02 November 2012

Hidangan Raya Selepas Raya

Salam

Hari ni Along saya bertandang ke rumah. Nak makan juadah raya katanya. Maklumlah, Aidiladha yang lalu disambut di Kelantan. Yelah, lain negeri lain hidangan kan. Rindu lah tu nak rasa masakan bonda. hehe

Dengarnya tadi ada juadah rendang, kuah kacang dan nasi impit. Menu tambahan lain kurang pasti pulak. Tapi yang 3 juadah tu pun dah cukup untuk buat saya tak sabar nak balik. Macamkan dah lama tak makan juadah tu kan. Padahal raya haji baru je pun berlalu.

Tapi kalau dah namanya air tangan bonda, siapa boleh tahan kan? Nak2 lagi perut dah kosong. Memang sengaja kosongkan demi air tangan bonda. hehe


p/s : Mak tetap chef terhebat =)

No comments:

Post a Comment