07 November 2012

Makan2 @ Secret Recipe

Salam

Kebelakangan ni saya macam teringin je nak makan chicken chop. Tapi selalu bertangguh sebab tiada masa yang sesuai. Sebabnya perut sudah penuh diisi dengan masakan air tangan emak pada petang hari, jadi xde ruang nak selit masuk chicken chop tu. Mau meletup perut kalau disumbat jugak. hehe

Jadi malam Ahad yang lepas, saya ajak en. Abg mencari tempat yang sediakan menu mengidam saya ni. Tapi xde rezeki agaknya, dua kedai makan yang kami pergi kedua2nya tidak menyediakan menu western pada malam tu. Mujurnya kedai tu sebelah2 je, takdelah kami buang masa ke sana sini. Dengan keadaan hujan yang agak lebat, redah jugaklah. Gigih si suami nak tunaikan keinginan si isteri ni ^_^

Sudahnya kami ke Secret Recipe Giant Kinrara sahaja. Cantik sangatlah tu sebab bolehlah jamahkan si kecil tu cake sesuap dua. Kesian, tak sempat nak jamah birthday cake kan..

Reaksi Airis tengok adik yang ambil order. Terpesona agaknya tengok adik tu sampai tak berkelip2 mata dia. hehe




Sementara tunggu order sampai. Seriously, saya rasa sangat susah nak tangkap gambar dgn Airis sekarang ni. Dia sibuk bergerak ke sana sini. Saya sorang je yang sakan sengih tayang muka nak ambil gambar. huhu






Menu untuk malam tu.. Err..yang keropok tu free dari SR ye. Takda dalam pakej. hehe. Masih memilih Chocolate Indulgence. 



Agaknya saya punya yang mana satu ye...?



Menu saya untuk malam tu. Menu baru. Cari yang betul2 chicken chop memang takde kat SR ni, yang ni pun jadilah. Sama je cuma xde sos black pepper. Sedap jugak.

Menu en. Abg pulak Grilled Chicken Chop with Rice n Sweet Corn. Takde dalam gambar sebab excited nak makan. hehe. Yang tu pun sedap jugak tapi sos black pepper dia agak pedas. Tapi kalau makan dengan nasi tu, kira ok jugak.



Anak dara ni, tumpang2 kitorang makan jelah. Kan kalau kita kongsi2 ni, bertambah kasih sayang. hehe





Makanya, macam tu jelah cara kami sambut birthday Airis. Simple gila kan. Macam makan2 biasa je. Bezanya malam tu ada kek. Itu pun sepotong. haha. Jadilah ye Airis. Sentiasa bersyukur..Ingat tu pesan ummi =p


p/s : Happy birthday sayang =)

No comments:

Post a Comment