31 July 2012

Perjalanan Airis Balik Kampung

Salam

Weekend lepas saya sekeluarga pulang ke Kluang untuk menyambut Ramadhan bersama2 MIL. Bertolak balik Jumaat petang. Sejurus sampai di rumah mak, lepas duduk barang lima sepuluh minit, terus bergegas bertolak. Kata en. Abg mahu elakkan jem. Hai la, entah jem atau tidak saya pun xpasti. Selagi namanya KL, jem tu pastinya tidak dapat dipisahkan. Jadinya, ikut rezeki saja. Kalau jem, hadap sajalah. Kalau tidak jem, syukur Alhamdulillah moga2 perjalanan tidak memakan masa yang panjang. Lagi2 di bulan puasa ni, ibarat tenaga diserap entah ke mana.

Perjalanan yang pada mulanya memang best. Mana tidaknya, Airis tidur kepenatan. Saya pun apalagi, mestilah ambil peluang kan. Dalam hati doa mudah2an biarlah lena si kecil ni sehingga tiba ke destinasi. Paling tidak, 4/5 perjalanan seperti trip yang sebelum ini. Saya sudah dua tiga kali bangun, Airis masih lagi lena. Harapnya kali ini masih seperti dulu juga. Tapi harapan tinggal harapan saja. Sampai di RNR Ayer Keroh, ngam2 time berbuka mata Airis dah celik. Bukan celik sikit2 tau, ni celik besar punya. Celik yang disertai dengan keaktifan yang hebat seolah2 baru recharge bateri masa tidur tadi. huhuhu. Maka, berbuka la si suami isteri ni dalam keadaan kelam kabut. Nak2 bila si suami beli nasi lemak tapi tiada sudu untuk diguna. Kamu boleh bayangkan kalutnya macam mana kan =p

Selepas tu, Airis berterusan berjaga sehinggalah sampai di rumah FIL. Memang taknak duduk senyap dia. Sekejap berdiri di riba saya di tepi cermin pintu, sekejap bediri memeluk leher saya sambil menarik brooch, sekejap lagi sibuk nak mengacau ayahnya drive. Bila dia bosan, merengek gosok2 mata tanda mahu bf. Tapi bila bf, tak sampai seminit pun. Mula balik aktiviti2 dia tu. Layan jela, asalkan dia tak merengek. Kalau tidak, pening jugak kepala ni. Anggap je dia bosan sebab terlalu lama berada dalam kereta dalam keadaan gelap. hehe

Sampai rumah MIL, Airis tak ambil masa yang lama untuk warm up. Mula2 bila maktok dia mendukung, dia menangis. Tapi lepas dah lama sikit tu, dah boleh mesra. Tak takut2 lagi. Cuma, salah seorang antara saya dan en. Abg kena berada berdekatan. Kalau dia sedar antara kami berdua tiada bersama, apalagi melantun la nadi nyaring dia tu.

Kami sempat bermalam 2 malam je di rumah MIL. Tapi dalam 2 malam tu sempat juga merasa lontong masakan MIL. Ada nasi impit, kuah masak lodeh dan sambal tumis. Memang pakej complete lontong la. Pre-Syawal gitu. Boleh?

Sebab tahun ni raya pertama bersama keluarga saya di Perak, 2 minggu lagi saya akan balik semula ke Kluang. Kali ni en. Abg ajak pergi mencari kerepek2 untuk santapan tetamu yang berkunjung. Kot yelah untuk tetamu, entah2 tuan dan puan rumah yang beriye tibai. hehe. Bak kata en. Abg Johor ni kan champion kerepek2 ni. Cakap saja mahu kerepek apa, semuanya ada. Iyolah tu. Jadi kita ke Rengit ye? Borong sakan punya :)


No comments:

Post a Comment