05 November 2012

Di Sebalik Aidiladha 2012 Part 3

Salam

Selepas off day untuk beberapa hari, saya kembali bekerja pada hari Selasa. Rutin berjalan seperti biasa. Bangun pagi, keluar rumah ketika cuaca masih gelap, hantar Airis ke rumah bs seterusnya naik LRT untuk ke office. 

Dalam pukul 11.30am, saya call emak untuk bertanyakan sesuatu. Dapat perkhabaran yang Airis berkemungkinan dijangkiti demam campak. Terus rasa down.

Down bukan sebab harus menjaga Airis. Down sebab kasihan pada si kecil. Panjang lagi nampaknya episod demam Airis ni -__-

Sesampainya di rumah, saya terus ajak adik ke Klinik KITA. Mahu dipastikan keadaan Airis. Biar sahih, baru saya puas hati. 

Dalam perjalanan ke klinik, saya selak2 baju Airis dan telek satu badan dia. bs kata ada ruam2 merah di muka, leher dan belakang badan Airis. Tapi bila saya cari, macam tak ada. Nak bagitahu doc macam mana kalau saya sendiri pun tak dapat nak kesan benda tu. huhu 

Kali ni doc lain, bukan doc hari tu. Saya pun bila ditanya, terus selak baju Airis untuk memudahkan doc check. Doc kata memang ada ruam2 merah. Dan2 tu terus saya nampak ruam tu. Boleh x sebelum ni tak nampak. Jumpa doc terus nampak. Ghaib ke apa ruam ni sebelum tu? =p

Doc cakap, ruam tu kesan akhir sejenis virus. Tapi kata doc lagi, orang2 tua panggil tu campak halus. Virus apa saya tidaklah tahu tapi katanya tu normal. Nak2 lagi diperingkat umur Airis ni. Saya bila doc kata virus terus menggelabah tanya macam2. Soalan pertama, mendatangkan bahaya ke doc pada anak saya? Biasalah, reaksi saya memang over 200%. hehe

Alhamdulillah, tiada yang serius. Nothing to worry  =)

Petuanya kalau kena campak, kena minum air kelapa. Merasa jugaklah Airis air kelapa. bs kata minum banyak pulak tu. Tq to suami bs yang mencarikan air kelapa dan daun bambu untuk Airis.

Esoknya sekali lagi Airis minum air kelapa yang dibeli atoknya. Tq atok =)

Reaksi Airis bila diletak sebiji kelapa didepan dia. Ha, jangan lupa baca Bismillah dulu tau. hehe






Saya ada google info pasal demam campak ni. Dan saya find out satu info yang bermanfaat. Boleh baca di sini

Saya rasa Airis dijangkit Roseola sebab simptom2 tu semua ada pada Airis.

Biasanya menyerang baby berusia 6 bulan hingga 4 tahun (Airis dah berusia setahun)

Gejala bermula dengan demam panas tiba2 (39°c-42°c) dan berlanjutan selama 3@4 hari, biasanya meyerang pada waktu malam (Saya tak cek suhu Airis tapi amat pasti mencecah 39°c berdasarkan suhu badan yang panas)

Cerewet, hilang selera makan, berasa tidak selesa, selsema, cirit birit sikit dan kelenjar bengkak (Semuanya ada pada Airis dan Airis asyik nak mengempeng je)

Suhu tibe2 turun dan timbul bintik2 merah (Airis pun)

Alhamdulillah, ruam tu tidak menyinggah lama di badan Airis. Esoknya dah hilang sepenuhnya. 


p/s : Haruslah anak dara kenit tu semakin aktif sekarang. Camni ummi kena curi2 masa nak rehat la ^_^

2 comments:

  1. laa..airis demam campak ker..unty br tau nie..alhamdulillah sib baik demam campak halus..tp airis demam berulang tu lama tak..?

    sib baik airis good gurl nak minum air kelapa..sesetangah budakkan tak suka rasa air kelapa ori yg agak masam2 tu..especially abg danish..huhu

    ReplyDelete
  2. aha kak..alhamdulillah sihat da..nak kata berulang tak jugak sebab tak sembuh sepenuhnya demam tu dtg balik..

    memang gud gurl tapi air kelapa yg atok dia belikan tu dia minum skit je.dia lebih excited nak main buah kelapa tu.

    anak bandar tak pernah tengok buah kelapa. hehe

    ReplyDelete