05 November 2012

Aktiviti Menulis Dan Kacau Ummi

Salam

Last weekend saya dan en. Abg bersantai sahaja di rumah. Tiada perancangan untuk ke mana2 memandangkan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang.

Tengahari Ahad tu kebetulan sy menonton JJCM di TV3. Lokasi kali ni di Kuala Terengganu. Terus saya capai pen dan sehelai kertas. Kata nak ke KT hujung bulan ni, kot2 tempat best bolehla try. 

Perlahan-lahan Airis merangkak mendekati saya. Oh, nampaknya pen yang saya guna tu sudah menarik perhatian dia. Minat sungguh dia tengok saya menconteng2 di atas kertas tu.

Sudahnya sesi menyalin alamat lokasi JJCM bertukar kepada sesi berebut pen dengan Airis. hahaha

Saya pusing kanan, dia pusing kanan. Saya pusing kiri, dia pusing kiri. Akhirnya saya give up. hehe. 

Saya bagi dia kertas, saya bagi dia pen. Lepas tu saya ajar dia pegang pen. Sambil tu saya cakap dengan dia "Meh ummi ajar Airis tulis aliff baa taa ye..." 

Hasil aliff baa taa Airis dengan bantuan ummi. Ummi dan ayah pun sayang Airis =)


Kita belajar sampai sini dulu ye. Next time kita sambung lagi. Ok syg? =)


Lepas tu saya biarkan Airis dengan aktiviti dia sendiri. Mula2 elok je dia conteng2 atas kertas tu, tapi lepas tu saya tengok muka dia ada dakwat hitam. Dia pegang pen terbalik rupanya. Terus tutup pen tu dan sambung berehat sambil goyang kaki tengok tv. hehe





Tapi si kecil ni mana boleh tengok saya goyang kaki sorang2. Dia pun nak sibuk sama. Sibuklah dia nak panjat badan saya. Nak bergurau senda. Relakan jela. hehe






Penat kacau saya, dia nak kacau ayahnya yang sedang lena beradu




Heroin cilik a.k.a penghibur hati



p/s : Dah pandai merajuk

2 comments:

  1. hihi..dah nak menulis yer airis..ida nak cuti ke kt ker..? bestnyer..

    eh ida..toto kita sama sebijik ler..:))

    ReplyDelete
  2. memang nak menulis sgt sampai kat badan sendiri pun dia nak conteng. hehe. cuti pun tak cuti la kak. adik saya nak konvo kat kat UMT, sekeluarga la ikut sekali..kak lyn pun nak ke kelantan tu, jalan2 la sekali. hehe

    sama eh? we likeeee green =D

    ReplyDelete