04 December 2012

Holiday @ Terengganu - Part III

Salam

Saya perasan kebelakangan ni saya sering disapa masalah kesihatan. Kadang2 demam, kadang2 selsema dan kadang2 batuk. Kadang2 datang satu persatu, tapi kadang kala didatangkan dalam pakej hebat. Complete demam+batuk+selsema. huhu

Dan selalunya mengambil masa untuk kesihatan saya pulih sepenuhnya. Sekarang ni, selsema kembali melanda. Mujurnya demam semalam sudah kebah.

Takpela. Sakit ni kan satu ujian dari Allah. Kalau terlalu bersenang tanpa ditimpa musibah, kita mudah lupa diri. Jadi Allah kirimkan sedikit kesusahan supaya kita tak terlalu sombong dengan kesenangan kita. Mudah2an apa yang dikirimkan kepada saya ni membuatkan saya terus musahabah diri untuk ingatkanNya di kala susah dan senang.

Tu dia, sedikit update dari puan punya blog. Doakan saya cepat sembuh ye. Sebelum ketidaksihatan ni berjangkit kepada sang puteri kecil. 

Back to story Holiday @ Terengganu yang masih belum sempat dihabiskan =)

Selepas trip kami ke Pasar Payang, agenda petangnya ialah untuk ke UMT. Meraikan adik bongsu saya yang secara sahnya menjadi seorang graduan (ayat skima gile). 

Kami tahu, pastinya majlis menyampaikan amanat dan sijil tu akan memakan masa yang lama. Disebabkan adanya 3 orang budak comel dalam keluarga kami, pastinya kami tak mahu menunggu lama di luar dewan. Jadi dipendekkan cerita, keputusan sebulat suara diambil. Hanya mak dan ayah yang akan bergerak awal ke lokasi. Kami yang selebihnya akan menyusul kemudia. Ketika majlis yang berlangsung hampir tamat agendanya.


Aktiviti kebiasaan sebelum keluar apartment ^_^



Sebelum ke UMT, plan mahu singgah ke ICT. Kalau orang pantai timur, mesti dah sedia maklum apa ICT ni.

Otw ke ICT (Ikan Celup Tepung). Yang tak pernah pergi, sah2 lah xtau jalan. Tapi yang pernah pergi pun semuanya tergagap-gagap nak bagi arahan. Jadi caranya pakai redah saja. Sabar ajelah. huhu



Dengan my anak2 dara ^_^



Si bulat yang lena beradu




Tak susah pun nak cari ICT ni. Belok sana, belok sini terus jumpa. Kali kedua saya menjamu di ICT ni, di kedai yang sama. Mujurnya kami datang awal, jadi tak ramai orang. Boleh pilih tempat dan makan dengan selesa. 

Pilih menu. Rasanya B2B yang open table kali ni. Ingat2 lupalah =p



Ini ikan celup tepung ye adik2 =p





Santapan ringkas di petang hari. Sekadar untuk mengisi perut. Erkkk..? Mengisi perut ke? Bukan sampai senak perut? haha. 



Lepas dah suka hati kenyang perut, moh la kita ke lokasi sebenar. Time ni adik msg, dah nak keluar dewan. Kelam kabut lah kami. Mana nak pecut ke sana lagi. Mana nak beli bunga lagi. Mana nak cari parking lagi.



Kebanyakkan bunga yang dijual tak memenuhi citarasa. Kami mahukan kombinasi bunga + coklat. Takde pula yang dijual begitu. Sudahnya adik ni offer untuk tambahkan bunga pada coklat yang saya pilih. Tq dik sebab awak buat laju2 untuk akak 



Dengan anak bujang



Sementara menunggu adik keluar dari dewan. Masa tu dah hujan gerimis. Cuak juga hujan bertambah lebat. Mana mahu kami tuju nanti? 






Bajet bunga sendiri. Padahal tong2 dengan Along i. hehe



Bang, nanti untuk 3rd anniversary, i nak bunga lebih banyak dari ni tau. Amboi, statement taknak kalah sesaje =p




Keluarga kecil Airis 








Super daddy =D



Buat muka simpati minta en. Abg urut kaki yang keletihan ke sana ke mari



Wajah gembira orang yang dinanti. Congrates dear =)



Self service sementara adik berjumpa dengan kawan2



Budak nak dapat kaki 










Airis pun nak congrate Mak Usu. Besar nanti Airis pun nak belajar rajin2 =D




Wajah2 gembira









Ummi dah separa lenguh mendukung Airis. Manalah ayah kamu ni...Nak suruh dia take turn. hehe



Kembar hampir seiras tapi tak sama tahun




Antara kawan2 adik yang tumpang gembira meraikan 




Gigih melayan anak dara seorang. Macam mana nak beradik ni Airis. hoho 



Menu dinner selepas meraikan adik. Kedai ni nampak tersangatlah biasa, tapi dia punya masakan ada ummpphhhh!!!. 



p/s : Pastinya mak ayah kami insan yang patut diberikan penghargaan terulung sebab membesarkan kami dengan baik. Moga2 Allah panjangkan umur dan memberikan kesihatan yang baik kepada mak ayah kami. Amin.

2 comments:

  1. tahniah yer..ida itu ler skali pandang 2 kali pandang cam kembau ler..akak pun jd keliru..

    ReplyDelete
  2. thanks kak.bukan akak je, ramai yang confused. hehe

    ReplyDelete