18 October 2010

Mari Ilangkan Stress!!! - Part 1

Salam

Last week saya dengan baik hatinya mengofferkan diri utk attend kursus kat Ulu Bernam. Disebabkan tahun ni xpenah lagi dioffer utk sebarang kursus *maybe sbb aku ni dah efisien sgt kot. haha", jadi saya serah la diri utk hadir kursus ni. Biarlah pun Kursus Pengurusan Tekanan, yang penting ada jugak nak masuk SKT. Ala, korang tau jela kalau da orang gomen ni, kursus ngan kitorang ni memang xboleh dipisahkan.

Kursus ini sempoi gile. Sebab apa saya kata sempoi? Sebab sepanjang kursus kitorang boleh pakai kasual je. Tak payah nak berskima bagai. Apa lagi, saya packing track suit jela. Kalau ada blouse pun, yang duk sarung kat badan masa nak gerak pi sana tu. Yang lainnye T-shirt semata, senang nak gerak sana sini.

Kalau ikut tentatif, patutnya gerak kul 8.30 pagi. Tapi tau jela, janji 1Malaysia ni jarang yang on time. So tunggu punya tunggu nak dekat pukul 9.30 baru gerak. Tak jauh mana pun, nun dekat ngan UPSI tu je. Satu jam perjalanan da sampai. Masa mula2 sampai tu, lama jugak bas kitorang tu stop tepi main road. Ingatkan ada hal apalah yang tak boleh masuk. Rupa2nya kena naik trak da kalau nak masuk dalam sebab bas memang tak muat nak masuk. So kitorang ditransfer la kepada pengangkutan yang lebih sesuai..

Sambil2 citer tu kite selang2 dgn gambar eh. Takdelah bosan sgt kalau korang baca citer saya ni *kot la ada orang baca =p*

Ni gambar ceria ni pagi hari bersama Cik Hanan. Kata pun nak pi Kursus Stress kan, so kite kena hepy2 dulu. Kalau x, kursus tu tak berkesan =p



Tunggu VVIP datang. Awal2 lagi saya n Hanan dah sumbat beg kitorang. Tengok muka dorang2 ni xdelah stress mana pun kan. Dah kata pun offer diri kan...



Agak terkejut bila tau kitorang kena sumbat dalam trak ni. 16 orang *size plak macam2* plak tu. Tapi bila adjust sana sini, muat lah. Tapi yang tak best sebab saya kena duduk atas bahagian enjin. Korang boleh bayang x? Panas gile punggung haku ni, mau terbakar. huhuhu



Hilux depan tu utk budak laki plak. Lantak korang la nak adjust cmne =p



Masing2 buat muka tak puas hati. Relax la bro, perjalanan kite baru nak mula ni.. Susah2 dalu, senang2 kemudian. hehe



Perjalanan dari main road nak masuk ke dalam tak lama. Lebih kurang 10 minit/ 3km. Jalan memang kecik betol, muat2 satu kete je satu masa. Siap lalu jambatan yang agak usang lagi. Tapi semua tu saya tak amik kisah. Mana taknya, enjin tu panas gile wooo...Gelisah nak menahan dibuatnya T_T

Ni view Teratak Riverview side Selangor. Fyi, Teratak Riverview ni ada 2 side. Satu side Selangor, satu lagi side Perak. Yang menjadi border dua2 side ni yelah Sungai Bernam *rasanya betol nama sungai tuh*. Chalet kitorang kat belah Selangor, Surau lak kat belah Perak. So kalau nak tido, kitorang tido kat Selangor la. Kalau nak solat lak, solat kat belah Perak. Rasa macam hebat la plak =p



Before briefing... Sila lupakan HP anda, sebab kat sini memang xdapat line ye...



Lepas briefing tu, macam biasa la. Mesti kena ada Penghulu/Penghuluwati kan. But dis time kitorang guna Presiden/Timbalan Presiden. Ni lah calon2 presidennye...And the winner goes to Hisyam *pemalu benar dia ni*



Ni plak calon2 Timb. Presiden. Eh, Cik Hanan la. I vote 4 U tau yang tapi Kak Teh yang menang. Tak kisah la kan =)



Lepas da pilih2 Presiden/Timb Presiden tu, En. Hakim lak bagi briefing. Dia ni owner Teratak Riverview cum yang handle aktiviti2 outdoor kitorang. Orang dia sangat sempoi n kelakar. Plak tu kelakar dia memang selamba badak je. Tak kering gusi dibuatnya...



Lepas da briefing tu apalagi, melantak la. Masing2 da lapar, lauk ayam masak kari dia plak phewwwww sedap gile. Ha, satu lagi yang saya suka tempat ni dia punya masakan semua sedap2, ada rasa. Tak macam seseparuh tempat tu. Masak ala kadar je, rasa tawar semacam. Yang balik2 umah food poisoning terus pun ada *aku lah tu mangsanya*. Bak kata orang macam mak2 kite yang masak. Tibe2 rindu kat emak plak. Adoila...huhu

Lepas da bis makan terus check in hotel. Cewah!!!Setiap bilik kongsi 4 orang. Budak bilik saya Kak Suria, Kak Wan and Aini. Masing2 da kenal, so ok je la. tapi kalau tak kenal pun, inilah masanya nak kenal2 kan. Ok, ni lak view dari beranda bilik kitorang. Konsep ala2 rumah panjang gitu. Ingatkan boleh la santai2 amik angin kat luar tu tapi tak boleh plak sebab bilik ujung tu bilik geng laki. Sob2....



Jambatan keramat.. Tiap kali nak solat, kitorang kena rentas dulu jambatan ini. Tambah scarry bila En. Hakim kata jambatan ni tak boleh naik ramai2 sekaligus. Paling ramai pun 10 orang. Kalau gatai2 duk melompat2 atas jamtaban tu ramai2, sendiri tanggung la akibatnya. Mintak simpang la.. Saya baru je kawen. hahaha. Act, jambatan ni border antara Selangor n Perak. Time petang or malam rasa beralun betol jambatan ni, seriau dibuatnya..



Berjaya merentasi dengan jayanya =p



Petang tu lepas Solat Zuhur berjemaah, ada ice breaking. Masa mula2 tu kitorang kena introduce diri n wat satu trademark. Bukan setakat tu je tau. Bila kite da intro diri n wat trademark tu, kite kena ingat n tiru lik trademark orang b4 kite tu. Untung la Kak Ya sebab dia orang 1st, setle trus. Time ni la ketawa terbahak-bahak sebab tengok budak laki tiru trademark kitorang. Pakai bantai je, tah apa2 disebutnya. hehe

Abis je ice breaking n solat Asar, masing2 meluru nak berendam dalam sungai. Best gile. Sungai sangat bersih, air sangat sejuk. Tapi saya xmandi beriyelah. Malas nak kecah2...




Bukan main seronok lagi hangpa ha... Hati2 yang oi kamera tu... Port budak laki hujung sana nun, jauh dari kitorang... Harap2 depa xbuang la apa yang tak patot =p





Hokay, cukup n3 bergambar. Lepas ni cerita panjang berjela pulak ye tapi saya buat n3 lain cuz rasa da sesak nafas bercerita ni. Kisah seterusnya amat menggelikan utk dibayangkan. Sekian.

No comments:

Post a Comment