06 September 2012

Airis Oh Airis

Salam

Beberapa hari ni en. Abg outstation. Dari Ipoh ke Kangar seterusnya Penang. Jadi sepanjang ketiadaan en. Abg ni, saya dan Airis bermalam di rumah keluarga saya.

Maka, tidaklah kebosanan Airis sebab ramai orang yang melayan dia. Atok, nenek, mak lang n mak usu. Dah puas bermain bersama anak2 bs dan juga budak lain yang dijaga bs, sambung lagi bermain di rumah atok n nenek. Sampai tak tidur petang la jawabnya.

Sudahnya sebab terlalu best sgt dilayan bermain, Airis tidur dengan lewatnya. Malam pertama dia tidur dekat pukul 1 pagi selepas tidur setengah jam merehatkan badan. Malam tadi, ingatkan tidur terus jam 10.30 lepas beraya. Rupa2nya dia boleh bangun balik dan terus bermain sampailah pukul 1. Saya dan atoknya lah yang melayan sebab mak lang dan mak usu dia dah mengantuk. Nenek pulak bereskan apa2 kerja yang patut.

Saya sudah mengantuk. Tengok jam dah pukul 1. Terus bawak dia masuk bilik dan cuba tidurkan dia. Mula2 dia taknak tido. Siap nak terjun dari katil lagi tapi xberani. hehe. Lama2 dia tengok seluruh rumah gelap je, saya pun tak bagi reaksi apa2, dia pun give up agaknya. Terus bf dan tidur. hehe


p/s : Pagi tadi, pukul 6 dia sudah bangun. Panjang leher dia meninjau. Nak cari siapa yang boleh diajak bermain. Airis oh Airis...

No comments:

Post a Comment