04 March 2010

Berduet Tapi Selalunya Solo

Salam.

Mud sedikit terumbang ambing masa ni...

Sebab bila terbaca citer2 B2B*dahulunye* yang sentiasa update citer masing2 bila da berduet. Update citer tu xmenggugat emosi saya, tapi bila citer tu citer aktiviti berdua emosi saya sedikit berkocak.

Pi sana dgn hubby. Pi sini dgn hubby. Wat itu dgn hubby. Wat ini dgn hubby. Pokok dan akarnya, semuanya dgn hubby.

Sedangkan saya?

Saya pun sama mcm mereka. Baru hidup berduet, xsampai 2 bulan pun. Tapi bezanya keadaan kami yang xserupa mereka. Keje en.Abg xmembenarkan kami buat apa yang ex-B2B lain buat. Tinggal sebumbung, tido sekatil, makan semeja *kalau saya, kami makan bersila depan tv sbb rumah kami xde meja makan lagi*, jalan2 berdua..Terlalu banyak yang xsama.

Bukan saya maukan semuanya sama dgn ex-B2B. Sebab setiap orang menjalani kehidupan berbeza. Cuma pada asas dan dasarnya sama tapi dalam cara berbeza.

Saya juga tinggal sebumbung, tido sekatil, makan semeja, jalan berdua dgn beliau. Tapi dalam kiraan purata 14 hari utk setiap 4 bulan. Dalam masa tu lah saya terpaksa tamak utk pulun buat segala benda yang saya terpaksa hold semasa ketiadaan beliau. Desperate gile saya!

Sebab itulah saya kena kumpul cuti sebanyak mungkin. Utk kegunaan tempoh genting ni la. Rasa malas keje*yang kadang2 datang menggila* terpaksa dicantas sekuat2nya =(

Tu semua saya xkisah. Saya semakin serasi dgn kehidupan yang amat menuntut kesabaran ni.

Tapi paling kisah bila benda2 ni terpalit ke emosi dan ketenangan hati. Hati sungguh terganggu dibuatnya.huhu

Sekarang saya harus belajar utk mendisiplinkan hati. Sebab beliau yang dulu saya pulaukan ketika hati berbintik hitam kini sudah menjadi Pintu Syurga saya.

Maka hati...Tolonglah saya...Tapiskan kekotoran yang emosi bawakan pada saya. Saya xmau lagi bintik2 itam itu =)

2 comments:

  1. sbr..mesti ader hikmah disebaliknye..:P along

    ReplyDelete
  2. akak fhm perasaan ida..makin jauh makin sayang..azam keje kat abu dhabi tuh utk tempoh brp lama? selama2 nyer ker?

    ida sibukkan diri dgn family ker atau wat aktiviti yg ida suker jgn pikir sgt tau..jgn tension sgt yerr..

    ReplyDelete