20 December 2012

Busana 19 Januari 2013

Salam

Untuk majlis pernikahan adik, pada mulanya saya bercadang untuk pakaikan Airis dress sahaja. Tapi tiba2 saya tukar fikiran. Rasanya lebih manis pakaikan Airis baju kurung. Lebih sweet =)

Jadi Ahad lepas kami ke Jakel Jalan TAR untuk mencari kain baju melayu en. Abg dan juga kain cotton untuk dijadikan baju kurung Airis. Tapi kami tak jumpa kain yang sesuai untuk en. Abg, hanya jumpa yang sesuai untuk Airis.

Ummi dan ayah Airis pakai baju lama je. Baju lama tapi penuh kenangan =)

Cuff baju ummi - sampin songket ayah - kain cotton Airis. Busana kami di hari pernikahan adik. Tema kuning + coklat. Macam pernah tengok je cuff baju dan samping songket tu kan? 



Macam sama je dengan gambar kat bawah ni...? =p



Saya dan en. Abg pun nak feeling2 pengantin baru. Tak salah kan ^_^


Idea nak pakai baju ni timbul dua minggu sudah. Tiap kali buka almari, mesti nampak baju ni. So saya fikir daripada terbiar je dalam gerobok, baik saya try pakai. Kot2 muat lagi ke. Yelah, last kali try masa baru habis berpantang. Time tu memang muat la, sebab badan agak slim. Ni dah berapa bulan berlalu, entah muat atau tidak lagi.

Proses menyarung baju berjalan dengan lancar. Tiada sekatan di sana sini untuk menyarung baju. Tapi takdelah baju ni longgar macam dulu, waktu hari diakad nikahkan. Mana mungkin nak samakan badan anak dara dengan badan yang dah ada anak dara ni. hehe

Tunjuk kat en. Abg untuk minta kelulusan. en. Abg bagi green light =)

Perlu sedikit lagi diet. Bertahanlah kamu wahai nafsu sehingga adik selamat diijab kabul ^_^


p/s : Akad nikah di masjid yang sama

No comments:

Post a Comment