07 December 2012

Airis Potong Kek

Salam

Dulu saya ada memasang niat untuk adakan sedikit doa selamat bila usia Airis memasuki setahun. Mulanya saya ingat mahu adakan kenduri di Kluang sahaja. Kebetulan pada tarikh Airis berusia setahun tu kami sekeluarga akan berada di kampung untuk menyambut Aidiladha.

Tapi atas sebab tertentu, kami tukar perancangan untuk tidak mengadakaan kenduri Airis di sana. Ada hikmah kami batalkan perancangan tu sebab nak dijadikan cerita ketika pulang ke Kluang untuk menyambut Aidiladha, Airis dilanda demam yang teruk. Bukan takat demam, batuk dan selsema sekali. Full package. hehe

Kasihan birthday girl masa tu. Memang tak bermaya langsung. Bayangkan Airis dengan keadaan macam tu nak potong kek. memang tak la kan...

Kebetulan sejak berpindah ke rumah baru ni, kakak dan BIL belum lagi buat kenduri masuk rumah. Bila dorang war2kan nak buat kenduri masuk rumah, saya sampaikan hajat nak tumpang sama. Alhamdulillah, tercapai jugak hajat saya nak buat doa selamat sempena umur Airis setahun ni. Walaupun pada masa tu umur Airis dah setahun sebulan. hehe

Sekali tarikh yang dipilih tu sama tarikh dengan family day company en. Abg. Mujur kenduri tu lepas Zuhur, jadi dapatlah kami pergi ke family day di sebelah paginya...


Otw nak ambil birthday cake Airis. 




Menu untuk hari tu. Nasi Lemak Kukus Ayam Pandan. Tambah sekali lauk rendang daging, sambal sotong, pajeri nenas, ubi rebus cicah kelapa+gula merah etc. Dan jugap roti jala yang diorder dari bs Airis.




Demi menghormati majlis, kami langsung tak pasang back drop ketika kenduri doa selamat dijalankan. Sambil tu siapkan dulu party pack. Memang masa datang tu, apa pun xsiap lagi. Saya bawak bulat2 macam tu dari Kinrara. Mujur ada 3 orang assistant yang pantas dan cekap ni. hehe. Tq adik2 dan hero kecil yang terlebih rajin tu ^_^




Must-have item, party hat



Airis 1st birthday cake. Order from Kak Zuhaida, owner chomelcupcakes . Masuk2 je rumah dia tengok kek ni terus jatuh cinta. Suka sangat. Sesuai dengan kehendak saya yang mahukan sesuatu yang simple tapi nice and sweet. Tq Kak Zu. Ramai yang tanya dari mana saya order. Nanti saya promote kedai akak ye =)

Tunggu apa lagi, jomla kita potong kek! ^_^



Reaksi Airis bila Mama Ina dudukkan dia depan kek tu.





Takmo duduk diam. Sebolehnya nak cabut cekak pink yang saya pakaikan tu. Sabar ajelah..Penat ummi beli untuk Airis tau. Pakailah lama2 sikit. Awakkan birthday girl =)

Sebenarnya masa beli benda alah tu, saya tahu Airis takkan pakai benda tu lama2. Paling tahan pun 2 3 minit. Tapi dah kata benda tu comel, untuk Airis pulak tu, haruslah saya belikan. Tak boleh tahan la. hehe



Bz benar ibu pengantin ni =p

 


Waiz muka tak sabar nak makan kek. Sejak dia tengok gambar kek Airis, sejak tu dia tak sabar nak makan kek. Baru tengok gambar tu. hehe




Sebelum tu, atok bacakan doa dulu. Terima kasih ye atok



Potong kek time! 





Birthday girl rasmikan kek



Antara tetamu yang datang



Mariam yang cumel. Nanti Mariam buat birthday bash, jemput2 la aunt ye =)


  




Mak pengantin pulak nak makan ye. Ke sana ke mari, lupa pulak nak makan



Kira oklah DIY prop i ni ye. Last mnt punya keje. hehe




Thanks Mama Ina sebab sudi datang. Cuti2 pun kena jaga Airis. hehe. 



Airis yang tak berlekang dari family ni. Alhamdulillah, mereka tak lokek kasih sayang pada Airis. 



Birthday girl yang comot. hehe



Agenda seterusnya, bukak hadiah from Mak Lang dan Mak Usu. Yey!




Siap ada kad lagi





Dia pun nak baca jugak..



Hadiah dari Mak Usu. Tq Mak Usu =)



Hadiah dari Mak Lang. Tq Mak Lang =)








Anak bs gigih pasangkan sticker dekat lori kecil Airis tu. Tq ye Nana =)

  


Airis is 1. Dah besar anak ummi. Dah boleh dapat adik da. hehe



Orang lain bising sana sini, atok tetap dengan hal dia sendiri. hehe. rehat la tok =D



Alhamdulillah semua berjalan lancar. Thanks to family saya sebab banyak membantu especially tuan rumah yang sudi kongsi majlis dengan kami. Next year kita buat tepi kolam nak? =D


p/s : masih berhutang hadiah birthday Airis. hehe

2 comments:

  1. hepi belated birthday airis..aunty ada hal, kalau tak aunty sure join birthday party airis..

    ReplyDelete
  2. tq aunt lin..xpe, ti kalau ada rezeki tahun depan la. hehe.

    ReplyDelete