24 September 2013

Home Sweet Home : Azalea

Salam

Rentetan dari entri ini (post)

Alhamdulillah, hasrat kami mahu mendapatkan home sweet home yang lebih selesa tercapai juga akhirnya =)

Kata orang, kalau mahu beli rumah kena rajin. Itu yang saya dan en. Abg lakukan. Dari Seremban lagi kami berpusing ke sana ke mari mencari jika2 ada projek yang akan dibangunkan. Tak cukup tu, kami tinjau2 juga rumah 2nd hand dan berjumpa dengan agent. 

Dari Seremban kami mencari. Dari pemaju terkenal hinggalah yang biasa2 saja. Dari harga yang boleh buat kami urut dada sehinggalah harga yang mampu milik.

Jodoh kami dengan si Cantik Manis Azalea rupanya =)

Gambaran Azalea yang diberikan pemaju. Walaupun rumah ni memang takde tanah langsung (bandarlah sangat), tapi kami masih berpuas hati sebabnya dengan keluasan 20 x 70 dan built up 2100++, rumah ni mempunyai 4 bilik dan 4 bilik air. Lepas ni, guna bilik air masing2 je, tak payah nak kongsi2 =)

Sebelum book Azalea, saya dan en. Abg berjumpa dengan Brian untuk bincang pasal loan rumah. Hasil perbincangan, katanya sholud be no problem dengan loan kami tu. Terus kami ke Trans Loyal untuk booking rumah. 

Proses pilih lot rumah. Disebabkan nak ambil corner memanglah di luar kemampuan, jadi kami ambil rumah kedua dari tepi. Dengan alasan kalau saudara mara datang bertandang, boleh la tumpang parking di tepi2 tu. 

Sebelum balik tinjau2 model rumah dulu

Interior design model rumah



Mulanya berhasrat nak ambil rumah 20 x 65, tapi alang2 nak beli untuk jangka masa panjang kami bertukar fikiran untuk ambil 20 x 70. Untuk 20 x 75 awal2 lagi dah sold out macam pisang panas.
 
Senyuman dah berjumpa rumah idaman ^_^



Pelan pembangunan Bangi Avenue. Dengar cerita rumah 3 storey bakal dilancarkan dalam masa terdekat dengan anggaran starting price RM700K. Agak murah kalau nak dibandingkan dengan harga yang dijual oleh developer lain

Site visit pada 7 Sept 2013. Masa ni baru naik kerangka tingkat dua. Dua minggu sebelumnya baru nak pacak tiang. Laju betul progress rumah ni

Site visit baru2 ni pada 22 Sept 2013, bumbung pun dah naik. Lepas ni dalam dua minggu, entah apa pulak progressnya kan?

Kalau ikutkan tarikh di brochure, rumah ni dijangka siap sepenuhnya pada April 2015. Tapi berdasarkan prestasi pemaju untuk projek2 sebelum ni, ada potensi rumah ni siap awal. Harap2 rumah ni siap awallah hendaknya. Sebab kami suami isteri dah tak sabar nak masuk rumah baru.

Yang sebenarnya, kami dah mula fikir pun cara nak mendeko si Azalea tu ^_^


p/s : Fokus untuk mencari property untuk dibuat investment dalam masa terdekat. Mudah2an segala urusan berjalan lancar. Chaiyok!

12 comments:

  1. wahhh...seronoknyer...tak lama lagi jadi warga bangi lar yer..senang sekali jalan boleh terus bertandang ke rumah along..

    ReplyDelete
  2. aha kak, tak sabar dah ni nak jadi warga bangi. hehe. lepas ni dari bangi boleh terus ke rumah adik kat semenyih lepas tu rumah along. last skali balik kampung. straight je =D

    ReplyDelete
  3. Salam..ada info mengenai 3 storey bangi avenue ni?sy ralat sebab dah terlepas 2 storey..t.kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. yang 3 storey tgh launch skrg tp dengarnya phase 3 dah sold out. baru open utk phase 4 harga starting 548K for bumi. lebih detail boleh ke office developer kat kajang..

      Delete
  4. Salam.. boleh tau opis/ showroom kat mana? Satu lagi, downpmt 10% drpd nett harga slps bumi diskaun atau 10% tolak bumi diskaun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. ni alamat developer Trans Loyal Development Sdn Bhd tu.
      1-01, Jln Kajang Impian 1/11, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. D/payment tu 10% daripada nett harga selepas bumi diskaun

      Delete
  5. Replies
    1. yang phase saya ni dah sold out. skrg tgh launch 3sty

      Delete
    2. Mse awk beli bpe harganye... sy de tgok dh yg 3-storey tu tp mahal sgt la... x mampu

      Delete
    3. masa saya beli 398k lpas tolak bumi price..

      Delete