27 July 2012

Tentang Airis

Salam

Mak dan ayah saya kata Airis ibarat saya sewaktu kecil. Dari segi rupa mahupun badan. Ibaratnya Airis ni klon saya sewaktu kecil la senang cerita. Kata mak dan ayah, kalau nak tahu rupa saya waktu kecil, tengoklah Airis. Macam mana Airis, macam itulah saya. Sebijik kata mereka.

Dan bukan dari segi luaran je, ada juga sifat yang sama. Tak suka makan. Yup! Airis juga tak suka makan. Macam saya ^_^

Dulu masa mula2 kenalkan Airis dengan solid food, Airis tidak pernah menolak. Pada mulanya yelah, mungkin dia nak sesuaikan diri. Tapi selepas dari itu apa yang saya masak, semua dimakannya. Sampailah satu masa, kuantiti yang dimakan Airis makin sedikit sehinggalah dia menolak untuk makan bubur sepenuhnya.

Saya gantikan dengan puree. Dari puree kentang ke puree buah2an. Semuanya tak jalan. Yang saya perasan, Airis suka menghisap buah2an. Tapi bila buah2 tu saya kisar buat puree, ditolaknya bulat2. Maybe dia tak suka tekstur puree tu kot. Tak memadan si kecil tu, macam da ada gigi je gayanya. hehe

Baru2 ni saya ada dapat sample nestum Cerelac perisa buah2an dan beras merah dari Drypers. Hati serba salah, mahu cuba atau tidak. Sebolehnya saya mahu elakkan Airis makan nestum sebab rasanya yang agak manis. Baby kan tak boleh makan benda manis or masin sehingga setahun, so saya berpegang pada fakta tu. Tapi setiap kali saya dan en. Abg menjamu selera, tengok Airis ketap2 mulut sambil pandang saya dengan mata yang membulat, hati rasa kasihan. Mungkin dia lapar :(

Jadi saya mulakan dengan nestum perisa buah2an untuk cubaan pertama. Kalau ikut direction pada paket nestum tu, nestum tu untuk sekali makan je. Tapi untuk Airis, kena sampai 4kali makan. Sekali buat tu pun saya rasa kalau Airis habis makan, satu pencapaian hebat buat Airis yang membuatkan saya lega.

Masih ditolak Airis apabila disuap dengan sudu. Dia hanya makan bila saya calitkan nestum tu pada jari dan suap padanya. Itupun hanya beberapa calitan sahaja.

Hati saya dipalit kerisauan mengenangkan peel Airis yang satu ni. Tapi mak saya kata tiada apa yang perlu dirisaukan selagi Airis bf seperti biasa. As long as dia masih mendapat susu dari saya, itu dah mencukupi. Badan Airis pun tidaklah turun sangat, lately ni semakin semangat saya rasa. Jadi saya abaikan je soal Airis mahu makan atau tidak. Yang penting dia sihat walafiat dan kekal cergas. Akan sampai masanya dia bersedia untuk makan semula. Maybe at that time saya yang tak sempat masak bubur untuk dia pulak. hehe

Makin usia bertambah, semakin Airis aktif. Memang penat jugak kadang2. Tapi senyuman dan aksi2 dia tu lah yang menggembirakan saya dan en. Abg. Tak berjumpa sehari, rasa rindu sangat. Bila di ofis terkenang2, rasa mahu cepat balik nak peluk cium si kecil tu :)


Sambung Tentang Airis kemudian ye. Got to go! Selamat Berbuka kawan2. Jangan lupa baca doa dulu tau :)


p/s : Menyambut Ramadhan di Kluang. Dapat makan masakan MIL yang sedap2 tu. Yey! :)

2 comments:

  1. airis dah berpa bulan ye?mm..mmg nature budak kot haf..haykal pun dah xmo makan...tapi baru 2 hari ni selera nya kembali..hai..mmg serabut..su dah masak mcm2 dah..menu setiap ari bertukar..tp camtu jugakla si haykal ku sayang tu..tp mmg dia 'hantu' pisang dan betik..suka betul ..mm..su pun xfollow dah rule tu haf..tp haykal tak suka nestum2 tu..dia prefer makanan mak ayah dia makan..dan..kalau nasik su tgk dia suka nasi ayam..penangan ngandung suka sangat nasi ayam dulu..hehe

    ReplyDelete
  2. airis dah masuk 9 bulan su. tu lah su, dulu masa mula2 makan sakan dia makan. ni xmo lak.yang dia nak makanan kita dok makan tu. manalah boleh bagi kan sbb yang ummi dia makan semuanya tak sihat punya menu. hehe.airis xde gigi lagi su, so saya xbrani bagi makan apa sgt. takut dia tercekik. sebab selalu tengok dia macam nak muntah balik je apa kita bagi makan.

    ReplyDelete