Salam
Semalam saya EL. Atas dua alasan. Satu, mahu menjaga si anak yang kurang sihat. Kedua, saya sendiri sakit. Sakit M. Kamu tahukan sakit M itu apa. Kalau tak tahu jugak, sila rujuk kamus DBP m/s 107 =p
Airis kurang sihat. Mulanya hanya batuk2 pada hari Jumaat. Tapi membawa ke semalam sudah bertambah kepada selsema. Siang Airis aktif macam biasa. Cuma kekadang datang masa batuknya. Tidak seteruk mana, cume terdengar di hujung batuk tu seolah-olah kahak berkumpul.
Tapi bila menjelang malam di waktu tidur, hampir setiap kali dia batuk akan disertai muntah susu. Kadang2 banyak, kadang sikit. Mungkin dia baru menyusu, kebetulan datang pulak batuk. Itu yang termuntah. Jadi tiap kali bila dengar Airis mula2 batuk, saya akan cepat2 bangun untuk iringkan badan Airis so that dia muntah takdelah kena semula ke badannya. Saya standby siap2 kain di tepi mulutnya. Lepas tu Airis akan tidur semula. Tapi pernah jugak dia menangis, mungkin tidak selesa. Lepas saya peluk2, usap2 kepala dan dodoikan dia, dia tertidur semula. Dan paginya, Airis akan bangun dengan muka ceria. Lega hati saya.
Keadaan batuk Airis ni dah berlarutan 2 hari. Alhamdulillah malam tadi, hanya sekali Airis batuk dan muntah. Ada sedikit kemajuan di situ. Mudah2an malam ni Airis dapat tidur nyenyak. Saya tak kisah berjaga untuk membersihkan Airis, tapi kesian melihat tidurnya yang terganggu. Rasa macam sakit bila dia batuk2 tu. Malam ni mahu bagi Airis minum air zam-zam lagi. Mudah2an semakin baik keadaan Airis.
Oh ye, semalam sepanjang hari saya berdua dengan Airis. Dengan erti kata lainnnya, selain dari waktu tidur, Airis tak pernah berenggang dari saya. Saya ke dapur mengemas stok susu, dia duduk sekali di pangkuan. Saya ke balkoni belakang membasuh dan menjemur baju, dia duduk menempel di hujung sudut washing machine. Saya ke bilik menggantung baju kurung, sebelah tangan mendukung dia. Sampai saya rasa saya dan Airis ni dah jadi kembar. Cumanya seorang muda, seorang tua. Boleh gitu? haha
Memang bersenam betol saya semalam. Ke mana saja saya mendukung Airis. Usah kata melangkah setapak, saya berdiri dan letak dia di bawah pun itu sudah boleh buat dia meraung. Yelah, mana saya larat kan. Nak buat keje sambil mendukung dia sebelah tangan. Sekejap2 boleh la, tapi kalau lama saya risau tangan saya tak cukup kuat. Takut dia terjatuh dari dukungan.
Mula2 saya biarkan je dia menangis. Dengan harapan bila penat nanti, berhentilah dia. Tapi makin dibiar, makin kuat tangisan dia. Air mata berlinang-linang, hidung merah dan berair. Bila lihat dia dalam keadaan macam tu, terbit rasa kasihan dalam hati. Dah la dia tak sihat, tengok pulak dia menangis macam tu, memang tak sampai hati. Terus duduk dan dukung dia. Sambil pujuk dan kesat muka dia. Sesekali saya cium pipi dia. Tak lama lepas tu dia dah boleh senyum dan ketawa kalau saya agah2 dia :)
Lagipun Airis sekarang kan tengah selsema. Kalau dia menangis sampai berair hidung, nanti dia susah nak bernafas. Rasa macam mendera anak sendiri pulak. hehe
Siang hari semalam dua kali je dia tidur. Itupun tiap kali tidur tak sampai setengah jam. Ingatkan nak tidurkan di dalam bilik, bolehla saya buat kerja mengemas di luar. Tapi bila fikir2, macam bahaya biarkan Airis tidur seorang di atas katil. Takut dia merangkak dan jatuh katil. Jadinya saya bentang toto di hall dan biarkan dia tidur di depan mata. Selamat.
Tapi bila dia tidur di hall, pergerakan saya dah macam pencuri. Terjengkit2 kaki bergerak ke sana sini. haha
Baru je saya ke bilik untuk mengemas baju, Airis terbangun dari tidur dan merengek sambil merangkak mencari saya.
Baru saja saya menghidupkan api, nak masak air panas untuk merendam botol2 susu, sekali lagi Airis merengek. Sudahnya saya matikan api dan duduk memanjakan Airis di hall.
Bila en. Abg balik, cepat2 saya minta maaf sebab tak dapat kemas rumah sampai habis. Dengan alasan Airis taknak berlekang dari saya. Cett! Alasan semata =p
Petangnya kami ke bazar. Pukul 5.30 keluar dari rumah. Sedang2 elok masanya. Tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat. Kalau terlalu awal, matahari sedang naik yang pastinya membuatkan Airis disimbah cahaya matahari. Kalau terlalu lambat pulak, banyak juadah yang sudah habis dijual.
Ketika berbuka pula, saya memangku Airis. Ok, memang kami perlu beli high chair untuk Airis. Amat perlu. Supaya tiada air yang tertumpah di meja makan. Supaya tiada mangkuk nasi atau lauk yang terbalik di meja makan. Dan juga supaya pinggan makan saya tidak jauh sebatu dari posisi mulut saya. Memang kami amat perlukan high chair sekarang. Tapi saya nak yang murah2 aje. Boleh? ^_^
Semalam ketika berbuka Airis menepis cawan saya. Mujurnya air suam, bukan air manis. Jadinya saya biarkan dulu dan sambung makan. Bukan banyak mana pun. Tapi sekali Airis main tepuk2, sudahnya terpercik air tu ke muka saya dan baju kami berdua. Terus en. Abg ke dapur untuk ambil kain lap. Hai la anak, kadang2 bila berada di meja makan dengan kamu, ummi tak tahu apa yang ummi makan. Tau2 je perut ummi sudah kenyang.
Dah en. Abg lap air tu, saya kembali makan. Tapi tengok mulut Airis terkumat kamit, saya carik2kan roti dan lumatkan. Pelan2 saya suapkan Airis. Mahu dia makan nampaknya. Hampir setengah keping jugak. Sambil tu saya berikan cawannya. Mula2 disedutnya air tu dan ditelan. Tapi lepas tu lebih banyak air yang keluar dari masuk ke mulut. Dia buat2 main, sampai basah baju. Dengan baju2 saya sekali basah. huhu
Menjelang pukul 11mlm, tiada tanda2 Airis nak tidur. Masih lagi aktif sedangkan saya dan en. Abg sudah menguap beberapa kali. Jadinya saya dan en.Abg berbaring dengan jarak di tengah sebagai ruang untuk Airis bermain antara kami. Bermainlah anak dara seorang tu dengan gembiranya. Sekejap dia mengacau saya, sekejap lagi dia mengacau ayahnya. Nak lain sikit dia memapah dan berdiri si sisi sofa. Ketuk2 sofa dan berpaling ke arah kami.
Kalau dia tengok saya senyap je, dia akan kacau saya untuk buat saya bermain dengan dia. Skill Airis sudah semakin hebat sekarang. Dah pandai cakar2 muka saya. Memanglah kuku dia tak panjang, tapi tajam. Sekali dia cakar, memang rasa nak menjerit. huhu. Dua tiga hari ni saya perasan dia suka tarik rambut saya. Sedang mengexplore rasanya. Dengan ayahnya pun begitu juga. Kadang2 keluar jugak jeritan macho ayah dia tu. haha
Pukul 11.40mlm, dalam keadaan mamai saya terasa dia datang kepada saya sambil menggosok2 mata. Mengantuklah tu. Saya ambil dan baringkan dia di sebelah. Tak lama lepas tu, kami sama2 tertidur. Sehari bersama Airis telahpun berlalu. Indah. :)
p/s : Betol2 sakit. Sakit tekak :(
semoga ibu dan anak cepat2 sihat..
ReplyDeletesalam.. fifi baru beli high chair.. beli kat ikea.. rm 49.. then tambah tray dekat high chair tu rm15.. jadi semuenye RM 64.. murah la kan? tapi baby baru 6m+.. nanti da besar sikit boleh la letak dlm high chair.. try la tk lagi.. kalau2 ade murah lagi macam tu dekat ikea..
ReplyDeletesalam kenal dari fifi..
http://zairidanfifi.blogspot.com/
Salam. thanx 4 da comment :)
DeleteTu la, dulu masa pi IKEA saya terpandang juga high chair tu tapi masa tu macam xserius nak beli. takur xguna. but sekarang memang rasa perlu benda tu. dari hari ke hari nak pi ikea tapi asik tertangguh. kusi tu ada sit belt ke?