25 October 2010

Makan-Makan @ Port Klang

Salam

Ahad lepas sangat berterima kasih dengan mak. Sebab mak belanja kitorang makan kat Port Klang ^_^

Patutnya kitorang la belanja, tapi ni terbalik plak. Takpelah, kalau bab rezeki jangan menolak. Harus berterima kasih n jangan membazir makan =)

Sampai di Port Klang pun sudah hampir Maghrib. Jadi lepas Maghrib baru betol2 makan. Tapi service di Tanjung Harapan tu sungguh low class la. Sama jugak dengan kualiti kesedapan makanan. Tidak seperti dulu, jadi buatkan saya sedikit frust. Rasanya kitorang harus melupakan tempat tu seketika.

Before makan. Selepas menanggung pening di dalam kereta. Dan selepas memuntahkan segala isi perut, now boleh makan dengan banyak dan aman



Muka baru bangun tido. Ai Waiz, sudah kenyang dengan susu ibu pun masih masham ke..





Sementara nak dapat makanan yang lama giler tu, masa kitorang terisi dengan ragam si kecil ni. TQ Waiz, kerana meng'indah'kan momen2 kami =)



Lepas tu mari main2 dengan Mak Ngah pulak. Abis celaru tudung dibuatnya. Budak ni da pandai menarik2, semua nak disua dalam mulut. huhu



Apesal bulat sangat mata tu?



Happy family...



Nenek n Waiz saling menjeling =p



Lepas pulang dari Port Klang tu, terus check in Hotel Kinrara satu malam. Penat gile, kul 10 malam masing2 da belayar. Kalau adapun yang berjaga sapa lagi, si ibu Waiz la. Bukan main lagi si Waiz ni terkekek2 ketawa buat muka cute. Lastly, pukul 12 baru dua2 pejam mata...

Esoknya... Before nak check out tu... Main2 ngan budak ni dulu sampai puas. Pukul 5.30 terus check out. Eh macammana ni, da over limit la =p

Haha...Jap senyum, jap masam.. Nakal ya kamu =)



p/s : Baru sehari, da rindu kat dia. harap2 dapat jumpa weekend ni. Love u sweetheart =)

No comments:

Post a Comment