Salam
Lunch tadi saya dan Kak Izan ke Jalan TAR. Cadangnya nak makan sate. Tapi disebabkan perut masih kenyang penangan roti jala dan kari ayam masakan Kak Izan pagi tadi, jadi kami tangguh dulu bab makan. Pergi la Sogo, saya nak cari baju raya untuk Airis.
Sogo macam biasalah, tetap ramai orang. Dan tetap ada sales. Kat hall bawah tu tengah buat sales. Saya pun pusing2 la, kot ada baju yang berkenan untuk Airis. Tapi nan hado. Size Airis takde, semuanya 2 thn dan ke atas.
Dah tengok kat bawah takde, saya pun pergi la tingkat atas. Ingat nak cari jeans untuk Airis sebab jeans Airis tu dah ngam2 sangat. Kalau raya ni pakai mesti nampak senteng je. Tapi puas cari yang berkenan, memang nan hado. Dapat sambar satu baju pink ni je
Pink dress untuk Kak Najwa. Hope Najwa suka pilihan aunt Nini ni ye :)
Lepas selesai agenda di Sogo, melangkah la ke Medan Mara. Orang yang nak berpindah teringin makan sate Samuri dengan ABC katanya. Tapi bukan rezeki, kedai Samuri tu tutup. Sebab solat Jumaat kot.
Sekali tengok ada orang jual kueh raya.Saya dan Kak Izan apalagi, menuju ke situlah. Tengok kueh2 tu semua menarik je. Bila rasa sedap pulak tu. Terus beli masa tu jugak. Yang Kak Izan siap order untuk raya lagi. Bukan merasa kosong je ye, kitorang beli tau =p
RM25 bagi setiap bekas. Agak mahal tapi berbaloi dengan rasanya yang sedap. Silap2 sebelum raya dah habis ni. hehe. Takpela, yang jual kueh tu pun kebetulan kawan ayah saya. Nak order nanti, sms je :)
p/s : Ramadhan menjelma. Moga2 Ramadhan ni dapat saya hayati sebaik mungkin. Selamat Berpuasa ye kawan2 :)
Assalam...
ReplyDeleteTerima kasih aunt nini. Mesti kak najwa suka punya. kak najwa memang suka sangat kaler pink.
kalau akak belikan dia baju atau kasut kaler pink kan, mesti dia asik cium akak dan say thank banyak kali sampai xdapat nak buat keje. gembira sangat dia dik dapat barang kaler pink2 ni.
p/s:walaupun anak ibu tak cerah mana, ibu tetap menghormati apa saja kegemaran kamu sayang. baby sentiasa cantik di mata dan hati ibu. begitu juga dengan kakak dan abg kamu. kasih ibu sama rata. tiada lebih tiada kurang.sama aje :)
selamat berpuasa ida..
ReplyDelete