19 December 2012

3 Majlis Renjis Renjis Di Pilis

Salam

Baru2 ni saya dan en. Abg berkesempatan menghadiri 3 majlis perkahwinan. Majlis pertama pada malam 9 Dis, di Dewan Merak Kayangan. Pengantin perempuan bestfriend saya ketika bekerja sambilan di JKM dahulu. Hampir 5 tahun tak bertemu, akhirnya bertemu di hari bahagia beliau. Congrates yang =)

Sementara tunggu ketibaan pengantin. Masa ni, Airis kurang sihat dan agak meragam. Mulanya saya tak yakin untuk hadir pada majlis ni memandangkan majlis diadakan dengan cara makan serentak. Risau Airis akan meragam semasa majlis berjalan. Tapi alhamdulillah Airis beri laluan kepada saya untuk enjoy the moment. Thanks sayang ummi =)



Doorgift untuk tetamu



Kumpulan Bale-Bale yang dijemput khas untuk menghiburkan tetamu sepanjang majlis. Sebelum ni, kakak pengantin kahwin, still guna khidmat kumpulan Bale-Bale ni



Manja di riba ayah =)



Pengantin masuk ke dewan diiringi oleh kaum keluarga



Bertemu jodoh di tempat kerja. Sama cantik sama padan =)




Upacara merenjis oleh VIP dan juga kaum keluarga. 






Kami tak tunggu lama sebab kasihankan Airis yang perlukan rehat secukupnya. Sebelum majlis selesai, kami minta izin untuk mengundur diri. Sempat bertemu dan bergambar dengan pengantin. u look gorgeous dear =)



Jom kita balik



Majlis kedua pada 15 Dis di Dewan Masjid Shafie, Taman Maluri. Berdekatan dengan rumah family saya. Kali ni kami terima undangan dari ofismate en. Abg untuk memeriahkan majlis kahwin abangnya. Thanks Aishah sebab jemput kitorang =)

Pakcik2 yang mengetuai salawat ketika pengantin berarak masuk



Pengantin perempuan bersanding pakai spek. Tapi stil nampak cantik dan sweet dalam persalinan songket putih. Orang kalau dah cantik pakai apa pun cantik ye tak =)




Airis khusyuk tengok pengantin. Sebelumnya tu Airis junior ni sempat berjumpa Airis senior. haha. Airis senior tu anak bongsu bos en. Abg. Lahir tahun yang sama, Airis tu umurnya 1 tahun 7 bulan. Hari Airis bertemu Airis =)


Kudapan ringan yang disediakan. Kueh bakar tu sangat sedap sampai bertambah la saya. Nasi dan lauk pauk2 tu pun semuanya sedap tapi i segan nak menambah. hehe



Doorgift dari keluarga pengantin yang unik dan lain dari yang lain. Ringkas tapi sangat praktikal



Paper bag, gelas dan juga coklat. 



 Majlis terakhir pada 16 Dis bertempat di Felda Villa. Bestfriend JKM jemput menghadiri majlis perkahwinan abangnya.





Menu santapan



Kambing golek dan mashed potato dengan sos black pepper. Saya tak tahu rasa kambing tu sebab tak makan daging kambing tapi en. Abg kata sedap. Yang pasti mashed potato dan sos black pepper tu sangat sedap. Siap bertambah. hehe



Dari Felda Villa, kami ke Jakel Jalan TAR untuk mencari kain baju melayu en. Abg. Tapi sayangnya kain yang kami mahu tak cukup meter. Yang ada, saya tak berkenan warna sebab rasa macam lari jauh dari warna tema. Nampaknya tengahari Jumaat ni harus saya redah Jalan TAR tu sekali lagi.



Anak manja ayah yang tak mahu berlekang





Tapi tak balik dengan tangan kosong sebab jumpa kain untuk baju kurung Airis. Next post saya story tentang busana kami di majlis pernikahan adik. Chow! 

p/s : Menu di kenduri kahwin semuanya sedap2 belaka. Balik dengan kenyang perut =)

No comments:

Post a Comment