19 November 2011

Selepas 3 Minggu

Salam


Pagi tadi sempat melompat atas weight scale. 3kg lemak degil berjaya disingkirkan. Good job Airis syg ^_^


Saat2 akhir sebelum Airis keluar, merasa jugaklah saya berat 76kg. Dalam 3 4 hari lepas Airis keluar, beranikan diri utk lompat atas weight scale buat pertama kali. 66kg! Weehuuu!!! And now, 63kg! 5kg je lagi sebelum mencapai sasaran. Terus berkobar2 semangat ni. haha


Betul la kata orang, masa berpantang ni memang senang nak turun badan. Dengan makan yang menyihatkan, ditambah lagi dengan si kecil yang kuat menyusu memang tak mustahil nak back to normal. Tapi masa berpantang jela. Lepas habis pantang kalau tak jaga betul2, lari shape jugakla. Harap2 akak tak macam tu. hehe


Tapi jujurnya, itu bukanlah target utama lepas lahirkan Airis. Apa yang saya mahukan Airis membesar dengan sihat. Cukup zat dari susu ibu yang saya berikan. Jadi, tak perlula saya sekat pemakanan, kesian kat Airis. Jenis saya, makan saja tapi masih dalam jadual berkala yang boleh di kawal.


Tapi saya rasa ada baiknya berpantang ni. Semua makan yang dijamah memang sihat2 belaka. Tiada yang berlemak. Kalau la boleh teruskan macam ni sampai bila2 kan bagus. Kot nafsu kuatla kan =p


Ops! Airis dah bagi sign nak nenen tu. Got to go blog. Daaaa...



p/s: Mujur baju2 keje semuanya baju kurung, tiada yang bercutting sendat mendat. Kalau tidak, jadi khazanah dalam gerobok je la

2 comments:

  1. dlm ptg bolelah kawal mkn...tgulah lepas pantang nanti..tapi, kalu tengok kau tahu dah kau itujenis yg cerewet pun.

    ReplyDelete
  2. Anonymous : As u know, memang this post refer to pemakanan i masa berpantang. I tak cakap pun pas abis pantang. Well, u macam terlebih kenal i je. Kalau i cerewet pun, u tanggung i makan ke? And lagi satu, i know u. janganlah hide di sebalik nama anonymous. Bangga menjadi diri sendiri lebih baik.

    ReplyDelete