04 July 2012

Kasihya Ayah

Salam

Pagi tadi lif berhenti seketika di tingkat 3. Bila lif terbuka saya nampak seseorang sedang membelakangkan pintu lif. Mungkin sebab tu, dia tak perasan lif sedang terbuka menanti.

Dah nampak tanda2 yang dia tak sedar pintu lif terbuka, saya pun panggil dia. Tergelak mesra dia sambil ucapkan terima kasih kat saya sebab sudi tunggu dia. Saya pun senyum je la sambil borak2 sikit dengan dia.

Sampai je tingkat 7, bila saya nak melangkah keluar saya terdengar dia cakap "Have a nice day!"

Mujur sempat saya membalas "tq" sebelum pintu lif tertutup kembali. Sebenarnya saya tergamam sebab tak sangka tiba2 aunt tu nak cakap camtu. hehe *sebab dia dah berusia saya bahasakan dia aunt je =p*

Seseorang yang tak dikenali mendoakan yang baik buat saya. Indahkan :)

Dan betul2 hari ini indah bagi saya. Nak tau sebab apa?




Ini dia... Makanan kesukaan sewaktu mengandungkan Airis dulu :)



Susah2 ayah hantar terus ke ofis demi untuk memastikan saya dapat makan putu bambu ni panas2. Kata ayah kalau ditunggu saya pulang ke rumah baru nak makan, dah sejuk putu bambu ni. Mana sedap. Terima kasih ayah :)


Ini reaksi anak angkat ayah :)



Ini pula reaksi anak manja ayah :)


Keluarga saya tak kaya harta, tapi kaya kasih sayang. Itu harta kami :)


p/s : Maaf Kak Lin, saya tak tahu kamu puasa. Tapi takpe, sila2lah rasa ketika berbuka nanti ye. Kalau sampai masa kamu mengidam nanti, saya usaha carikan untuk kamu. Mahu? :)

3 comments:

  1. huhu..touching..kasihnyer ibu dan ayah hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  2. betul kak.mudah2an kita tak lupa kasih dan jasa parent kita...

    ReplyDelete
  3. Assalam...
    Terima kasih ayah... nak jugak.. he he he
    Sharing is caring, sooooooo sweeeettt... ;)
    Keluarga bahagia, segalanya bermula dari rumahkan.. alhamdulillah..

    ReplyDelete