20 November 2011

Ujian

Untuk sahabatku yang sedang dilanda musibah hebat.


Biarkan apa yang diperkatakan mereka.

Hanya aku, kamu dan pembawa onar yang mengetahui segala yang tersirat.

Usah dilayan minda2 yang tidak setara kita


Dilawan tiada penghujung

Bila ego memang sifatnya

Biarkan dia bahagia dengan tohmahan yang dilemparkan.


Semoga dibuka pintu keinsafan buat dirinya.

21 comments:

  1. Memang ko belaja tinggi pun, tp otak x kembang langsung sbb slalu mendengar ckp2 org...hati2 la skit bile berkawan n makan budi org, tkut nati terlebih mkn budi, tergadai bodi...zaman skrng ni kena kaji jugak cite2 org ni, jgn terus tanam je dlm dr tu...kalau ko nk tau 'pembawa onar' tu lebih byk simpan rahsia ko ttg ape yg dicanang ttg ko...tp ade kteorg nk smpaikn???x pyh coz ko syggggggg sgttt dgn 'SAHABAT' ko ni....fikir2 kan la....moga ko n "SAHABAT" ko tu pun dibukakn pintu taubatnyer yer....sian ko...

    ReplyDelete
  2. Wahai anakku, janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. . Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita sakit. . ." - Wasiat Luqman Hakim -

    ingat2 la....

    ReplyDelete
  3. xyah gaduh2 dlm pantang ni. kang gila meroyan pulak kang..kdg2 kita kene renung balik kritikan org kt kita.. cuba perbaiki lagi diri melalui kritikan2 tu..jgn meroyan xtentu hala..

    ReplyDelete
  4. Kesian kau dik jadi balaci SAHABAT kau..

    Kalau btl dia sahabat kau,dia takkan ganggu kau berpantang...kesian kau dik!

    ReplyDelete
  5. Dear ngah,

    We love you no matter what. That's more than enough to put you in better position than all the "anonymous".

    Dear all anonymous,

    For whatever reason that caused your anger, I hope all of you are Muslims. But I really hope that you are not a mother because pity your children if all these hatred words came from a mother's thinking. Shame on you and pity your children.

    And to the last anonymous who use the word Balaci, I really pray you don't always use that word especially to your husband or children. Btw, do you know that the word Balaci is a defamation word? My Angah can simply lodge a police report against you tho you're hiding behind the so-called "anonymous"? Hope you are smart enough to know about all the consequences before your type.

    ReplyDelete
  6. Bismillah...

    Ya allah, jgn riak menjatuhkan hukuman allah kepada manusia siti hafnidah..

    Apabila kita diberi ujianNya, kita harus muhasabah diri apa yang kita lakukan kepada allah atau tidak pada rakan2 kita sampai kan mereka semarah ini...INGAT balik, RENUNG kembali sepanjang ini betul kamu sahaja yang betul, tak penah buat salah pada sahabat semuslim kamu?????????

    Manusia tidak lepas dr kesilapan tp tahukah kamu hukuman mumutuskan silaturahim sesama manusia dan memeprcayai fitnah dari org lain bulat2 tanpa usul periksa adalah juga dosa...tapi sapalah sya untuk mnenjatuhkan hukuman.

    Ye mereka semua ada anak, begitu juga dia..sepatutnya dia lepas bersalin lebih menjadi lebih matang, dia juga punya anak dan suami bukan???masa ini dia patut habiskan masa dengan anak yang baru dilahirkan bukan mendengar kata2 nista dr 1 belah pihak je...tapi mungkin dia terlalu percaya akibat memakan budi yang terlalu banyak..

    Dan adakah dia pasti SAHABAT yang dia terlalu percaya tidak pernah mengeluarkan kata2 nista tentang dia??kami punya saksi..tapi kami tidak mahu campur urusan peribadi orang, begitu juga kami harapkan kepada siti hafindah jgn suka cmpur urusan peribadi kami..

    Banyakkan berehat semasa berpantang bukan percaya kata2 sebelah pihak..tidak adil kan begitu??;)

    ReplyDelete
  7. Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis....tapi KETAHUILAH dan RENUNGILAH kembali dalam diri kita kerana mungkin airmata tika itu hadur kerana DIA mahu kita menyulam kembali keimanan yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 tang TERSASAR dr keihlasan, wallahualam...

    Apabila diuji jgn cepat melatah, jangan sesenang melontar HUKUMAN sedangkan anda tiada ditempat "SAHABAT ANDA DIUJI DENGAN HEBATNYA"....


    Adakah adil jika anda hanya menilai dari satu sudut sedangkan anda tiada disitu semasa kejadian.....renung2 kan la bersama...

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum Wr. Wbt.

    Semoga kita semua menilai kembali apa yang telah kita lakukan..samada baik atau buruk..kadang2, kita rasa apa yang kita buat tu betul, tapi kesannya negatif pada orang sekeliling..cuba sesekali berdiam diri dan jgn dibiarkan fikiran dipengaruhi oleh sesiapa...renungkan perbuatan-perbuatan kita pada masa lampau..jangan mudah percaya pada 1 orang tetapi cuba mengambilkira pandangan drpd 10 orang yang lain..renung-renungkan..insyaAllah, jumpa jalannya sekiranya diperkenankan oleh Allah SWT..

    ReplyDelete
  9. Orang sekeliling lebih menyanyangi dia sebenarnya, tapi fikiran dia telah dipengaruhi..Moga dapat dikembalikan Siti Nur Hafnidah yang dulu...

    ReplyDelete
  10. To Izan :

    Assalam,
    Ur Angah is a good person, but finally turn to someone else since her mind had been affected from 'someone' that she trusted alot..!she doesn't know that 'the person' she trust, making stories bout her here and being so politely infront of her but the truth is...it is the vice versa...!please ask her to let her mind be free n ask her not to believe what 'that person' is telling n please be open-minded n think twice b4 making decisions..love the way she is b4...I'm trying to let her know that..'the person' she trusted a lot is not a very-very good person as everybody had been persecuted by 'that person'...and U& ur Angah will never know coz 'that person' is a GOOD TALKER..!Please once..and only...consider what i'm trying to say here...

    Just to let her know that people around is trying to save her from 'that person' as they love her so much..

    * Im not good in English but im trying to help u&ur Angah understand why people here 'love' to comment in this post..

    ReplyDelete
  11. Kepada Anonymous2 sekalian...
    Kalian mmg pengecut dan hanya bersembunyi disebalik Anonymous tanpa declare nama sebenar so mcmana sy nk percaya dgn kalian??? nampak sgt hidup suka MENIPUNYERRR... Manusia yg baik dan berakhlak ke kalau mcm ni??? Hrp2 ibubapa kalian mengikut jalan yg betulla hendaknya ketika mendapatkan kalian... Dan jika ada diantara kalian yg telah kehilangan ibubapa byk2lah sedekah Al-Fatihah ye... Kasihan mereka disana... Amin...

    ReplyDelete
  12. Astaghfirullah....kenapa mesti babitkan bagaimana ibubapa melahirkan kita sedangkan setiap insan yang lahir itu diberikan pemikiran akal yang waras untuk memilih antara yang baik dan buruk. Seseorang yang mumayyiz tidak mungkin akan menyalahkan ibubapa yang melahirkan untuk kesilapan yang dibuat olehnya sendiri. Ibubapa hanya menjalankan amanah Allah untuk mendidik semata-mata membawa ke arah yang diredhai dan akhirnya insan mukallaf tersebut yang akan memilih dan menilai setiap pergerakan hidup duniawi ini. Dosa itu bukanlah suatu dosa warisan sepertimana pengikut-pengikut Jesus mempercayainya.Sedangkan dalam bible sendiri menafikannya (Ezekiel 18:19)dimana anak-anak tidak menanggung dosa ibubapanya dan begitulah juga ibubapa tidak menanggung dosa anak-anaknya.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum....

    kami insan2 yg digelar 'pembawa onar' amat bersedih sgt2 apabila ade yg membabitkan ibu bapa dlm pertelingkahan ini...kami tidak menyangka sampai begitu sekali kata-kata yg keluar dari mulut anonymous yg memberi komen pada jam 3.32pm tersebut...kami bukan pengecut dan kami semua telah bersatu dan tidak malu mengakui kami semua pernah menjadi sahabat kepada Siti Nurhafnidah...walaupun kami atau kamu2 telah membuat dose sesama kite, kenapa perlu dikaitkan ibu bapa...kecewa, sedih n mmg kami tidak percaya dengan kate2 yg kluar dari mulut anonymous tersebut....kalau anda menyatakan kami pengecut, anda juga begitu...kami tak malu mengakui kamilah yg digelar oleh Siti Nurhafnidah sebagai pembuat onar...tapi kami sesekali tidak mengaitkan anak atau ibu bapa anda...ingatla, sehina mana ibu itu hatta pelacur sekali pun, seorang anak tetap perlu menghormati n taat kepadanya...bertaubatlah sebelum terlambat...

    ikhlas dr mas....yg pernah menjadi kawan kamu dahulu, sehingga kamu yg buang aku....

    ReplyDelete
  14. Salam...

    Utk pengtahuan ko jugak, mmg antara anonymous tu adalah aku n kwn2 yg ln, tp komen yg ade words 'balaci' tu bkn dtg dr mulut2 kami....aku sendri x tau...tp tjuan kteorg komen2 ni nk menyedarkn ko ttg betspa ko dh diperbodohkn...kami nk tgok ko yg kami kenal dulu...aku sndri x sangka benda ni bole jd besar camni, smpai adik ko ckp mcm kteorg ni x layak jd ibu...tp pling kteorg kcewa komen yg mlibatkn ibu bapa...knpa msti dikaitkn dgn mereka????ini bkn zaman knak2 kalau gado nk libatkn mak bapak...aku x tau n x mo tau sape yg ckp mcm tu...kesian sgt dgn dia...moga ko cpt sedar k...muhasabah blk smula...

    ...mas...

    ReplyDelete
  15. Salam,

    my reply is addressed directly to Kak Mas.

    Refering to your statement:
    "smpai adik ko ckp mcm kteorg ni x layak jd ibu".

    Dear Kak Mas,

    Saya xkan komen bab2 yg laen sbb sume org punya pendapat sendiri. Saya xpernah jumpa n kenal akak so itu xbermakna saya setuju akak menyalahgunakan kata-kata saya.

    Boleh akak tgk komen2 sebelum komen saya ditulis?Ayat2 yg digunakan cantik x?
    contoh :
    a. Memang ko belaja tinggi pun, tp otak x kembang langsung
    b. tkut nati terlebih mkn budi, tergadai bodi
    c.kang gila meroyan pulak kang
    d.balaci

    Dan komen saya
    "But I really hope that you are not a mother because pity your children if all these hatred words came from a mother's thinking".

    Wajar ke kata-kata dalam komen dekat atas itu dikeluarkan dari pemikiran seorang ibu?Sebab itu dari pendapat saya yang hina ni tak mungkin yang menulis perkataan-perkataan 2 semua dtg dari pemikiran seorang ibu. Kalau saya terkhilaf saya mintak maaf.

    Does it stated clearly "akak xlayak jd ibu"?Saya hanya merujuk kepada perkataan yang ditulis oleh anonymous2 di atas.dari cara akak memberi komen dan ambil berat akan hal angah saya, I believe you are not one of those anonymous.Tapi kalau saya terkhilaf lagi skali saya minta maaf.

    To all, im commenting here not because I want to simply siding on any party or "memandai nak tunjuk hebat". But Im giving my comment here because the one that you guys been talking about is my Sister.

    Semoga Allah memberkati niat anda yang ikhlas. Terima kasih di atas keprihatinan anda semua ke atas angah saya.

    Izan

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...

    Terima kasih sangat atas penerangan awak izan....

    Tp hujah awak langsung tak masuk akal....

    Adakah angah dan SAHABAT dia tak pernah memperkatakan tentang keburukan kami langung, mereka juga ada anak, suami dan ibubapa bukan...?????????

    takkan la kami marah tanpa sebab..fikirkan la, jgn sangka kita selalu betul...cepat melatah apabila dikritik,kdg2 kita kena bediam diri dan memikirkan kenapa orang marah sangat dengan kita.....

    Tapi apabila kami merasakan siti nurhafnidah adalah sahabat kami, kami terus menyedarkan dia bahawa sahabat dia tu lah pembawa onar.....

    Mungkin dia susah nak percaya tapi dia kena terima kenyataan sebenar, belajar untuk terima kenyataan...antara saksi 10 dengan 1 rasanya dia atau awak bo menilai sendiri...dia pun mangs tapi dia tak sedar oleh itu kami sebagai sahabat ingin menyedarkan dia...ITU SAHAJA.kami tak berminat langsung nk betengkar dengan dia, tp dia yang mulakan..sdikit sebanyak wujud rasa geram...

    Tapi sedarlah wahai siti nurhafnidah, tak semestinya apa yang dicanangkan itu betul, suatu hari kami mahu tahu apa yang ducanangkan kerana kami berhak tahu...sebab kami sekarang hanya akan terima apa yang keluar dari mulut org tu sendiri bukan yang dibawa2, saya harap awak pun mcm itu.....

    ReplyDelete
  17. Pada anonymous yang sesenang dan terlalu celupar melibatkan ibubapa bertaubatlah sesungguhnya anda telah tersasar dr landasan..memperkatakan sesuatu tentang hukum hakam merujuklah pada yang pakar soal agama jgn menunjukkan anda kurang terpelajar bab agama, kalau rasa tak pasti hukum hakam baik jgn ckap, kan dah terikut dengan pengikut jesus...malu la sikit pada Allah s.w.t.....kami tahu anda siapa, so bertaubatlah sebelum terlambat....

    ReplyDelete
  18. Dear Anonymous2.

    1stly, thanks sbb prihatin dgn saya. Tapi jujurnya saya xnampak di mana keprihatinan anda semua dalam erti kata sebenar melalui bahasa2 yang anda lemparkan kepada saya. Sekiranya benar saya mangsa kepada seorang yang saya sayang, mengapa harus mebuat kacau sedangkan saya yang menjadi mangsa keadaan. Seharusnya saya yang melahirkan ketidakpuasan hati. Dan sekiranya betul anda semua menyayangi saya, kenapa tidak diberitahu secara baik kepada saya. kenapa harus menjadikan laman blog ini sebagai medannya.

    Tidak timbul isu taksub di sini. Cuma saya tau menilai erti sebenar seorang sahabat. Sahabat yang sentiasa bersama saya susah dan senang, memberi kata-kata semangat dan kekuatan, menjadi pendorong saya.

    Saya masih lagi diri saya tanpa dipengaruhi sesiapa. Masih mampu membezakan mana baik dan buruk. Dan tidak terniat utk saya memutuskan silaturahim spt yang anda semua anggap. Tapi bila seorang yang saya sayang diperkata tanpa diketahui hujung pangkal cerita dan cube dijauhkan dari saya dgn cara yang tidak elok,saya harus lakukan sesuatu.

    Pembawa onar yang saya maksudkan hanya seorang. Bukan dua, bukan 3, bukan 4...Anda tau sapa yang saya maksudkan.

    Saya jugak ada hati. Membaca komen anda semua, bisa saja saya membalas dengan kata2 kasar dan maki hamun. Tapi bukan itu cara saya sedangkan tiada masalah yang wujud antara saya dan anda semua melainkan si pambawa onar yang manjadi punca pertelingkahan kita semua.Saya tak mahu kata2 kesat yang saya lemparkan sekarang menjadi pengahalang andai silaturahim mahu disambung semula. Saya masih waras dalam menilai tindak tanduk yang seharusnya.

    Kpd anonymous yang mengatakan otak saya tidak berkembang walaupun belajar tinggi. Jujurnya saya kesal dengan anda. Melemparkan kata2 tanpa memkikirkan kesannya. Menilai sesuatu dalam kehidupan ni tidak memerlukan segulung ijazah. Cukup sekadar dengan pengalaman hidup. Bagaimana anda menilai perkembangan otak yang sepatutnya?

    Saya akan terangkan keadaan sebenar di dalam blog pembuat onar. Supaya anda semua tau crita sebenar dan tidak terus menerus membuat spekulasi. Mungkin anda semua sukar utk percaya sbb si dia telah terlebih dahulu menawan anda semua. tapi itulah hakikatnya.

    Harapnya si dia tidak akan delete statement yang saya beri tu dan menyampaikan secara lisan kepada anda semua. Kalau benar dia tak bersalah, berikan anda semua peluang utk membacanya tanpa rasa takut.Percaya atau tidak terpulang.

    Saya masih hormat anda semua dan budi yang anda berikan kepada sekiranya ada. Dan sekiranya masih wujud lagi erti kata sahabat buat diri anda semua terhadap saya, cube selidik keadaan yang berlaku ttanpa dipenagruhi perasaan emosi. Sekian

    ReplyDelete
  19. dear nini..

    nnt kite jmpe kite borak2 ye.. ade bnde da lame sgt anan nk tnye kt nini.. da lame sgt buat anan trtnye2.. mgkn sbb anan buat silap so nini jd cmtu.. klu silap anan tu trlalu bsr utk nini.. anan mintak maaf byk2..

    salam maal hijrah..
    hanan azhari..

    ReplyDelete
  20. To nini...

    Aku dgn rase tnpa segan silu minta maaf pada ko atas silap n salah aku terutama komen2 aku n kemarahan aku dlm fb...n aku ganggu ko berpantang...cume aku x tahu kenapa ko sampai delete aku dalam fb???atas salah n silap ape aku pada ko...bak kate ko kio marahkan si pembuat onar n aku tau siapa yg ko maksudkan...tp ape yg ko dah dengar sampai ko remove aku n ko hebohkan kat wall sahabat ko tu???kecewa sungguh aku...aku ade bukti, tp maybe ko x percaya...x pe la...rehat je la...aku dah x nak campur lagi...

    To izan...

    Memang ade komen2 di atas dr saya n kawan2, tp komen 'Balaci' tu memang bukan dari kami semua...cume sy nak tau sgt sape yg sampai babitkan ibu bapa dari komen2 di atas...sgt x elok...
    Pada izan akak mintak maaf kalau izan terasa dengan komen2 akak...kalau boleh akak x nak perkara ni berpanjangan...
    ...mas...

    ReplyDelete
  21. Anan : Salam Maal Hijrah.Boleh. Lagi 2bulan saya masuk keje. Sekarang xdapat borak. Bz ngan Airis :)

    Mas : Aku manusia biasa Mas. Kadangkala emosi datang sebelum kewarasan meneutralkan keadaan. Kalau ko marah kawan ko disentuh, aku jugak macam tu. Sbb aku kenal sapa kawan aku. Aku cuma harap segala apa yang ko terima tu ada penjelasan dari kedua2 pihak, bukan sebelah pihak je. Selebihnya terpulang utk ko menilai.

    Kalau ko meminta maaf, aku maafkan. Tapi sebolehnya, jangan dikeruhkan lagi keadaan. Sekiranya dikhianati, lambat laun aku tau jugak mana sahabat mana lawan. Cuma aku boleh jelaskan di sini, setiap apa yang berlaku ada punca dan hikmahnya.

    Salam Maal Hijrah

    ReplyDelete