19 December 2012

Undangan Pertama

Salam

Semalam petang saya menunggu en. Abg di rumah family seperti biasa. en. Abg balik lambat, sampai selepas Maghrib. Banyak kerja yang harus diselesaikan katanya memandangkan beliau nak bercuti panjang minggu depan. Sambil tu nak habiskan cuti yang berbaki lagi tu. Baki cuti en. Abg ada 7 hari, sikit punya banyak. Saya pula tinggal lagi sehari. Tak boleh la nak join sekali bercuti. huhu

Sambil tu saya tengok barang2 adik. Semua dihimpunkan sekali baik cenderahati untuk tetamu di majlis nikah dan juga barangan tupperware. Oh ye, adik saya tengah gigih mengumpul koleksi tupperware. Serba serbi tupperware. Tak macam kakak dia ni, tupperware dan tipuware bercampur aduk. hehe

Orang tak sabar nak ada rumah sendiri begitulah... Saya dulu pun begitu. Semangat mengumpul itu ini untuk dijadikan koleksi. At least bila nak guna, dah ada.. 

Kat hall saya tengok dua ikat kad jemputan yang telah siap ditulis nama tetamu, tunggu masa untuk diedarkan. Lepas ni, gigih la emak dan ayah saya ke sana ke mari mengedarkan kad jemputan =)

 Kad pertama untuk kawan2 telah pun saya edarkan. Ini puan empunya badan yang bertuah menjadi penerima pertama undangan. Selebihnya selepas ini akan saya edarkan perlahan-lahan =)




Dia sudah makin slim ^_^




Sempat lunch di Giant Batu Caves. Pekena chicken chop yang tersangat marvellous ni. Kalau dekat dengan rumah saya ni, harus paling kurang sekali sebulan saya pekena. hehe. Tq kak, langkah kanan saya ^_^



Close up sikit *terliur sambil tengok gambar ni*



Kudap kudapan kesihatan =)



Tak dapat bawa en. Abg, bawa beg ni pun jadilah. Dekat di hati. hahaha



Sempat beli buah tangan untuk Najwa. Kasi semangat nak naik sekolah. Hope Najwa suka =)




p/s : Jemput datang ye kak =)


No comments:

Post a Comment