02 November 2012

Di Sebalik Aidiladha 2012 Part 2

Salam

Birthday Airis jatuh pada hari Ahad. Pagi2 tu bersiaplah saya dan en. Abg nak bawa Airis keluar. Nak makan kek katanya sebab masa makan kat Pizza Hut tak sempat buat apa.

Sambil siap2 tu saya tidurkan Airis dulu supaya dia cukup tidur. Takdelah dia mengamuk nanti. Bila bangun tu sekali lagi Airis poo poo sampai kena dress ni. Terus saya salinkan baju lain



Mula2 kami ke kedai baby. Kedai tu di samping jual barang mainan, ada jugak jual baju dan barang keperluan baby. Memang ada beberapa keperluan Airis yang harus dibeli, di samping tu saya usha2 jugak barang permainan untuk Airis. Tapi tak sempat sambar apa2 toys pun sebab Airis dah merengek. Puas saya pujuk tapi tak jalan.


Err....ini saja yang sempat saya sambar untuk Airis. Singa kecil yang jalan terkedek2 bila dipusing suisnya. Harga hanya RM6.90. Hadiah untuk 1st birthday Airis. Boleh gitu? hahaha


Yang bebenarnya memang tak sempat nak beli apa2 untuk Airis. Belum sempat fikir dan cari, Airis dah merengek. Jadi saya dan en. Abg sambar je singa kecil ni sebab tengok dia kiut miut. Hakikatnya bila saya mainkan depan Airis, dia pakai tepis je sampai terpelanting singa kecil ni. Sabar ajelah. huhu

Yelah2...Ummi tau Airis nak kata hadiah tu tak best. Nanti kita cari hadiah lain ye. Yang betul2 punya hadiah birthday. Ok? =) 


Outfit kedua Airis. Masa ni dah masuk kereta, dah ready nak ke Mall mahu makan kek

 



Senyuman yang tak seberapa. Masa ni rindu betul nak tengok Airis senyum dan ketawa manja. Rindu pada keletah Airis yang mencuit hati. huhu



Tapi....dekat nak sampai Mall tu saya tengok Airis macam tahan2 batuk. Memang betul sangkaan saya. Airis muntah! Bukan sikit2 punya muntah, sampai basah lenjun dia. Dengan baju2 saya sekali basah. Apalagi, terus patah balik. Sebelum tu tapau kfc dulu. Kasihan Airis, salah ummi dan ayah sebab bawak Airis keluar dalam keadaan Airis yang baru nak sihat tu =(


Main2 dengan hadiah Pak Long dan Mak Long dalam keadaan yang tak semangat





My birthday girl yang kurang sihat



MIL buatkan bubur merah bubur putih sempena birthday Airis. Tq mak tok



Keadaan Airis semakin ok pada malam hari. Bentang kain batik siap2 takut Airis muntah. Memang pun, Airis muntah kaw2 punya. Tapi lepas tu, nampak dia lega..




Esoknya hari Isnin, pukul 10 kami bergerak untuk balik ke Kinrara. Sebelum tu semapt tapau masakan daging kicap masakan MIL dan juga beberapa balang biskut raya. Salah satu biskut raya favourite saya, hasil air tangan Mak Usu Airis. Nampak simple tapi amat memikat selera tekak ni. Tq dik, next year buat lagi eh =D



Walaupun Airis semakin sihat, tapi dia sensitif. Itu tak kena, ini tak kena. Kalau nak cakap atau ajak dia bermain, kena cakap lembut2 je. Kalau salah cakap, dia bantai merengek. huhu




Otw nak balik ke Kinrara tu kami singgah sebentar menjenguk baby cousin en. Abg yang lahir hari merdeka di Tangkak. Dah nak masuk 2 bulan, baru ada kesempatan nak melawat baby Gazi. Borak punya borak, dekat pukul 3 baru kami gerak balik. Tq Nani, sedap fruit salad u tu. Sesuai untuk i yang tengah on diet suam2 kuku ni. hehe. Nak pi Baby Expo kat Midvall hujung bulan ni nanti, calling2 la i ye. i nak invite u tidur percuma kat hotel atas kayangan i tu. hehe


Penat main dengan aunt Nani, Airis bantai tidur sampailah nak sampai Kinrara



Sebelum tu singgah Giant Kinrara dulu untuk beli keperluan Airis. Sebabnya beg Airis sudah tertinggal di Tangkak. haha. Sambil tu en. Abg kata mahu beli kasut kerja. Nazak benar saya tengok kasut kerja beliau sekarang.

Birthday girl berkaki ayam. huhu. Sedih benar ummi tengok Airis berkaki ayam ni. Sorry Airis, lupa bawak kasut. Takpe2, Ahad ni kita pujuk ayah beli kasut baru ye. Maybe bila dapat kasut baru nanti, Airis akan lebih semangat dan gigih untuk berjalan berjalan ^_^




Dengan semangat dan kudrat yang kian pulih. Camtulah anak ummi, Airis kan kuat. Be strong ok syg =)



 Sangkanya demam Airis sudah berlalu pergi tapi...


p/s : To be continue...

No comments:

Post a Comment