Salam
Semalam saya dan keluarga pergi menjemput Along sekeluarga yang bari tiba dari Kelantan. Tamat sudah tempoh berpantang 44 hari. Kakak saya sudah kurus..... dari saya. Stress di situ =p
Setelah beberapa tahun tak ke sini. Dalam airport masih ok tapi parking luar airport maintenance kureng skit.
en. Abg pun ambil peluang jugak. Hai la en. Abg, di rumah Johor kerusi urut ni tak dipandang pun. Kat sini boleh pulak kamu berkenan ye...
Aksi Waiz sebaik sahaja melihat kami di pintu menunggu. Ah! Rindu sangat dengan si hensem ni. Sampai2 je terus peluk atok. Lepas tu baru nak salam semua sambil sengih2 comel dia tu
Atas permintaan orang yang baru habis berpantang, kitorang singgah sebentar ke Senawang. Puan rumah tak sabar tengok rumah. Sabar ye, raya nanti sakanlah kamu beraya di rumah baru :)
Sopan bebenar budak ni. Siap bukak kasut bagai. Bila disuruh sarung semula kasut, dipakainya terbalik. haha. Suka hati kamulah Waiz. Janji kamu senang hati :)
Tengok Along meninjau rumah, saya pun turut excited. Alhamdulillah, rezeki dia. Lepas ni mudah2an rezeki kami sekeluarga pulak :)
Airis muka monyok sebab mentah tidur. Kesian dia, penat dihurung ke sana ke mari
View from master bedroom. Bilik ni agak luas, boleh muat dua katil queen
View belakang rumah. Boleh bercucuk tanam kakak i. Selalu tengok student bercucuk tanam, sekarang giliran dia pulak. hehe
Latest pic of Amani. Dah ada double chin macam Mak Ngah. hahaha. Takpe, kecik lagi. Besar nanti grenti comel, macam Mak Ngah jugak =p
Budak yang takmo tidur. Dan tak boleh berenggang dari ummi
Petang tu balik dari rumah Mak Long Airis bantai tido sikit punya lama. Sepanjang perjalanan dari Seremban, sampailah hantar atok balik ke Pandan Jaya, kemudian pusing balik ke Puchong Airis tetap lena. Dia paham ummi dia penat, kasi ummi rehat. Thanks sayang :)
p/s : Seronok bila ada ramai budak dalam keluarga. Semakin meriah, macam2 ragam :)
Assalam...
ReplyDeleteAlhamdulillah... Semoga ALLAH terus murahkan rezeki Along n familinya juga kamu adindaku..
Aminnnnnn... Luv u ols.. ;)