Salam
Kami sampai ke Sumai Suite pukul 3 lebih. Lepas duduk berehat buat seketika sambil meninjau2 keadaan apartment, masing2 sudah buat hal sendiri demi menghilangkan kepenatan. Saya dan en. Abg sudah terbaring kepenatan di atas katil, tapi puteri kami tu masih lagi kekal aktif. Puas diajak tidur, Airis still menolak. Sibuk nak merangkak ke sana ke mari. Kadang2 dia praktis jalan2, bila dah penat terus merangkak laju2 macam acara lari pecut 100m. hehe
Sudahnya saya biarkan en. Abg beradu dulu. Lebih kurang 8 jam memandu, saya tahu beliau kepenatan.
Malamnya kami keluar makan di kedai makan yang berdekatan. Kedai makan yang sama saya dan en. Abg kunjungi ketika kami menginap di Pantai Batu Burok.
Sebelum keluar makan sambil menunggu yang lain bersiap
Sampai2 je tengok ramai sangat orang. Mungkin tengah cuti sekolah, ditambah lagi hujung minggu. Memang ramai orang di mana2 tempat bercuti, tak boleh nak elak.
Keropok lekor as a starter
Tq Mak Lang utk ballon2 tu =D
Anak dara sapa lah taknak duduk bawah tu -__-
Abaikan persekitaran dan teruskan bergambar. hehe
Our love
Makanan pun dah sampai. Marilah kita menyantap ramai2. Sebelum tu jangan lupa baca doa makan dulu ye...
Esoknya pagi2 bersiap sedia untuk breakfast di Sumai
Kamu tahu tak, Airis takut naik lif? Kalau naik lif, muka dia terkedu semacam je. Lepas tu mula lah nak menangis. Dan Airis juga takut belon. Kalau nampak belon melantun2 dipukul, mulalah nak menangis. tapi itu dulu lah, sekarang ni dah ok.
Menu pilihan
Mungkin sebab pagi lagi, so Airis tak mahu makan apa2. Tapi sebenarnya Airis ni bukanlah pemakan sangat. Fav dia kentang rebus kosong je. Yang lain2 tu takat layan biasa2 je
Atok dan cucu2 gegirlnya. Comel lah atok ni =D
Waiz dan buah hati
Puan blog yang makin kembang setaman -__-
Aktiviti seterusnya ke Pasar Payang. Bukan main bulat lagi mata en. Abg tengok durian sikit punya banyak. hehe
Kami sampai Pasar Payang dalam pukul 10.30. Sebelum pukul 1 dah kena ada balik kat bilik sebab emak saya nak ke UMT. Amani pula Along saya tinggalkan di apartment tanpa sebarang stok susu. Jadi kami ada masa yang tak berapa lama.
Hampir satu jam sudah saya habiskan menemani en. Abg yang dilema memilih sampin songket untuk FIL. Jadi masa untuk pusing2 agak terhad. Tak kisah pun sebab saya tak rasa nak membeli sangat. Cumanya saya mahu beli kuali sebiji dua. Sebabnya, kuali di rumah hanya ada dua sahaja *boleh tak sayang nak guna set tefal tu. haha*
Hasil rembatan di Pasar Payang yang langsung tak termasuk dalam agenda. Hasil lain, sampin songket untuk FIL, lapik meja mengkuang untuk MIL dan sudip 3hinggit. Err... dan juga belon buih untuk Airis dan Waiz. Jadilah kan..
Moh la kita balik apartment. Lepas ni nak bersiap2 untuk ke UMT pulak. Untuk ke acara yang membawa kami ke bumi KT..
p/s : Along rambang mata tengok batik. Layankan aje...
ida kalau dtg ke promosi kraftangan jalan conlay bukan setakat rambang boleh terkeluar bijik mata..hihi..
ReplyDeletesebab tu taknak pergi kak.haha
ReplyDelete