14 April 2010

Uda Dan Dara

Salam

Da bole tersenyum kelegaan bila masalah yang sibuk bersarang kat kepala da dibuang jauh2 =)

Tadi en.Abg call. Beliau tanya saya brapa hari lagi yang tinggal sebelum bercuti dr mengadap keje n ribut pasir di AD. Saya gelak..Saya sendiri pun xingat walaupun ada ketika saya terlalu beriye menghitung hari menantikan hari tersebut.

Kire2, 36 hari je lagi =)

Patut buat apa ye? Sengih ke..Senyum sorang2 ke..Ke gelak sorang2? =p

But, entah kenapa bila da lama xjumpa en.Abg ni, saya rasa sedikit malu+nervous+gabra utk bertentang mata dgn beliau. Saya umpama gadis yang sedang menanti diri dipinang orang!!!! =p

Itulah saya. Saya ada penyakit. Bila lama xjumpa beliau, saya akan malu2 kucing sebelum keadaan bertukar jadi ok. Walaupun sudah married, penyakit tu still terbawak2 sampai sekarang =)

Kadang2 saya sendiri pun xtau nak tafsir samada saya hepy ke x dgn PJJ ni. Yelah, kadang2 saya sedih bila en.Abg jauh. Tapi hepy bila saya sentiasa menantikan kepulangan en.Abg. Dua2 moment ni ada value pada saya. Bila jauh n sedih, PJJ ni ajar saya utk lebih bersabar dan menghargai beliau dalam kehidupan saya. Bila jarang berjumpa, rasa rindu teramat menggunung dan buatkan saya sentiasa berhati2 mencorakkan perhubungan kami ke arah yang lebih positif.

Sekiranya ini yang ditakdirkan olehNYA pada saya n en.Abg buat masa ni, saya terima seikhlas hati. Sbb bagi saya ada hikmah tersembunyi. Tapi apa yang saya tau, kami sentiasa ada peluang BERCINTA BAK UDA DAN DARA =)

p/s : Hidup ini indah bila kite semakin positif dgn dugaan yang didatangkan kpd kita...

No comments:

Post a Comment