08 November 2010

Tanjung Piai

Salam

Akhirnya... Sampai jugak ke hujung benua Asia ni... Tq en. Abg sbb cuba mengisi masa berdua yang ada dengan sebaik mungkin :)

B4 ni, masa baru kawen dulu memang ada plan nak pi tempat ni. Tapi asik tertangguh je sebab rasa harus utamakan tempat2 yang ala2 cuti romantika dulu. Baru sekarang, tersampai le hajat nak ke Tanjung Piai ni.

Kitorang tolak dalam kul 10. Kul 11 lebih da sampai sana. Alhamdulillah tak sesat, cume mula2 tu en. Abg tersalah arah. Yela, beliau pun penah pi tempat ni sekali je. Tu pun 3 4 tahun dulu. Memang tak ingat la...

Jalan masuk ke Tanjung Piai...



Sudah hampir sampai :)



Welcome tu Johor National Park-Tanjung Piai. Sudah penat berdating di bangunan2 batu, berdating pulak di hutan bakau. hehe





Kalau mau masuk sila bayar RM5 dulu ye...









Mula2 masuk tengok macam jauh je. Memanng betol pun. Kitorang pusing tak abis pun. Pusing ala kadar je. i la, mengadu penat kat en. Abg =p









Muka riang di bawah rimbunan pokok2 besar



Dulu masa kecik bila cikgu tanya apa cita2 bila besar nanti, selalu jawab nak jadi cikgu. Tapi bila da besar panjang ni, memang tau tak sesuai sungguh jadi cikgu =p



Saya senantiasa di belakang kamu. Ikut kamu ke mana saja :)



Sampai jugak akhirnya.. Fuh semangat... Cuak jugak. Nak2 tengok jambatan tu da condong skit. Maybe sebab hari2 kena ombak kuat..







Yey! Da tamat proses pusing2. Jom balik!!! :)



Otw balik tu nampak satu kenduri kawen ni. Warna pink dia nampak sgt sweet, khemah pun besar. Yang tak tahan tu goodies bag dia. Dah macam paper beg Ariani lak. Sungguh besar. hebat bukan?



Lepas balik dari Tanjung Piai tu, en. Abg bawak saya pusing2 JB dekat2 Danga Bay. Sebab dia tau wife dia ni nak sgt pi Singapore. So dia bagi dulu angin2 Singapore tu. hehe. Takpe, Januari nanti kalau takde aral melintang kami sampai ye..

Bila sampai JB ni, otomatik teringat kat Along yang beriye nak sgt makan Murtabak Singapore. Sory ye Along, saya tak dapat belikan utk kamu dek kerana kekangan masa. Tapi saya akan usahakan suatu hati nanti, InsyaAllah :)

Lepas pusing2 JB tu terus ajak en. Abg balik. Penat! Walaupun hanya duduk dalam kereta, tetap rasa penat. Jadinya, terus tido dan biarkan en. Abg drive dalam hujan rintik2...

Tapi bukan tido lama pun sebab perot da berkeroncong. Terus teringat kat Nasi Lemak MIL yang sedap tu. Disebabkan takmo amik sebarang risiko frust nasi lemak abis, beli la Koteow Goreng kat Pasar Malam. en. Abg lak beli sate. Punya teringin sampai beli 70cucuk. Banyak gile kan. Tapi sate tu bukanlah besar mana..Tak macam sate kat Kajang tu. Takat 7 8cucuk tu sonang ajo :)

Malam tu apalagi, melantak sakan la. Kan da kata, bila en. Abg ada ni istilah diet tu harus dibuang jauh =p

1 comment:

  1. Nie biler plak en abg awak balik sini ..?
    wahh..sonok tul slalu honeymoon..

    ReplyDelete