12 December 2012

Kembali Ke Padang Pasir

Salam

Semalam dalam kereta otw balik ke rumah, en. Abg maklumkan sesuatu. 

Saya pun pasang telinga. Lain macam je...? Biasanya en. Abg kalau hal2 berkaitan kerja yang melibatkan beliau, beliau akan kongsikan bersama saya. Jadi kalau pasal projek ni pun diceritakan pada saya, maknanya tak sebanyak sedikit mesti ada kaitan dengan beliau. Dan mungkin juga ada kaitan dengan saya.

Katanya company beliau dapat projek baru di Doha. Nun di Qatar, negara padang pasir sana..

Company en. Abg dapat projek di sana, apa kaitannya dengan beliau. Ye tak? Eh, mula2 memang nampak macam takde kaitan. Tapi bila fikir2 balik macam ada kaitan.

Yelah... Dulu sebelum en. Abg bekerja di AD, en. Abg ditempatkan di Qatar terlebih dahulu. Tak berapa lama lepas tu, baru ditempatkan di AD. 

Pendek katanya, negara2 padang pasir tu dengan en. Abg sudah sinonim. Macam rumah kedua gitu. hehe

Kembali ke perbualan kami suami isteri.

".............u kena tolong i zam" 

Ok, bos sudah minta tolong.. Mari dengar apa respond en. Abg

"Takat seminggu boleh la. Kalau lama2 saya surrender"

Kesimpulannya, word tolong di atas adalah bermaksud tolong handle HR untuk projek baru yang letaknya di Doha. Word surrender pula menjelaskan yang en. Abg tidak mahu ke sana lagi. Yey! ^_^

Tapi itu kata en.Abg. Tapi kalau keadaan sebaliknya yang berlaku macam mana. No excuse.Tiada pilihan diberi.

Kalau macam tu.... Kalau en. Abg kembali ke negara padang pasir...Err....saya nak ikut boleh? Saya rela berkorban keselesaan yang ada sekarang ni. Keselesaan berada di bumi sendiri. Asalkan bersama suami terchinta. Ceh! Feeling gitu =p

Tapi kalau tak ditakdirkan saya ikut en. Abg, haruslah saya tuju lagu ni pada en. Abg =)

SAYANG - SHAE

Sayang apa khabar denganmu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cintamu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar denganmu
Cubalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaanku
Jangan ragukan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ke menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu


p/s : Baru ura2 saja. Harap2 tidak menjadi. Dari bertiga jadi berdua, macam pelik kedengaran. Lagi payah untuk diserasikan

No comments:

Post a Comment