20 November 2012

3 Majlis 3 Lokasi

Salam

Cuti sekolah dah mula... Apalagi, musim makan nasi minyak la!!! ^_^

Makanya, tarikh keramat adik saya bergelar isteri orang pun sudah makin dekat la..Nervous2 =p

Sebelum ni saya dan Along berkahwin dua tahun berturut2. Tahun 2009 Along saya selamat bergelar isteri, saya pulak tahun 2010.

2011 dan 2012 kami berehat dari sebarang kenduri besar.

2013, kami kembali menerima ahli keluarga baru. Haruslah sangat excited kan =)

Memandangkan pertama kali menyambut menantu, jadi kenduri Along saya diadakan di kawasan rumah. Meriah, memang meriah. Ramai tetamu datang. Macam dah jadi reunion pulak untuk mak dan ayah saya dengan kawan2 dan jiran2 lama. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar..

Time kenduri saya, kami decide untuk buat di dewan sahaja. Kami sekeluarga pilih Pandan Lake Club yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Kali ni, mak ayah saya dapat fokus pada tetamu yang hadir sebab pintu masuknya satu je. Sebelum ni masa kenduri kahwin Along saya, disebabkan konsepnya open, jadi tetamu datang dari pelbagai sudut. Ke sana ke mari mak ayah saya berkejar melayan tetamu. Sebolehnya mahu menjemput makan dan mengucapkan terima kasih sebab sudi hadir ke majlis kami yang tak seberapa ni.

Jadi bila majlis diadakan di dewan, pastinya setiap tetamu yang masuk dapat bersalaman dengan mak ayah saya. Walaupun saya yakin mak ayah saya bukan ingat 100% tetamu yang hadir, tapi yang pasti ucapan penghargaan tetap diberi tanda menghargai tetamu.

Bagi kenduri adik saya yang akan datang ni, kami masih memilih untuk mengadakan majlis di dewan. Kali ni kami jatuh hati pada Dewan Puspanita KL yang terletak di Jalan Hose. 

Sebelum ni ada juga B2B yang email saya bertanyakan info menganai Pandan Lake Club, Apa yang saya tahu, saya sampaikan. 

Untuk itu rasanya saya akan berkongsi maklumat berkenaan Dewan Puspanita tersebut. Mungkin bukan hanya tertumpu pada dewan sahaja, mungkin juga pada aspek2 yang lain. Mungkin dapat membantu B2B yang yang sedang membuat survey.

Tapi bukanlah sekarang ye. Setelah majlis selamat dijalankan, saya akan buat satu post ringkas untuk dikongsikan. Disertakan sekali dengan foto2 untuk santapan mata. 


p/s : Musim salam berkaut =)

2 comments:

  1. betul lar ida..skrg ni tiap2 minggu ada jew jemputan kenduri kawin..this week cousin kawin kt kl..next week nyambut mengantar ke kelantan..seterusnyer bulan 12 akmal kawin dan abg ipar plak kawin..huhu..kembong perot ngan nasi minyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha kak, kadang2 terpaksa miss mana2 kenduri. lepas ni kita jumpa kat kenduri mal la ye..

      kembung perut kosong ke kembung perut berisi tu kak. hehe

      Delete