Salam Sabtu semua =)
Baru saja menjengah fb sebentar tadi. Hati terus diulit gembira. Nak tau kenapa? Sebabnya, kawan sepengajian ketika di UUM dulu yang hampir2 lost contact telah ditemui.
Wan Nur Ezzah, salah seorang teman baik ketika sama menuntut di daerah Utara sana =)
Beberapa tahun telah berlalu. Saya akui disebabkan membawa haluan dan mencari arah hidup masing2, hubungan yang terjalin dahulu hampir saja lupus ditelan waktu. Alhamdulillah, teman baik yang menjadi sebahagian kenangan manis hidup saya berjaya dihubungi sebelum kesibukan dan kealpaan membuai diri kami. Dan moga2 tidak sampai di sini sahaja silaturahim kami. Biar jauh di mata, asal dekat di hati.
Bukan dia saja yang saya rindukan. Ramai lagi teman yang pernah singgah dalam hidup saya, yang saya masih tertanya-tanya ke mana hilangnya. Hilang yang disebabkan oleh tuntutan kehidupan. Hilang yang tidak disengajakan. Dari kecil dahulu hingga ketika saya mula2 mencari rezeki. Semuanya terpahat di dalam hati.
Walau dimana mereka berada, saya sentiasa mendoakan yang terbaik utk mereka2 ini. Moga diperkuat jodoh pertemuan antara kami olehNya. Amin.
No comments:
Post a Comment