Salam
Minggu lepas en. Abg bagitahu saya yang di ofis beliau dah mula aktiviti jual menjual kueh raya.
"Sayang, kat opis abg dah start jual kueh raya"
"Abg beli tak?"
"Tak la. Tak sedap."
"Cepat ye.. Kat ofis orang belum ada apa pun lagi"
"Jual kueh raya tapi sample takde"
"Dah tu mana abg tau tak sedap?"
"Tau la. Tengok pun tak sedap"
Huh! Sabar je la suami i ni. Laser tau.... huhu
Tapi betul jugak kan. Kalau tengok rupa pun tak semenggah, macam dah boleh agak rasa tak sedap. Macam terasa je kat anak tekak ni ketidaksedapannya tu =p
Saya dah bagitahu en. Abg dan Along saya, tahun ni saya nak beli kueh sikit je. Dalam 3 4 jenis camtu. Selebihnya saya nak beli kerepek2 or kacang2 yang boleh dijadikan kudapan sambilan.
Serius. Memang saya taknak beli banyak macam tahun2 lepas. Selalu sangat tak habis. Dulu masa en. Abg bekerja di AD, bolehla saya tapaukan untuk beliau bawa pulang ke sana. Tapi sekarang beliau dah menetap bersama saya dan Airis, pada siapa mahu saya berikan. Sudahnya nanti melemau sendiri kueh2 tu di dalam balang. Membazir je...
Rasanya tahun ni memang takde peluang saya nak bakar2 kueh ni. Tak sempat lah. Nak2 lagi Airis sekarang semakin aktif. Sedih tau, tak dapat nak makan biskut cornflakes resepi turun temurun mak saya tu. huhu.
Tapi Along saya beriye ajak buat kueh raya kat rumah dia. Orang dapat oven baru kan. dekat rumah baru pulak tu. Semangat gitu. haha. Harap2 menjadi la planning kite tu ye long ^_^
p/s : Dah mula nampak banner iklan buffet untuk berbuka puasa. Bak kata ayah saya, Ramadhan sekarang sudah jauh berbeza dari dahulu. Fikir Ramadhan, fikir makan2. Pengertian Ramadhan telah berubah. Hmmmm...
No comments:
Post a Comment