28 November 2012

Holiday @ Terengganu - Part I

Salam

Last week saya dan keluarga ke Terengganu. Tujuan asal nak menghadiri majlis konvokesyen adik di UMT. Satu keluarga bersama-sama ke sana untuk meraikan adik. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang. Congrates to adik saya yang dah pun meninggalkan dunia tanam anggur. hehe

Ini kali ketiga saya menjejak kaki ke Terengganu, atau lebih spesifiknya Kuala Terengganu. Kali pertama masa menghantar adik mendaftar masuk ke UMT. Kali kedua masa honeymoon saat baru bergelar pengantin. Lepas ni mungkin saya akan ke sana ataupun tidak, saya pun kurang pasti. 

Disebabkan perjalanan yang agak jauh, nak2 lagi kami berkonvoi 3 kereta, pagi2 lagi pukul 7 dah bergerak dari rumah family. Tahu2 jelah bila bawak budak kecil ni, mana boleh straight je. Nak jugak rehat. Tu belum masuk singgah makan, mana yang nak pergi toilet la.. Dari berapa jam dah jadi berapa jam. Takpelah, biar perlahan asalkan selamat sampai ke tempat yang dituju kan..

Pagi tu kami singgah breakfast dulu di Leha Kelfood, Taman Melawati. Yang lain semuanya breakfast yang ringan2 je, sekadar nak isi perut. Tapi i bantai Nasi Kerabu Ayam u, boleh tahan selera i ni kan. hehe

Lepas breakfast, teruskan perjalanan. Airis dah mula aktif, energy di pagi hari agaknya. Suka hati kamulah Airis, janji tak buat perangai bikin ummi pening. hehe


Dengan aktiviti fav, menggoncang tin minyak yu yi





Dah puas main sorang dan usik segala benda yang ada kat seat belakang, dia pakat kacau ayah dia drive pulak. Penat ayah kemas, Airis bikin sepah. Camne la kereta nak nak nampak kemas je. Takde makna la. huhu



Main cak2 dengan ayah. Hai la anak, pandai mengusik. Hilang boring ayah memandu =)


Bila tengok Airis semakin aktif mengacau ayah dia drive, kenalah saya main peranan. Siap panjat arm rest tu nak ke depan. Sangatlah bahaya kalau en. Abg brek mengejut.

Nak melarikan perhatian dia dari terus mengacau en. Abg, saya ajak dia buat aktiviti wajib dalam kereta. haha





Airis muka tak rela melayan karenah ummi dia =p








Dah penat main, dia merengek nak susu



Dan terus terlena. Yey! Boleh la ummi dating dengan ayah dalam kereta. Tq Airis sebab memahami ^_^



Berhenti rehat sekejap di Gambang untuk meregang2kan otot. Bagi driver2 berehat sekejap sebelum teruskan perjalanan



Kenangan ni RNR Gambang =p

 

Dengan anak dara yang baru bangun tidur



Yang ni mana boleh tinggal =D





Pak Ngah dan si bulat yang comel dengan rambut pokok nyor ^_^



Turn Mak Ngah pulak bergambar kenangan bersama si bulat. Kenangan kita di Gambang ye Amani. haha

  

Selepas tu, teruskan perjalanan sehinggalah berhenti makan di Kerteh. Kerteh kot rasanya. Tak ingatlah sebab tau2 je dah sampai kedai makan ni. Dari Gambang tadi sambil susukan Airis terus tertidur. Sorry ye bang, tak temankan u. i kan pekena heavy breakfast pagi tadi, mengantuklah. hehe





Menu untuk semua orang. Dah ni je pun menu yang ada, siap bungkus lagi tu. Nasi berlauk tak dapat disediakan katanya sebab tukang masak dah berhenti. Kesedapan masakan biasa2 je. Bolehla takat nak isi perut yang lapar time2 hujan...



Take turn dengan en. Abg memandangkan ayam dah habis, kena tunggu masak dulu

  

Hampir sampai ke destinasi, pekena durian tu. Nyum2 ^_^



Beriye dua beranak ni



Airis rasa sikit2 boleh la ye. Tunggu besar sikit dulu ok =)



Durian memang fav budak ni



Model durian =p



i pun layan jugak. Darah keturunan yeop kan=D



Sedap2 semuanya. Dan juga murah. Lepas ni semua pakat2 sendawa dalam kereta. Pengsan!



Tak termasuk geng durian



Akhirnya sampai juga ke destinasi, Sumai Suite & Apartment (gambar pinjam pakcik google)



Proses check in 







Barang2 kami sekeluarga. Mentang2 la pampers untuk 2 beradik, satu beg pampers Along saya angkut. Sebab Airis masih lagi seorang, pampers dia selit2 je dalam beg. Bantal busuk sapa lah yang tak boleh tinggal tu. hehe



Again, again andddd again =D



View hall dari dapur. Apartment ni besar, 4 bilik. Memang sangat selesa untuk kami sekeluarga. Memang berbaloi. Harga RM450++ per nite. Tu harga untuk government staff, kalau bukan mahal sikit lah. Tapi still below RM500



Master bedroom dengan view laut



2nd bedroom, bilik kami sekeluarga



3rd bedroom



Dan satu lagi bilik dengan katil single. 


Dapur yang luas. Hujung dapur tu ada pintu terus ke tempat menyidai baju




View dari apartment kami di tingkat 7



Mulanya nak book Primula Hotel tapi sebab penuh saya cadangkan book Sumai Apartment ni. Keputusan yang tepat sebab berbaloi-baloi




  

Cermin perasan. haha



Bagasi kami 3 beranak. Airis punya baju je dah satu beg. Manalah tak banyak..Mujur baju saya dan en. Abg berkongsi bagasi.

 


Tengoklah anak dara ni, sikit punya excited bila masuk bilik tu





Err... ummi dan ayah Airis pun excited. Teringat kenangan honeymoon dulu =p





Dialog anak beranak tentang tentatif sepanjang berada di KT



Lepas tu terus pakat mandi dan tidur. Penat. Pukul 7 pagi bertolak, pukul 3 baru sampai. Dah namanya konvoi kan, slow and steady jela.


p/s : Teringat kenangan berbulan madu di Pantai Batu Burok

2 comments:

  1. syiokk nyer cuti2..sama cam akak ritu adik konvo kat penang sambil menyelam minum air..ermm teringat plak yg cuti2 penang akak tak update lagikk..

    eh kira awal lar tu ida sampai..pastu airis gud gurl sebab tak mabok..sonoknyer ida still menyusukan airis..suker2..

    ReplyDelete
  2. betul kak sambil menyelam sambil minum air..
    alhamdulillah airis behave sangat sepnjang trip ni. dia pun nak jalan2 agaknya. hehe
    mudah2an dapat susukan airis sampai dia 2 tahun. kot la penyakit mabuk buatan orang datang dulu, xtau la. hehe

    ReplyDelete