Salam
Peluang balik ke Kluang kitorang guna sekali untuk berjalan-jalan bawa si kecil. Tercapai jugaklah hajat en. Abg nak ke Johor Premium Outlet yang baru dibuka tu. Saja, jalan2 cuci mata. Nak jugak tengok JPO tu sebab tengok kat fb ramai benar yang dah ke sana. Best ke tak...
Masa bergerak dari rumah, cuaca dah sedia mendung. Dalam perjalanan, hujan pun turun. Makin lama makin lebat. Dalam hati cakap macam tak kesampaian je hajat kitorang ni. huhu. Hasrat hati bukan je nak pi JPO tu, tapi nak pi melepaskan mengidam pun ye jugak. Harap2 berjalan la program yang dirancang ni..
Tido sekejap sebelum bergerak. Recharge tenaga
Muka monyok baru bangun tido
Macam tak semangat je...Adalah tu...
Masih taknak senyum
Rupanya mahu begini. Dia kalau dengan mak tok dia senyap je. Kalau ummi pegang bukan main lagi dia eh..
Extra carefull dalam keadaan hujan
1st place. Welcome to Johor Premium Outlet. Shopping jom! ^_^
Rombongan pada hari kejadian
No stroller, jadi mangsanya haruslah ayah yang gagah perkasa.haha
JPO Malaysia-Singapura
Cuci mata @ Poney
Family potrait pada hari kejadian
Rehat sebentar. Susu time! ^_^
Oklah JPO ni. Tapi brand2 kat sini takleh hebat mana. Atau mungkin saya yang tak kenal brand tu? Yela, kita pakai brand pasar malam je. hehe. Tak sempat nak round lama2 sebab hujan. Airis pun dah start merengek mahu menyusu.
Teringat masa saya pergi ke Bicester Village dulu. Bicester Village ni sama konsep macam Johor Premium Outlet. Cuma lebih banyak brand yang hebat. Dan cuaca yang sejuk dingin. Rasa cool je berjalan. hehe
Kalau masa time Christmas, memang sale kaw2 punya. Masa saya pergi tu ada jugak sale, tapi tak banyak mana. Dapatla rembat barang untuk diri sendiri ngan family
Semestinya la view kat sana lebih cantik. Relax dan santai walaupun ramai orang
Hasil shopping di JPO adalah nan hado! haha.
2nd place lepas balik dari JPO tu yelah misi mencari Murtabak Singapore yang katanya amat famos amos di JB. Lebih spesifiknya di Kg. Melayu Majidee. Entah kenapa, rasa terliur sangat bila terkenangkan murtabak ni. Makan pulak panas2 dalam keadaan hujan yang gerimis. Fuh wallah! :p
Tapi takde rezeki saya bila tahu yang kedai famos amos tu tutup hari Ahad. Saya still dapat beli murtabak Singapore versi take away tapi rasanya kurang menyengat berbanding yang dijamukan sewaktu beraya di JB dahulu. Dapat jugak saya bawakan balik untuk Mak Yong di Seremban tu. Mungkin raya akan datang ni ketika beraya di JB, saya akan merayu manja pada en. Abg untuk mencarikan murtabak tu untuk saya. hehe
Pic terakhir untuk hari jalan2 Airis yang memenatkan. Ketika singgah di rumah Mak Long & Pak Long untuk menjamu murtabak yang dibeli tadi. Layan~~~
p/s : en. Abg kata boleh pergi JPO lagi kalau berkesempatan. Tapi saya tak mahu balik dengan tangan kosong ye? =p
No comments:
Post a Comment