02 November 2012

Di Sebalik Aidiladha 2012 Part 1

Salam

Setelah on off bekerja untuk beberapa hari kebelakangan ni, akhirnya saya kembali bekerja hari ni. Dengan hati yang lapang dan senang bila mengenangkan Airis sudah sihat sepenuhnya. Sudah kembali ceria dan aktif dengan keletah2 yang mencuit hati. Mudah2an Airis terus sihat dan sihat. Supaya saya juga taklah risau lagi. InsyaAllah =) 

Ahad lepas genaplah usia Airis setahun. Bak kata orang tua2, budak2 nak beralih tahun ni biasanya akan mengalami sedikit gangguan kesihatan. Dalam kes Airis ni, bukan saja dia demam, plus batuk dan selsema lagi. Bukan sehari dua, makan masa seminggu jugaklah untuk sembuh sepenuhnya dan menjadi Airis yang sebenar. Airis yang menghiburkan dan menceriakan -__-

Simptom demam bermula pada hari Rabu masa saya ambil Airis. bs maklumkan suhu badan Airis sedikit panas. Tapi Airis saya tengok masih lagi ok. Boleh lagi bergelak ketawa bergurau dengan nenek n aunt2 dia tu. Tapi esoknya menjelang pukul 6 pagi waktu saya bangun nak bersiap ke ofis, saya rasa suhu badan Airis tersangatlah panas. Terus decide mahu cuti,  nak jaga Airis. Tak sampai hati ditinggalkan bersama bs

Kebetulan malam Rabu tu saya bermalam di rumah family. Pagi tu juga saya dan ayah bawa Airis ke Klinik Kita Pandan Jaya. Saya suka pergi Klinik Kita ni sebab doktor2 kat situ kebanyakannya mesra dan sangat informative. Kebetulan masa saya bawa Airis tu, doc yang  bertugas adalah doc yang sama merawat Airis sebelum ni. Jadi dia dapat tengok perkembangan Airis dan mudah untuk kami berbicara dengan lebih detail.

Saya sangat suka cara doc tu entertaint kami. Sambil dia check Airis, sambil dia borak2 dengan Airis. Siap puji Airis lagi, Airis pun melopong je doc tu puji2 dia. Pandai doc tu ambil hati Airis, nak jaga mood Airis. Jadi senang bila dia nak check Airis sebab Airis bagi kerjasama. Bagus anak ummi ni =)

Sambil2 tu, doc ada bagitahu saya sedikit fakta tentang perkembangan baby pada usia2 tertentu. Katanya benda ni adalah normal. Bukan sebab kata orang tua2 je, tapi dari segi perubatan dan saintifik pun, memang betul. Katanya kalau baby demam, elakkan mandi di bilik air sebab kat bilik air nilah paling banyak kuman. Mujur Airis tak besar mana, jadi saya mandikan dia di sinki dapur je. hehe

Doc minta saya timbang berat Airis. Berat Airis dah pun menjangkau 9kg. Patutlah bs sampai lenguh2 tangan kalau dukung Airis lama2 =)

Doc bagi ubat demam, selsema dan batuk. Kalau sampai Ahad, tak baik2 jugak, dia minta Airis datang semula.

. Disebabkan Airis demam, en. Abg half day dan  menjemput kami pada tengaharinya. Tengok Airis pun ok, kami singgah di Tesco Ampang sebentar. Ummi Airis teringin makan pizza baru. hehe

Best jugak ye bila dah ada anak ni. Boleh dapat extra dish secara percuma. "Kids Eat Free Every Day". Tq Airis =p 


Hari Khamis tu keadaan berjalan lancar sehinggalah menjelang Maghrib, badan Airis kembali panas. Makin lama makin panas. Dan malamnya sepanjang malam saya dan en. Abg tidur2 ayam je. Sebab Airis kerap bangun dan muntah. Baru nak tidur je, datang batuk. Hidung tersumbat lagi sebab selsema. Jadi saya bf Airis sambil duduk dan tidurkan dia di bahu saya. Doc ada pesan supaya saya bf Airis dalam keadaan duduk sebab kahak senang berkumpul bila saya bf Airis dalam keadaan baring. Demi Airis, gigihla saya duduk bf Airis malam2 buta. Tapi di penghujung malam tu, sebab tak larat bf sambil duduk, saya baring juga. Sorry ye Airis. huhu


Keadaan Airis masa mula2 badan dia panas. Sedih saya tengok dia tidur tak lena. Susah hati dibuatnya -__-



Malam tu badan Airis semakin panas. Sampai saya peluk pun terasa. Nafas dia terasa sangat  panas. Saya tak ukur suhu badan Airis tapi saya yakin memang mencecah 39°c. Dalam hati ni, usah katalah risaunya macammana. Takut pun ada. Macam2 kebarangkalian yang tak elok saya fikir.

Jadinya, pagi2 raya tu lepas beraya di rumah family kami terus ke klinik. Memang plan asal, kami akan beraya di rumah family saya dulu. Lepas solat raya baru kami akan gerak balik ke Johor.

Tengok jam baru pukul 9.30am. Klinik KITA tutup. Tak tahulah belum dibuka lagi atau ditutup pada hari raya. Jadi kami terus ke Klinik Idzham yang berdekatan. Mujur orang tak ramai.


Mereka berbaju purple. Ni second outfit Airis di pagi raya. Baju kurung raya Airis awal2 dah terkena tempias poo poo dia otw ke Pandan Jaya. Patutlah bau semerbak je. Mujur baju ummi tak terkena sekali. hehe



Dah mula merengek, jadi ayahnya bawa pusing2 klinik dulu. Nak mengempeng tu sebenarnya...



Kali ni doc muda berbangsa India. Bila cek suhu badan Airis, hasilnya 38.7°. Tinggi gila. Jadi jawapnya masuk ubat bontot. Mula2 saya macam ngeri nak tengok nurse tu masukkan ubat, tapi rupa2nya taklah ngeri mana. Kejap je, nampak mudah sangat. Haruslah saya belajar kan sebab mana tahu saya perlu masukkan ubat tu pada bontot Airis.

Kami teruskan perjalanan balik ke kampung Kluang. Sepanjang perjalanan Airis tidur je. Kalau bangun pun untuk bf. Pelan2 suhu dia semakin menurun. Hati saya sedikit lega..

Disebabkab rasa demam Airis dah kebah, maka petang raya tu saya bersama FIL keluar untuk bersantai petang. Hajat hati mahu ke Secret Recipe, menjamah sepotong dua kek bersempena birthday Airis yang tak berapa lama lagi tu. Tapi Secret Recipe penuh, jadi kami menjamah selera di Pizza Hut sahaja.


Ayah birthday girl yang open table tengah pilih menu. Makan ringan2 di petang hari je pun sebab sebelum tu dah mengisi perut dengan nasi ayam yang sedap masakan MIL



Airis masih dalam mode melayan diri sendiri yang tak berapa sihat




Sambil tunggu menu sampai, saya dan en. Abg lari sekejap ke Secret Recipe mencari sepotong dua kek. Katanya mahu celebrate secara kecil2an birthday Airis, kalau xde kek macam tak sesuailah kan



Kami pilih Chocalate Indulgence & Black Forest



Dan juga cupcake ini. Namanya kurang pasti. Tapi terasa kepekatan coklatnya.



Birthday girl lebih banyak berdiam diri dan memerhati



Ummi dan Mak Usu Airis



Sesi menjamu selera yang pada mulanya aman damai. Tapi di penghujung tu bila Airis dah start merengek tak henti2, kami terus angkat punggung mahu balik ke rumah. Keluarga Pak Long dan Mak Long Airis terus balik beraya di Muar



Thanks to Pak Long dan Mak Long yang belikan present ni untuk Airis =)



Malamnya Airis demam kembali -__-



Hari Sabtu demam Airis tak juga kebah walaupun saya dah masukkan ubat bontot sekali. Yang paling merisaukan saya, Airis asyik tersentak masa tidur. Saya risau kena demam tarik. Sebab sebelum ni Airis demam tak pernah kena macam tu. Kali ni demamnya lain macam sangat.

Petang Sabtu tu saya, en. Abg dan MIL bawah Airis ke pergi mengurut di rumah kawan MIL. Dekat2 rumah tu aje. Bila diurut, kata makcik tu, ada biji angin di bahu dan di celah kedua2 peha Airis. Mula2 Airis cool je tengok makcik tu urut dia, tapi bila kena part yang ada biji angin tu, terus dia menangis. Yelah, sakitkan.. Tapi Alhamdulillah, lepas berurut tu Airis berpeluh2 dan suhu badan semakin menurun. Lega....


p/s : To be continue...

No comments:

Post a Comment