. gigih beraya. kalau belah perak relaks je lebih. hehe

    ReplyDelete